Ipoh ni, banyak dengan 2 benda. Satu AEON, dengan Kilang Simen. Kilang Simen sebab memang ipoh ni penuh dengan bukit Batu Kapur.
yang Aeon saya tak faham kenapa banyak, Ipoh pun bukan besar mana pun. Mungkin sebab banyak orang cina kot. Ntah lah.
So kilang simen di ipoh, memang banyak. Ada 4 buah kesemuanya. Dan keempat empat kilang ni memang besar, dan established, rasanya keempat empat kilang ni juga ada dalam bursa malaysia juga.
Kira, memang menepati syarat ciri ciri kilang terbaik yang saya kongsikan sebelum ni.
Rasanya kilang yang paling ramai orang kenal adalah Tasek Cement dengan YTL Cement. Sebab dua company ni memang terletak di tepi highway. Jadi memang nampak dengan jelas.
Even masa saya pergi Kelantan, sebab wife saya orang sana. Pun ada brand YTL juga.
Kalau masa saya cari kerja dulu, memang saya ada hantar resume ke Tasek Cement, dan alhamdullillah. saya dapat, tapi saya tak pergi interview sebab saya baru masuk kerja dengan satu lagi company yang lain.
Masa tu lebih kurang dalam tahun 2014.
Dan masa itu juga, kilang simen yang paling besar di Ipoh ialah Lafarge Cement di Kanthan. Tapi dalam tahun 2019 macam tidak lagi, sebab YTL dah beli dan pegang share 51% dalam Lafarge.
Masa saya tengah cari kerja dulu, Lafarge ni saya dengar cerita bagi bonus 6 bulan hujung tahun. Memang dahsyat tu. Kalau kita gaji RM 2k, memang dapat 12k hujung tahun.
nak bayar kete insuren
duit raya
duit untuk anak sekolah
duit kereta
duit rumah
Memang mudah dan mewah, dan masuk OT lagi kan. Shift lagi.
Sekarang ni, lepas 7 tahun. Lafarge ranking no 5 kot dekat Malaysia. YTL no 1, dan Hume Cement no 2, ikutkan ranking daripada digimarketingdeal.
Saya pun tak pasti betul ke tidak kalau Hume Cement no 2. Sebab company ni baru lagi setup, saya ada kawan yang kerja supervisor kat sana. Sebaya dengan saya, dulu kami pergi sekolah naik basikal sama sama pun.
Macam Mana Nak Apply?
Macam saya cakap tadi, saya pernah dapat panggilan interview. Cara saya adalah saya direct terus hantar resume ke GuardHouse. Andai kata dia tak bagi kita masuk, tapi kalau guard bagi kita masuk, dan kita boleh letak dan sampaikan sendiri dekat pejabat Human Resouce. Anda mesti pergi tau, hantar sendiri. Peluang besar ni
Sebab kalau harapkan guard tu yang hantar, entah bila baru dia hantar nanti.
itu satu
contact/call dulu, tanyakan jawatan kosong ade ke tak
hantar direct resume ke kilang
apply kat jobstreet kalau memang ada jawatan kosong open
email dekat human resource juga, anda boleh boleh dapatkan email di website depa
contact dekat facebook page company ni, tanyakan jawatan kosong. kot kotmemang admin HR yang manage fb tu kan.
Itu sahaja. Kalau ada apa, boleh tinggalkan komen dibawah, nanti saya akan reply.
Update
jangan lupa proces flow buat siment, boleh rujuk kat youtube macam video dibawah ni
Contoh Soalan Temuduga Yang Susah Dijawab Versi 2
|
Sesi temuduga ni, sebenarnya dah macam pernyataan kita daripada Malaikat dalam kubur pun ada kadang kadang tu. Cuma, bedanya, kalau dalam kubur, kita akan jawab guna amalan kita.
Tapi kalau di sesi temuduga, kita jawab berdasarkan latihan atau praktis yang kita dah buat.
Temuduga di kubur, kita memang tak boleh tipu.
Tapi, temuduga kerja, memang kita boleh sembang baik punya, tapi mestilah banyakkan latihan, praktis berdialo g depan cermin dan cuba buat memek muka yang bila orang tengok kita tu, dia akan rasa suka dengan kita.
OK lah, untuk contoh soalan temuduga yang susah nak jawab. Saya akan cuba senaraikan dibawah, nanti anda cuba fikirkan jawapan terbaik ya.
tell me about yourself
Apakah kekurangan anda
apakah pencapaian terbaik anda
kenapa tinggalkan kerja sebelum ini
apa yang anda akan nampak kalau 5 tahun dari sekarang
kenapa nak kerja disini
what make you unique
what are your greatest strengh
What did you like and dislike about your previous job?
How much do you expect to get paid?
Why should we hire you?
From your resume, it looks like you were fired twice. How did that make you feel?
What do people most often criticize about you?
What have you learned from your mistakes?3. How do you handle stress?
How has your education prepared you for your career?
Are you a team player?
So daripada 16 soalan yang bagi saya agak susah untuk anda jawab ni, soalan 13 hingga 16 adalah yang susah dan paling rare ditanya.
So better prepare juga.
Lagi satu jenis soalan yang susah dijawab ialah soalan jenis masalah. Contoh yang saya pernah ditanya.
katakan ada satu group perempuan yang jaga mesin ni, sepatutnya tutup mesin pukul 7, tapi pukul 6 30 mereka dah tutup mesin, so production akan terganggu. so kalau u, apa yang u boleh buat untuk pastikan masalah ini tak berlaku? ( masa ni saya apply untuk jadi supervisor )
dan lagi satu, katakan mesin tengah jalan, production nak banyak ni. Tiba tiba mesin jalan product yang defect. so macam mana, awak nak minta production tutup mesin atau jalan juga? ( masa ni saya apply untuk jadi process technician )
So sekarang apa step seterusnya?
Apa lagi, cuba la fikir apa jawapan yang terbaik untuk anda jawab nanti. Kalau tak pasti cara nak jawab, boleh tinggalkan komen dibawah saya cuba fikir kan juga.
3 Level – Cara Nak Pilih Company Untuk Apply Kerja.
|
Pada pendapat saya, company yang bagus, atau yang setengah orang kita cakap, boleh kerja sampai mati. Adalah company yang ada dua faktor penting bawah ni:
company yang dah establish
dan bos yang bagus
Kalau benefit baik, tapi bos macam hampeh. Memang payah. Kadang, bagi saya, biar benefit tak berapa nak OK, tapi syukurlah ada bos yang bagus.
Untuk ciri ciri bos yang bagus, lain kali kita sembang.
Untuk artikel ni, saya nak kongsikan ciri pertama company yang bagus untuk anda kerja sahaja.
Maksud Saya Dengan Company Yg Established
Company yang dah establish ni adalah company Level 2 dan Level 3 sahaja.
Saya ni kan, graduated dari Universiti Malaysia Pahang, sejak 2009. Masa tu, kalau tak silap batch yang saya gred ni tak sampai pun 5x lagi. Kira nak bagi tahu memang awal sangatlah lagi UMP ditubuhkan. Even UMP tu dulu namanya bukan UMP, tapi Kolej Universiti Kejuruteraan Teknologi Malaysia. Lupa dah saya singkatan kepada apa, KUKTEM kot.
Kalau tak silap, tukar kepada UMP masa saya semester ke 2 di sana.
So saya grad 2009, sampailah sekarang saya tulis artikel ni 2021.
2021 – 2009 = 12 tahun.
So sepanjang 12 tahun saya di alam pekerjaan ni, apa yang saya boleh nampak, company tempat kita kerja ni boleh kata ada dalam 3 peringkat, atau 3 level.
Level 1 – Industri Kecil dan Sederhana
Level 2 – Industri Besar dan Berat
Level 3 – Company Level Bursa
Kenapa ada 3 level? Sengaja saya buat 3 level ni sebab saya nak bezakan level gaji di setiap company. So kalau kita tahu company tu level apa, insyaAllah kita juga boleh agak dah berapa gaji yang company ni boleh bagi, dan berapa gaji yang kita boleh demand bila apply kerja nanti.
So itulah tujuannya – untuk kita ada ilmu sikit dalam mengecam company apa yang terbaik untuk kita bekerja.
Tapi, kena ingat juga. Walaupun company best, gaji besar gila pig, tapi bos macam taek pun tak guna juga. So 2 perkara ni kena seiring.
Kecuali kalau anda memang kental, aku tak peduli bos macam mana pun, janji masyuk. Pun boleh juga, tapi percayalah, korang tak akan tahan lama. Lebih baik kita cari tempat kerja yang best, happy, kawan kawan sekeliling pun supportive, tak ada nak hasad dengki.
Macam wife saya, tak pasal kena sihir. So cari tempat yang best kerja tau.
Masa tu barulah, insyaAllah kita akan rasa best kerja dan lebih mudah untuk kita cari rezeki.
Sebelum saya pergi lebih detail ulasan kepada 3 Level di atas, saya nak jemput anda semua juga untuk baca artikel lagi satu. Berkenaan ciri ciri company yang patut anda pilih untuk apply kerja. So kita dah tahu ciri pertama adalah level company, nanti di artikel sana, saya akan mula dengan ciri ke dua.
sdasda
Cara Renew Roadtax Kereta Online
|
Bila dah ada kereta ni, 2 perkara yang paling seksa nak tanggung.
servis – kos servis yang perlu hadap
roadtax insurance yang nak kena bayar setiap tahun
Average bila kita nak review roadtax kereta untuk kereta jenis macam saya 1.5 cc Almera adalah dalam RM 1200.
Memang setiap tahun kos lebih kurang RM 1000 inilah yang saya tanggung bayar. Itu pun kalau saya renew roadtax lah. Ada juga yang saya tak bayar, skip 1 tahun pun ada.
Tapi, sebabkan takut nak lalu roadblock, saya pun malas nak menjawab di mahkamah sebab sekarang ni dah semakin ketat. Kita bukan kena bayar denda saman sahaja, kita juga kena turun naik mahkamah juga.
Lagi sakit, andai kata kita ni orang Kedah, atau stay di Kedah, tapi kena tahan di Kelantan. So kenalah turun naik mahkamah di Kelantan. Tak pasti, kalau kes kita ni boleh forward ke mahkamah di Kedah, atau yang dekat dengan tempat kita bermastautin.
Cara Nak Review Roadtax
Kalau saya, yang sekarang ni stay di Alor Setar, Kedah, memang saya guna satu company ni ja, agent cukai jalan di Bertam.
Ya saya tau, memang ada ja agent cukai jalan lain di Alor Setar, tapi saya lebih suka di Bertam ni, dah 2 tahun juga saya ambil di kedai yang sama. Sebab disini lebih murah. Banding dengan agent yang lain.
So, caranya, mudah sahaja, contact sahaja depa ni, walaupun saya di Alor Setar ( sejam sahaja drive ke Bertam ), dan cakap nak renew. Nanti depa akan reply dengan quotation harga.
Saya pun akan transfer duit. Untuk sijil atau policy dan sekali dengan cukai jalan, boleh juga kalau kedai ni nak post ke Alor Setar juga. Tapi kerja saya memang perlu pergi selalu ke Bertam, jadi saya tak minta kedai ini postkan. Saya akan pergi ke Bertam sendiri nanti.
Cara nak Dapatkan Roadtax Murah
Roadtax ni ada dua perkaralah kira:
kos untuk insurance
kos untuk cukai jalan
Kos untuk cukai jalan ni dalam RM 100.
Yang mahal dan tingginya ialah kos insurancenya. Contohnya, sebelum ni saya beli dalam RM 814. RM 709 untuk insurance, dan RM 100 untuk cukai jalan. ( daripada Kurnia Insurance )
So kenapa saya punya cukai jalan RM 700 sahaja? sebab saya turunkan mileage coverage. Sebelum ni boleh cover sampai 45K dengan total kos RM 1200.
Tapi kedai ni boleh turunkan kepada coverage 20 000 sahaja, so total kos RM 709.
So itulah cara untuk kita turunkan harga roadtax. Minta agent ni untuk kurangkan coverage.
Apakah Yg DiMaksudkan Dengan Pengurangan Coverage!
Ada Degree Tapi Kerja Kerani
|
Adakah pelek?
Jawapannya TIDAK!!
Anda jangan ingat, belajar mechanical tapi kerja pun mesti agak teknikal, anda jangan ingat, belajar nursing, tapi akan dapat kerja jadi nurse bila kerja nanti. Sebab ia memang tak mungkin akan sama. saya sendiri, graduate tahun 2009 ni pun tak rasa kawan kawan saya yang study mechanical pun akan dapat kerja jawatan yang sama dengan apa yang kami belajar.
Antara yang lain:
saya sendiri, study mechanical, end up masuk dalam bahagian sales dan marketing
kawan saya belajar civil, atau awam, tapi jadi supervisor kilang
kawan saya yang study mechanical, tapi dapat polis lagi lah jauh melayang bidang
ada juga kawan saya yang study nursing, jadi technician kerja kilang
saya juga ada kawan yang degree chemical, tapi jadi promoter
Saya boleh kata, maybe dalam 50% akan berlainan dengan bidang yang kami semua belajar.
Adakah ini salah? adakah sistem pembelajaran negara kita salah?
Sudah pasti tidak.
Dan kalau ada yang cakap, belajar tinggi tinggi pun kerja level SPM juga. Kalau ini lah jawapan anda, jangan salahkan system pendidikan negara, tapi salahkan diri sendiri. Sebab tersangat sangatlah salah cara berfikir.
Kenapa saya cakap study degree, tapi kerja kerani itu tak salah?
Jawapannya, boleh jadi macam macam. Dan sebelum saya bagi contoh apa sebab kenapa study dan kerja itu tak selari cuba fikirkan dahulu, kalau apa yang anda study akan confirm dapat bila kerja?
So, katakan
ali study mechanical, kerja jadi engineer
angah study civil, jadi engineer buat jambatan contohnya
study bahagian automatif, mungkin kerja dengan puspakom pula.
masuk akal kan? Itu yang anda fikirkan ya. Apa yang saya study, itu lah yang sepatutnya kita dapat kerja kan.
Sekarang, cuba bagi tahu saya, siapa pula yang study jadi cleaner?
Sumpah mampus tak nak kan?
Bukan itu sahaja, memang dunia ni tak akan jadi stabil. Sebab semua akan berpihak kepada yang bagus bagus ja. Semua akan berpihak pada kerja yang senang senang lah. Mujurlah Allah tu Maha Adil, Dia tahu nak letakkan segala yang sesuatu.
so itu dia, nombor 1 untuk sebab yang pertama – Dunia Akan Jadi Celaru
#2 Nampak Potensi Lebih di Bidang Lain
Saya Sendiri Pun Tak Nak Jadi Mechanical Engineer
Jadi ceritanya, saya sendiri pun tak nak.
Pening tau jadi engineer ni. Abang saya kerja engineer dan manager kapal minyak. Kalau kapal tu berlabuh, dan tak digunakan. Kira duk lepak tepi pelabuhan ja, memang nampak abang saya tu tak senang duduk. Kuli kilir rumah resah. Mana taknya, satu hari kos kapal berapa dah sewa.
So tanggungjawab memang besar untuk dipikul.
Lagipun, kalau contohlah saya kerja technician kilang sampai sekarang ni? Saya dah berhenti pun sebenarnya, August 2019(umur saya 31 tahun) adalah bulan terakhir saya kerja dengan orang. Sekarang saya banyak berniaga sendiri. So contohlah saya masih bekerja, dan berapa bulan bulan yang saya dapat?
Lebih kurang RM 4500 sebulan. Ini kalau OT, ada juga biasa cecah RM 5000 sebulan. Kalau OT.
Kalau tak OT, insyaAllah bersih boleh dapat dalam RM 2500 gitu. Ini pun baru masa umur saya 31, kalau sudah 10 tahun kerja. Mesti akan jauh lagi banyak. Sebab orang yang kerja shift di Kilang ni, memang gaji banyak sebenarnya. Cuma duit tak reti nak manage, itu nampak macam miskin.
Persoalannya!! Banyak memang banyak. Tapi takat mana banyak tu. Kalau saya nak umur sekarang ni, 32 tahun income sebulan RM 10 000 kerja dengan orang mampu tak? sudah pasti tak kan. Lagi hempas pulas kerja 12 jam lagi. Shift. Memang penat sebenarnya.
Tapi saya tak salahkan anda yang bekerja dengan orang lain, mahupun kerja kilang itu salah ya. Masing masing punya rezeki. Saya ada je kawan yang memang selesa dengan kerja kilang. tiada masalah.
Cuma hasrat hati saya mungkin nampak berbeza.
So kesimpulan no 2, mungkin seseorang itu nampak lebih potensi di bidang lain. Seperti juga kawan kawan saya yang kerja insurance. Pun lebat juga tu, saya pun ada satu client yang kerjanya bahagian investment. Memang masyuk. Tak pasti dia jurusan apa dahulu.
Dan percayalah, mana yang jadi bos bos sekarang ni. Dulu memang mereka tak plan pun untuk jadi bos. Tapi sebabkan exposure yang depa dapat tahu masa bekerja. Ia seperti macam buka pintu rezeki yang baru. So padanlah betapa banyaknya founder di Malaysia ni. Yang selfmade founder lah ya. Bukan dari perniagaan mak pak.
#3 Sebab Tak Nak Pening Kepala
Beza kerja kerani dengan engineer kan. So mungkin engineer tu tak nak pening kepala. Laki dia pula memang dah berduit. Kalau saya pun saya piih jadi kerani ja.
Macam saya katakan awal awal tadi, semuanya atas punca keadaan sendiri. Rezeki masing masing. Janji duit itu halal sudah.
Saya juga ada kawan yang memang dapat kerja dengan goverment ni. Jadi Cikgu Bahasa Inggeris. Tapi berhenti juga dan cebur diri dalam bidang yang sama dengan saya. Sales dan Marketing. Umur kami pun sama.Tapi dia jauh lagi awal dari saya lah.
3 point cukup ya, yang membawa kita kepada suatu jawapan yang tak tersangka.
Kalau lah semua ini benar, kenapa pula kita mesti sambung belajar?
Jawapannya, kita sambung belajar bukan sebab nak dapat kerja. Tapi nak mematangkan diri. Allah Maha Adil, kalau ikutkan orang yang jual emas pun macam rugi. Bagi jual pencuci muka. Lagi banyak untung dan kaya raya. Jadi instafamous ka.
Tapi itu lah, Allah Maha Adil, di mana pun kita berada, Allah tetapkan dalam hati yang kita akan rasa berbangga dan puas hati dengan kerjaya kita sekarang. Kalau lah semua kita tak puas hati. Semua macam nak jadi macam orang lain, semua akan kembali kepada point pertama lah. Dunia akan jadi celaru.
Permohonan Kad Kredit Online
|
Kalau anda nak apply kad kredit online, boleh sahaja. Ada banyak company 3rd party boleh urus kan macam :
Saya pernah register kat ringgitplus or comparehero kalau tak silap. Memang la diorang akan call kan, tapi lepas tu beberapa product lain pun diorang akan call juga. so saya rasa macam kacau pulak hal kita.
So, lebih baik anda pergi bank terus. Daripada nak sediakan document online juga leceh juga.
So, untuk permulaan, anda rujuk 11 senarai kad kredit dalam table yang saya sediakan dalam artikel ni.
Lepas tu, boleh la berangkat ke bank untuk maklumat lebih details dan tepat.
Mohon Kad Kredit Tanpa Slip Gaji
|
Tak ada slip gaji bukan nya masalah besar tau.
Sebab kalau tak ada boleh sahaja kita buat slip gaji tu. Bukannya salah pun, dah memang company tak bagi slip gaji nak buat macam mana kan.
Yang masalah sekarang ialah gaji yang anda dapat melalui cash tu. Ini yang problem.
Kenapa?
Sebab bank tak dapat nak confirm kan dengan buat perbandingan. Sebab, bila kita apply loan, bank pasti akan minta:
slip gaji
bank statement
EPF
nama dan no tel company
Contoh anda bagi slip gaji 6 bulan, so banker akan cuba cari jumlah gaji yang tiap bulan tu mesti ada masuk dalam bank dan sama. Kiranya nak sah kan lah ni.
Kalau dah anda dapat gaji tu secara cash macam mana nak confirm. Ok lah, boleh masuk sendiri kan, macam lah anda betul betul masuk semua.
So itu guna bank statement.
EPF pula, mungkin lebih kepada nak pastikan maintain masuk atau tidak. Kalau nak confirm kerja tu, memang bank akan terus call company sahaja.
So, lagi sekali, TIADA SLIP GAJI bukan satu masalah, yang masalah jumlah actual tu tak masuk dalam bank untuk direkod dalam bank statement.
Dan juga anda kena pastikan minima income RM 2000 lah, seperti yang senaraikan dalam table kad kredit ni.
RM 2000 ni boleh jadi basic sahaja, atau pun sekali dengan OT. Saya rasa memang sekali dengan OT, kira nya gross income. Sebab masa saya apply kad kredit CIMB masa tahun 2012 dulu. Basic saya baru RM 1500.
Sebab kan OT yang biasa dapat RM 2500 tu yang mungkin buat lepas tu.
AEON sendiri yang ada 11 jenis kad kredit pun paling minima RM 2000 juga. Kalau AEON pun paling rendah RM 2000, memang tak la institusi kewangan lain bagi lagi rendah kan.
So kalau anda gross income atau gaji hanya RM 1500, memang tak merasa la noh pakai kad kredit ni. Tapi tak apa, boleh harapkan OT kalau ada.
Cara Pilih Kad Kredit
Kad Kredit ni, kalau nak diikutkan banyak kelebihan nya selain daripada untuk kita bayar guna kad dulu, dan langsaikan hutang tu lain hari. So boleh lah, kita plan kewangan macam mana, walaupun kebanyakannya memang tak gitu, tapi tak apa lah.
Tapi kita nampak la kelebihan nya kan.
Selain daripada tu, saya fikir, lebih elok keluarkan 5000 daripada kredit kad, daripada anda pinjam RM 5000 dekat pinjaman peribadi. Sebab 5000 daripada kredit kad tu, jumlah minimum nya tak setinggi kot dengan installment bulanan bank kalau kita pinjam RM 5000.
Masa nya juga tak lama.
Tapi sebenarnya, kad kredit ni memang banyak lagi kelebihan lain, seperti contoh, katakan bilik hotel RM 250 satu malam. Dengan menggunakan specific kad kredit, bergantung kepada hotel apa juga. anda mungkin dapat harga lebih rendah. Mungkin less 5 to 10 percent contoh nya.
Kawan saya reti lah benda benda gini, sebab dia yang biasa cerita.
Saya sendiri, tak pernah la nak guna kad kredit sampai tahap itu. Sekadar guna untuk dahulukan mana yang patut dan bayar minima sahaja kemudian.
Tapi, memang ya, kelebihan nya memang lebih lagi. Dan antara cara untuk pilih jenis kad kredit atau mana satu product kad kredit yang anda patut guna ialah bergantung kepada penggunaan yang anda buat.
Contoh, kalau nak guna kad kredit untuk isi minyak. Boleh guna kad kredit yang khas untuk pam minyak. So nanti, boleh la anda dapat cash back ke apa setiap kali isi. Atau pun, khas untuk belanga Tesco atau AEON yang memang sediakan kad kredit diorang sendiri.
Atau pun untuk travel. Ini jenis gaji yang 10k gitu lah ni. Memang ada kredit kad khas yang anda boleh dapat kelebihan all in one untuk yang jenis suka travel. Mungkin flight murah dan hotel murah.
Apa apa, kebiasaannya, bila pilih kad kredit ada 7 jenis produk utama yang anda boleh pilih, ikut kepada kemahuan dan tujuan anda juga.
singup offer – bila register, dapat alat elektronik contoh nya
no annual fee – ini saya prefer
cashback – boleh la kumpul points la ni.
rewards
petrol
travel
islamic – saya memang pilih yang ni
So, lebih kurang macam ni lah. Sekarang, anda fikir elok elok apa jenis tujuan anda buat kad kredit, dan tengok pada senarai kad kredit terbaik yang saya baru update ni.
Cuba nilai kelayakan anda tahap mana.
11 Senarai Kad Kredit Terbaik Malaysia [ Update 2019 ]
|
Salam semua, disebabkan terlampau banyak email duk tanya saya mana kredit kad yang terbaik. Dan saya pun jadi blur nak jawab apa. Sebab setiap kali saya buat artikel, kadang kadang saya pun lupa butiran artikel tu.
Oleh itu, kalau saya senaraikan terus setiap kad kredit yang anda boleh pohon, bergantung kepada kelayakan anda.
Saya tunjuk dulu terus table perbandingan nya, nanti di bawah table ini saya ada kongsikan lagi petikan untuk cara faham table ni. Sebab saya tak boleh nak masukkan butiran semua, nanti tunggang langgang jadi table ni kalau anda view with mobile.
Table Description
jenis kredit kad yang saya list di atas adalah semua nya ISLAMIC
Min Income – termasuk OT, contoh basic 1500, tpi ada OT sampai RM 2000, kira boleh lah ni – masih lagi bergantung kepada bank juga
semua bank, umur sekurang kurang nya 21 tahun
Kenapa Saya Senarai Kan Islamic Shj?
saja lah kot, elok la ambil yang Islamic, patut shariah akan 2 perkara, tiada unsur gharar dan juga riba.
gharar – gharar ni cas lebih
riba – ini untuk interest.
Tapi macam mana bank buat duit? so bank hanya akan charge pada service diorang sahaja, atau pun profit change dan juga outstanding amount yang anda pending/hutang. Itu pun sesetengah kad tak cas interest kalau anda bayar pada tarikh yang sepatutnya. Dan kalau bank charge pun, hanya pada jumlah yang outstanding sahaja.
Contoh, katakan tarikh limit bayar total tu setiap 1 hari bulan.
anda beli barang RM 400 guna kredit kad pada 15hb. Dan berjaya langsaikan hutang RM 400 ni sebelum 1hb. So tak rugi apa apa. Tapi kalau anda bayar RM 300 sahaja atau pun jumlah minimum. Yang tinggal yakni RM 100 itu sahaja yang akan dicharge bunga.
Cara Nak Apply?
Pergi bank la sayang.
oh ya, senarai bank yang saya tulis tu memang saya ambil yang ringkas sahaja. Sebab nanti tak muat column. Kalau nak ikutkan panjang la lagi namanya, contoh Ambank Taslif Gold singkatan kepada AmBank Islamic Al-Taslif Gold Card-i.
Ambank CARz Gold singkatan kepada AmBank Islamic CARz Gold Visa Card-i
Public Bank Gold singkatan kepada Public Islamic Bank Visa Gold Credit Card-i / Mastercard® Gold Credit Card-i
so panjang kan. tapi saya ada lah ambil nama nama yang unik atau nama produk kad kredit tu untuk anda tanya tanya kan bank nanti.
So, bila apply nanti, cuba tanya guna nama singkatan yang saya bagi tahu dalam table. Kalau tak sure boleh la banding kan interest rate, annual fee dan gaji minima yang boleh apply ya.
Adakah Maklumat Di Atas Paling Tepat?
Sudah pasti, terms bank pasti akan berubah berubah. Tujuan table di atas untuk anda banding kan secara mudah sahaja. Saya juga tak masukkan limit belanja sampai berapa. Contoh macam saya CIMB, maximum RM 4000, tapi wife saya bank apa entah, dalam RM 6000. Nanti anda juga patut tanya juga dengan banker masa sign up ya.
Cara Saya Nilai Kredit Kad?
biasa saya akan tekan faktor di bawah
islamic – sudah pasti, tapi kad kredit CIMB saya yang sekarang ni tak tahu islamic ke dak. sebab apply 2012 dulu
no annual fee – memang idok ler kan
tahu tarikh interest akan dikira – contoh kalau tak silap, kad kredit saya 13th. So senang lah kalau nak plan gaji kan. Tapi, kalau nak tukar tarikh pun tiada masalah. Anda cuba tanya bank macam mana, contoh gaji anda 25hb macam kebanyakan orang kerajaan. Jangan lah buat tarikh akhir bayar kad kredit 13th, memang dah setel la duit tu kan.
Alright? untuk lebih jelas, boleh rujuk bank ya..
Terima kasih semua…
Sambung Belajar Lepasan SPM [ kenapa sambung ]
|
Dalam tahun lepas, Jabatan Perangkaan ada buat satu survey, dalam survey tu mengatakan 72% pelajar lepasan SPM tak nak sambung belajar.
Yang bagi saya, sangat sangatlah sedih, rugi dan menakutkan. Sebab focus budak budak zaman sekarang dah beralih kepada yang tak bagi impak positif pada masyarakat. Ramai juga tu, 70% peratus.
Ikutkan data 2019, daripada 570K pelajar, 170K sahaja yang nak sambung. Kalau memang disebabkan hal duit tak ada, ataupun ada masalah lain yang tak dapat dielakkan kira OK lagilah. Tapi dalam survey Jabatan Perangkaan itu ada bagi tahu, 3 sebab utama yang saya makin sedih pula untuk tahu.
pertama, sebab rasa pendidikan tak boleh bantu masa depan mereka
lebih berminat dengan cara buat duit yang lebih cepat
lebih berminat nak jadi influencer / youtuber dan yang berkaitan.
Antara satu artikel yang betul betul tembak pemikiran negatif ini adalah yang saya baca di MalaysianInsight. Walaupun pedas, hakikatnya memang macam tu.
Zaman sekarang, orang ramai terpengaruh dengan social media sangat sangat. Paling buruk di TikTok. Menari dapat duit, mak bapak bangga sebab anak pandai menari itu yang paling sedih saya tengok.
Sedangkan segala isi kandungan sweet sweet dalam youtuber melayu ni memang akan rosakan sahsiah masyarakat kita. Kalau kita tak sambung belajar, bidang profesional negara kita pasti akan kurang. Bermaksud, pemabangunan masyarakat pun akan terbantut.
Saya nak kongsikan satu video ni, tentang betapa pentingnya kita mesti sambung belajar. Sambung belajar yang saya kongsikan dari awal hingga sekarang tadi lebih kepada pembangunan masyarakat, Pasti ramai yang tak berapa faham dan rasa ambil berat, tapi tak mengapa.
Dalam video bawah ni, saya akan lebih beri focus dari segi duit sahaja, kenapa kita mesti sambung belajar dari segi duit.
So siapa kata pendidikan tak boleh nak bantu kita bila zaman di alam pekerjaan nanti? Walaupun saya sendiri dalam bidang sales, saya bukan lagi dalam bidang yang saya study dulu. Tapi saya masih lagi bersyukur, alhamdullillah, Allah bukakkan rezeki saya di platform yang lain pula.
Tak salah kalau nak bawa grab, tak salah kalau nak buat delivery lalamove atau Pos Malaysia sekalipun. Tapi kerja kerja yang macam ni, mestilah bersifat sementara. Atau part time sahaja. Atleast kita ada satu punca rezeki lain yang mungkin lebih mudah untuk dapat bulan bulan.
