Cara Buat Cover Letter

image_pdfDownloadimage_printPrint

Belajar Buat Cover Letter Sendiri!

Untuk ayat contoh cara buat cover letter yang saya akan kongsikan dalam artikel ini adalah khas untuk anda yang sudah ada pengalaman kerja sahaja ya.

Untuk yang level fresh graduate, ataupun nak belajar buat cover letter bagi yang nak mohon internship, anda kena pergi ke artikel yang berkenaan.

Yang saya sudah linkkan itu.

Untuk artikel yang sekarang ini, lebih kepada yang berpengalaman dan saya akan bagi contoh ayat dalam bahasa inggeris dan bahasa melayu juga.

Apakah Itu Cover Letter

Basically cover letter adalah perkongsian satu page document yang kita karang dan masukkan sekali dalam sampul yang berisi resume kita masa nak mohon jawatan kosong.

Kalau saya, saya akan letakkan cover letter di page hadapan, lepas itu, baru resume.

Tujuan Cover Letter

Sebagai introduction, kadang kadang mungkin resume kita lebih bersifat point by point. Tapi cover letter kita akan tulis dalam bentuk perenggan, ada pembuka kata, isi, penutup.

So penyampaian itu berbeza sedikit dengan isi kandungan dalam resume.

Cover letter juga boleh kita jadikan sebagai penekanan kepada kebolehan kita dalam resume. Seperti contoh, katakan ada rasa macam ada kekuatan yang unik dalam resume, dan anda nak pastikan syarikat ni perasan akan apa yang anda tulis dalam resume.

So bolehlah, tambah sikit peringatan, atau ayat dalam cover letter sebagai overview peringatan.

Format Cover Letter

Bagi sayakan, penting untuk kita kekalkan design atau konsep pada page cover letter supaya ia sama dengan design resume.

Seperti contoh, katakan resume yang saya nak design dan buat adalah seperti dibawah ini.

 

Maka, saya punya cover letter pun mesti menggunakan design yang sama macam resume juga. So design cover letter yang saya maksudkan adalah seperti ini.

Perhatikan 3 anak panah, tuju ke 3 kotak itu.

Anak Panah 1

Focus kepada alamat company, dan greeting kita kepada bahagian HR atau company, atau personal name yang anda kenal. Anda juga boleh masukkan mana kita dapat iklan jawatan kosong yang kita nak apply ni.

*kalau anda dapat tahu nama HR yang terima resume kita ini lagi bagus, baru ada personal touch gitu.

Mungkin lepas kita nampak dari jobstreet ka, atau mudah ka, atau macam mana. Atau kawan kita katakan yang kerja dengan company sekian sekian ini benefit bagus ka. So macam itu, tak kesah, alasan apa. Yang penting jujur dan kenyataan kita tu tak makan kita balik.

Sebab takut nanti masa resume kita kena tanya pula balik masa interviewkan.

Saya Share yang saya tulis di contoh cover letter itu adalah untuk bahagian nama kita. Dan bulatan itu adalah untuk ruangan gambar. Jangan terlampau alih alihkan sangat bahagian nama dan gambar ni, supaya kita nak bagi ia nampak seragam bila orang yang check resume kita tu pergi ke page seterusnya.

*Di ruangan anak panah 1 ini juga kita kena masukkan butiran dan alamat kita juga. Tapi design daripada template resume yang saya pilih ni macam lebih sesuai letak di tepi sebelah kiri.

So saya biarkan sahaja di sebelah tepi. Ataupun kalau anda nak letak butiran diri sendiri tu di bahagian letter head.

Letter head itu macam mana? Letter head ni terletak di bahagian atas.

Contoh.

Anak Panah 2

Bahagian ini kita nyatakan apa yang kita nak kongsikan, kiranya isi kandungan utama kitalah.

Terangkan bagaimana anda boleh bantu company dapatkan target. Kalau anda tak pasti apa target dan kehendek company, boleh rujuk job description.

Selepas anda kata macam anda boleh buat, cuba tallykan pula dengan kebolehan dan pendidikan mahupun dengan pengalaman dalam bidang atau enviroment tertentu yang anda pernah alami.

Anak Panah 3

Yang ini penutup, satu lagi perenggan ringkas, plus dengan signature sikit.

Dan bahagian ini juga, saya suka masukkan macam orang macam kami berniaga ini biasa buat, iaitu ‘call to action’.

Maksudnya kita macam buat satu macam kata arahan atau permintaan untuk panggil kita interview. Penting ini tau, supaya dia nampak yang kita ini willing dan excited untuk berjumpa dan berbincang lebih lanjut akan apa yang kita kerjakan, dan supaya dia lebih mengenali kita.

Penting!!

Bila tulis call to action untuk bahagian bawah cover letter ini, penting juga kalau anda jangan buat ayat kesian tau. Contohnya, saya berharap saya diberi peluang oleh pihak sekian sekian.

So macam kita ni minta belas kasihan pula. Jangan gitu, tak sesuai.

Sebaliknya, kita assume yang dia memang nak jumpa kita. Kita sembang direct terus untuk jumpa dan buat sesi interview.

Ataupun cakap,


Sekarang saya tengah bekerja di company sekian sekian, dan masa bekerja saya ialah dari 8 to 9. Saya cuti hari khamis atau sabtu sahaja. Kalau pihak anda boleh panggil interview masa khamis atau sabtu memang terbaik, tapi kalau terpaksa untuk saya datang masa hari bekerja pun tiada masalah.

Tapi minta untuk set awal, supaya saya boleh set cuti awal awal dan cari pegganti supaya ketidahharian saya tak mengganggu production saya bekerja sekarang.


Begitu, kiranya nak cakap, kita ni macam bertanggungjawab jugalah kan. Tak adalah buta ja terus nak ambil cuti, situasi ni juga buatkan company yang kita nak apply ini macam ada system yang kita kena follow, so situasi ini juga menunjukkan yang kita ini patuh dengan regulation atau cara bekerja di tempat lama.

Gitu.. Tunjuk baik sikitlah kononnya ni.


Saya masukkan gambaran penuh contoh cover letternya semula ya. Sebab rasa macam kecil pula untuk anda nampak.

Jangan tengok apa yang isi kandungan yang saya tulis, saya copy paste sahaja tu. Lebih kepada nak tunjukkan format cover letter ini ditulis bagaimana sahaja.

Selepas ini saya akan bagi contoh bagaimana untuk isi.

Contoh Final Cover Letter


Hi,

As I acknowledge your job vacancy that posted just last 2 days on jobstreet. I quickly write down this cover letter and edit my resume with the latest entry that fit your requirements.

I work in this field since 2014, with 7 years experienced I might be your good candidate.

Currently I am working with XXX Company, I believe this company have quite similar product with what you are working in XYZ company. Last month we did executed one of group task where we are able to achieve 2211 target in just 3 months of research.

It would be a privilege to discuss with your side in more detail. I am happy to come by since XXX company just 15 minits away from my home.

Or even we can just do it with Zoom or Google Meet meeting since covid case is on the rise. Whichever your side prefer.

[ saya sign di sini ]
Syed Shaff
no tel


Bahagian yang saya boldkan di atas adalah bahagian isi kandungan, atau bahagian utama yang anda perlu ceritakan pengalaman kerja anda.

Saya tak berapa nak ada idea sebenarnya, tapi caranya tulis begitu. Dimana kita akan guna nombor sebagai salah satu bukti daripada pengalaman kita.

Tak boleh tau, kalau dah ada pengalaman, tapi sekadar duk cerita, saya sudah ada pengalaman menggunkan mesin sekian sekian sahaja. Andai kata memang dalam bidang engineering macam sayalah.

So anda tak digalakkan sekadar bagi tahu pengalaman apa yang dah dibuat, tapi kongsikan juga result apa yang anda perolehi daripada pengalaman itu.

Baru nampak macam lebih padu.

Blog ni saya mula tulis masa 2016 lagi. Saya cover topik dari mula anda nak sambung belajar, cara nak cari tempat praktikal, nak cari kerja tetap, dan hinggalah ke tahap bagaimana nak uruskan kewangan. Moga perkongsian saya memberi manfaat. Tolong tinggalkan komen ya, kalau rajin. InsyaAllah saya akan reply.

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer