Diploma Kejuruteraan Mekanikal/Awam – Berapa Gaji Anda Dapat?

Agak agak berapa gaji yang anda akan dapat umumnya untuk kelulusan diploma, bila sudah masa bekerja nanti? Tidak kisah lah, sama ada anda kelulusan diploma awam, atau pun Mekanikal seperti saya sendiri. Mahupun diploma kejuruteraan elektrik dan umpamanya.

Adakah RM 1 500? Sebab ramai yang mengatakannya.

Tidak mungkin RM 1000 sebab gaji minima dengan hanya kelulusan SPM sahaja sudah diwartakan RM 1000.

Siapa Yang Tulis Artikel Ini.

Sebelum kita pergi ke lebih lanjut, biar saya perkenalkan siapa saya dahulu. Nama saya Syed Shaff. Saya punyai lebih 7 tahun pengalaman bekerja. Saya bekerja dalam bidang swasta. Bukan kakitangan penjawat awam. Kelulusan saya sendiri ialah dalam bidang Diploma Mekanikal Engineering daripada Universiti Malaysia Pahang. Graduate pada tahun 2009. Untuk umur 29 tahun sekarang ini, sudah 4 kilang saya tukar kerja.

Kenapa tukar, bergantung kepada pelbagai faktor lah. Dan sebab utama, sudah pasti disebabkan gaji, iaitu tajuk yang kita cuba rungkai dalam artikel ini.

Anda bertuah, sebab masa saya belajar dahulu, 2006 – 2009 saya langsung tiada idea atau pun pengetahuan tentang ini. Namun, atas rezeki kesempatan yang Allah bagi, alhamdullillah saya sempat sampaikan mana yang anda perlu tahu supaya persediaan awal itu, insyaAllah.

Baiklah, sekarang anda pun tahu yang saya kelulusan Diploma Mekanikal Engineering. Dan ‘directly’ gaji saya ialah:

Kerja Pertama Sebagai Drafsman

Kerja ini lebih kepada melukis menggunakan Autocad dan juga Solidwork.

Antara satu task saya ialah,

Anda perasan tidak akan lampu jalan raya yang kadang kadang akan ada bengkok separuh bulat di bahagian puncaknya. Kebanyakan di bandar besar seperti Putrajaya ada design tiang lampu seperti ini.

Percaya tidak, bengkok bulat tiang tersebut adalah dari satu mesin yang saiznya seperti satu kereta MyVi. Dan antara satu tugas saya, ialah copycat mesin ini bulat bulat, dan improvekan design dan kecekapannya supaya ia jadi lebih baik. Sebab teknologi, atau semasa mesin ini dicipta ialah lebih kurang 20 tahun yang dahulu. Tapi saya tak sempat habiskan task ini, sebab diberhentikan selepas hanya 5 bulan bekerja. Dan gaji saya ialah RM 1 200

Seterusnya, saya kerja sebagai operator di sebuah kilang screw.

Tugas seperti yang operator biasa lah, seperti contoh:

  1. Bawah forklift
  2. Bungkus produk.
  3. Turunkan barang dari Lorri dan naikkan barang semua.
  4. Welding dan sebagainya.

Untuk tempoh ini, saya dalam keadaan terpaksa untuk MESTI juga dapatkan kerja. Kiranya, sekurang kurang saya masih lagi dapat duit walaupun ia bukan setaraf pengajian saya. Dan gaji saya ketika ini lebih kurang dalam RM 700 hingga RM 800. Sangat sedikit, memang tak cukup. Saya bagi bulanan ibu saya, lebih kurang dalam RM 50 sahaja.

Pertama Kali Jadi Technician

Seterusnya, saya masih lagi kerja untuk produk yang sama, tapi lokasi kilang lain. Tapi masih lagi ‘bos’ yang sama.

Gaji saya RM 1 200.

Masa ni tugas saya sebagai technician. Bermakna, saya sudah mula bekerja untuk level pengajian saya.

Antara machine yang terlibat ialah stamping machine. Thread machine, welding, grinding dan aktiviti yang lain itu sudah pasti lah.

Pertama Kali Gaji Mencecah RM 2000

Selepas tidak sampai setahun, saya kerja sebagai Process Technician di sebuah kilang semiconductor di Ipoh. Kalau tidak silap, jumlah pekerja keseluruhannya lebih kurang dalam 2 500 orang. Ada lagi satu cawangan yang juga di Ipoh, jumlah pekerja untuk kilang yang satu lagi ialah lebih kurang dalam 1000.