Tapi saya tak kata buat grab itu masalah, cuma saya sendiri kalau bawa motor sampai satu hari, memang penat sebenarnya. Kalau di Bertam, Penang saya perasan ada perempuan juga buat grab. Saya tahu memang ada yang lebih selesa, ada yang rasa lebih mudah sebab semuanya atas sendiri.
Kalau yang memang minat, atau macam salah seorang kawan saya yang lebih selesa kerja guard sebab dia malas nak fikir kena marah dengan bos tiap kali kerja kilang, boleh teruskan.
Cuma, janganlah sampai fikir pendidikan itu tak boleh bantu kita.
Dengan pendidikan sahaja yang boleh buatkan kita ada doctor, nurse, juruterbang, engineer yang buat jalan, engineer yang buat kereta untuk kita dan macam macam lagi. Semuanya hasil daripada pendidikan.
Apa apa pun, saya minta maaf kalau ada yang macam terkasar sikit dengan apa yang saya kongsikan di atas. Saya tak kata kerja selain daripada bidang profesional itu tak bagus, saya sendiri pun masih lagi order menggunakan grab.
Kadang tu boleh je saya beli sendiri, tapi saya masih lagi menggunakan grab supaya kita boleh berkongsi rezeki. Cuma bila sampai fikir tak nak sambung belajar tu memang buat saya pening sikit. haha
Kelebihan Sambung Belajar?
Untuk kelebihan sambung belajar, kalau dalam video yang anda lihat di atas tadi, saya lebih menyentuh kepada faktor kewangan sahaja.
Dimana kita akan dapat lebih banyak duit pada kadar yang lebih cepat berbanding dengan kita hanya belajar sampai lepasan SPM.
Saya juga ada bagi tahu dengan sambung belajar kita boleh kembangkan masyarakat kita seperti dengan adanya daripada kalangan kita yang boleh ada kepakaran doktor, engineer.
Tak adalah semua benda kita nak import.
Tengok macam apa yang berlaku pada Jepun, China, kalau ada documentary mereka buat bangunan atau binaan besar besar, mesti kebanyakan pekerja adalah dikalangan orang mereka juga.
Tengok apa yang berlaku pada app mysejahtera masa kita covid teruk hari tu. Tau tak kos buat app mysejahtera tu berapa? 196 juta untuk 2 tahun. Banyak ke sikit tu? Company base dari Singapore.
Sebut pasal web application base dari Singapore ni, banyak juga yang datang dari sana, Jobstreet, website yang paling utama nak cari kerja pun dari sana. Shopee? dari sana juga.
Kenapa orang Malaysia tak tahu nak buat app ke? Saya guna perkataan Malaysia ya, bukan orang melayu, atleast Indian dan Chinese, atau lain lain pun boleh buat juga. Atleast dari Malaysia, tapi kenapa semua dari sana.
Saya bukan racist, tapi tak ke kita bangga dengan product negara kita sendiri.
Kalau semua app app ni datang dari negara kita sendiri, tak ke ia akan lebih baik baik untuk sahsiah anak anak kita?
Kenapa kita nak guna app dari luar sedangkan itu semua kita boleh buat sendiri, tengok sekarang apa yang kita boleh tengok di facebook. Seram, budak budak pun dah boleh tengok benda pelek pelek keluar dari facebook. Itu baru facebook, tak sembang lagi tiktok yang memang itu sahaja kandungan yang ada.
Kalau kita ada facebook sendiri, nanti kerajaan atau developer itu juga yang untung, sebab facebook sendiri pun sekarang dia ada cakap, keuntungan utama facebook 97.5% daripada facebook ads. 2022 earning dari facebook ads sebanyak 116.6 billion dollar tau.
OK lah, kalau kata 116.6 billion mungkin macam banyak, sebab semua negarakan! Sekarang ni cuba banyakan kalau 1% sahaja datang dari Malaysia. Situ sahaja income dah 1 billion dollar.
Bukan sikit wei 1 billion tu. Tapi itulah, orang kita tiada kesedaran, negara kita pun lebih sibuk dengan politik, alim ulama disekat pula ceramahnya. Menteri pula lebih sokong rakyat main tiktok.
Memang hancur..
Generasi sekarang inilah yang paling penting untuk perkembangan negara kita. App development, web developement, computer engineering ni memang satu course yang bagus.
Kalaulah masa ni boleh beralih semula, memang bidang programminglah saya akan ambil.
Harap adik adik lepasan SPM semua jelas. Betapa pentingnya kita sambung belajar, bukan setakat untuk diri kita, tapi juga untuk masyarakat kita, kepakaran dikalangan orang orang kita.
Kalau nak berniaga silakan, tapi jangan sampai tinggalkan pendidikan.