Masa bekerja di sini, pertama kali saya dapat gaji yang betul betul pada tahap yang baru boleh menyimpan. Iaitu lebih kurang RM 2 500. Gaji pokok saya ialah RM 1 500. Bermaksud, RM 2 500 yang saya dapat itu adalah tambahan kepada kerja lebih masa yang saya buat.

Saya juga untuk usaha buat kerja lebih masa, mana tahu kalau boleh cecah RM 3 000. Tapi agak susah.

Paling tinggi pun, lebih kurang RM 2 700 sahaja.

Dan selepas 1 tahun 6 bulan, saya ambil keputusan untuk berpindah ke kilang yang lain.

Pertama kali cecah gaji RM 5 200

Untuk kilang yang ini, gaji pokok saya naik lebih kurang dalam RM 150 sahaja. Dalam RM 1650. Tapi bila saya buat kerja lebih masa, RM 3 500 sebulan itu adalah biasa.

Dan saya pernah sampai RM 5 200, sebab banyak kerja pada public holiday (2 atau 3 kali ganda dari gaji hari biasa)

Selepas 2 tahun, saya terpaksa berpindah ke kilang lain, kerana kilang yang sekarang ini ditutup atas sebab tertentu.

Pertama Kali Gaji Bulanan 4k itu biasa.

Di kilang yang seterusnya sekarang ini. Alhamdulillah, berkat rezeki kahwin agaknya. Selepas 7 tahun bekerja saya rasa sudah capai lebih daripada apa yang saya target.

Masa mula mula bekerja dahulu, saya ada bayangkan untuk dapat gaji pokok sekurang kurang nya RM 2 000 sebelum atau setidak tidaknya bila saya sudah berumur 30 tahun. Sekarang 29, tapi gaji pokok sudah mencecah RM 2 000 dan plus plus sedikit.

Dan ya, sudah hampir 1 tahun kerja di sini, boleh kata kerap juga gaji saya mencecah RM 4000 dalam sebulan, hasil daripada kerja lebih masa lah. Ini sahaja, kalau nak duit lebih kalau kerja dengan Kilang.

Kilang ini ada 2 cawangan, cawangan yang saya kerja ialah lebih kurang 2 500 orang, manakala cawangan yang lagi satu lebih kurang 7 ribu orang.

Dan sekarang kita akan pergi kepada bahagian yang paling penting. Iaitu kesimpulan artikel ini.

Kesimpulan…

Untuk menjawab persoalan di atas, berapa gaji yang kita akan dapat dengan kelulusan Diploma bergantung kepada pelbagai faktor. Dan antara faktor tersebut saya rumuskan di bawah:

  1. Gaji pokok untuk Diploma bukan RM 1500 seperti yang saya dapat di atas. Tapi sebaliknya, untuk kilang ini ialah RM 1250 sahaja. Jangan sedih, orang SPM gaji minima RM 1000. Sedangkan kita yang ada diploma naik RM 250 sahaja. Bukan nak mengatakan tak layak untuk mereka yang belajar sampai SPM untuk dapat RM 1000. Jangan marahkan rezeki orang lain ya. Tapi nampak sangat tidak adilnya kalau dibezakan RM 250 sahaja. Tapi, ini sebenarnya masuk akal juga, teruskan pergi ke faktor seterusnya di bawah, anda akan lebih faham maksud saya.
  2. Setiap gaji pekerja juga ditentukan oleh produk yang setiap kilang yang anda bekerja itu buat. Seperti contoh, kilang pertama saya, jual screw sahaja. Jadi basic RM 1 200. Dan selepas kerja dengan kilang yang lebih berskala besar, kilang tiada masalah pun untuk bagi saya RM 4k sebulan.
  3. Ini pengalaman kilang swasta. Untuk penjawat awam, mungkin basic diploma terus cecah RM 1500 + lagi dengan elaun, total lebih kurang dalam RM 1850. Kenaikan setiap tahun juga tetap lebih kurang RM 150. Berbanding dengan swasta kadang kadang RM 60 setahun pun ada.
  4. Jumlah kadar lebih masa, atau pun ada kerja lebih masa atau tidak juga bergantung kepada produk yang dikeluarkan. Untuk kerja kilang yang kukuh kebanyakan memang tiada masalah untuk anda dapat duit lebih. Kadang kadang kalau kerja kakitangan awam, sekalipun gaji pokok anda besar. Tapi tiada gaji untuk kerja lebih masa. Paling kuat pun boleh claim mileage sahaja. Tapi yang kerja swasta, sampai bila pula nak kerja lebih masa.
  5. Gaji pengalaman saya kerja berbeza kalau anda kerja dalam bidang oil dan gas contohnya. Atau pun dalam bidang kejuruteraan awam bahagian projek pembinaan jalan dan bangunan. Kenalan saya sendiri, kerja dengan Shell, gaji pokoknya RM 4 900. Rezeki dia. Mana yang kerja kapal, adik saya sendiri. RM 10 000 sebulan lebih kurang. Tapi tak semua kerja kapal gaji tinggi. Ada bidang dan bahagiannya, rakan saya juga kerja perkapalan hanya berapa sahaja dapat.

Dan pelbagai lagi keadaan yang boleh kita jadikan kesimpulan. Sampai sini sahaja perkongsian saya. Terima kasih kepada THEVOCKET, terumanya Cik Dayana yang beri peluang untuk saya coretkan pengalaman yang tak seberapa saya ini. Sekian dulu, saya Syed Shaff, dari Saya Share.com.

The following two tabs change content below.
Saya tahu, bukan nak senang nak cari kerja. Tp sangat senang kalau anda tahu cara nya. Itu sebab saya sediakan SayaShare ni. Untuk berkongsi kenapa saya cakap ia tak sesukar yang anda sangkakan. Kenali saya di Biodata Saya, dan 7 tahun pengalaman kerja saya.Untuk apa masalah, boleh contact saya di sini, atau tinggalkan comment di bawah…InsyaAllah saya akan reply

16 Comments

  1. Assalamualaikum.. sy budak spm.. cita2 sy skrng nk jd mechanical engineer jd sy nk thu bagaimana nk lanjutkan pengajian higga sy dapat mnjadi seorang mechanical engineer.. dan result yg sesuai untuk spm … kalau boleh abg email personal.. tq👍🏻

  2. Salam bang, sye student lpasan diploma uitm kos kjuruteraan mekanikal, sye nak tau mcmana nk minx kerja bdasarkn pgalaman abg, klu boleh abg emel personal sye ye.tq

  3. salam bang saya fresh graduate diploma kejuruteraan perkhidmatan bangunan di polimas,umur pn dh 24,apa pkerjaan yg boleh sy apply?

    1. sesuai untuk jadi facility technician ni.. arif buat carian dekat jobstreet, klik advanced search dan pilih yang macam saya tick bawah ni..

      http://www.saya-share.com/wp-content/uploads/2018/08/facility-technician.png

      lebih kepada facility technician..

      kerjaya ni luas, macam macam tempat boleh pergi asalkan ada bangunan..

      skop kerja bergantung kpeada syarikt yang awak minta tu, kalau mcam hotel, tukar2 lampu je la.

      ada yang ngecat pun ada sy tegk..

      kalau yang company chemical, ada la safety2 sikit bagai. mungkin juga diorang akan hantar training juga..

      apa apa pun, Arif tick bahgian faciliti tu dulu..and pilih area mana nak kerja..mesti register, baru nampak diorang nak bagi gaji berapa..

      fresh grad kan, jagnan lupa artikel ni https://www.saya-share.com/tips-cari-kerja-kosong/

      1. okey,satu lg nk tanya,kalau sy try apply jawatan site supervisor adakah sy diterima berdasarkan course diploma sy ni?tq

        1. pun boleh juga.. tapi kalau saya jadi awak, lebih baik saya jadi facility technician. lgai bagus, tak perlu nak jaga anak buat. lagipun keje mcm awak ni akan dalam satu team. berpasukan. apa apa boleh tolong satu sama lain

  4. Assalamualaikum bang saya pelajar sekolah teknik kuala lumpur , saya ambil kos kejuruteraan awam dan saya nak teruskan dlm kos ni , tapi kos ni kan pecah banyak bahagian jadi saya nak tahu bahagian mana yg menawarkan gaji paling tinggi supaya saya boleh fokus dlm satu bahagian sahaja , abang boleh reply personal dekat email saya

    1. perempuan lagi senang nak dapat kot. boleh saja, malah, kalau awk dah dapat kerja gov level diploma. dan dapat pula tawaran sambung ijazah..bg saya sendiri, elok awk pilih koje dan buat PJJ. sebab kalao dah lepas degree belum tentu anda dapat keje dengan gov semula..

      1. Boleh saya tahu cara untuk kerja dalam gov? And after diploma, boleh teruskan dgn cert ape ya sesuai untuk perempuan?

  5. Saya student lepasan diploma uitm mechanical eng. Saya nak sangat tahu pengalaman encik dalam bidang perkilangan ni. Boleh tak email saya untuk salam perkenalan dan untuk menambah ilmu saya untuk masa hadapan saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *