Kesalahan Saya Masa Cari Tempat Praktikal

Ingat lagi, masa tu dalam ofis kat UMP, University Malaysia Pahang lah ni.

Biasa lah, masa tu semua student agak kelam kabut untuk cari tempat praktikal.

Dan antara ramai ramai tu, saya lah orangnnya.

Staff bahagian HR ada cakap kat saya,

“ kat ipoh tak ada kilang besar sangat “

Dengan hati yang lurus bendul. Saya percaya bulat bulat.

Dan sememangnya punya lah terseksa saya hidup di KL praktikal di sana. Elaun RM 250 sahaja, lagi nak bayar sewa. Duit PTPTN terpaksa guna untuk bayar muka beli motor.

Tiap kali hujung bulan mesti mencari duit syiling. Adui. Tersangat sangat segan dengan kawan kawan.

Bayangkan, saya kena tahan tu 6 bulan.

Dan lepas tamat pengajian, praktikal pun sudah habis. Saya pun sudah balik kampung untuk cari kerja tetap.

Punya le geram, sebab banyak nye kilang besar ada di Ipoh. Kenapa la saya sengal sangat percaya cakap HR.

Untuk mana yang tak tahu, mai saya listkan secara mencanak kat sini.

1. Tasek cement
2. Unisem
3. Carsem
4. Kilang kat IGB
5. Sun Edison ( saya dah berjaya dapat pun kerja sini pun, kerja dalam 2 tahun )
6. Bromma

Dan berpuluh puluh lagi ler.

Kenapa lah punya sengal nye teman pergi percaya cakap staff tu.

Dan akibatnya, terjadilah kisah yang saya kelam kabut mencari tempat praktikal kat KL.

Di Jalan Chan Sow Lin, lupa dah nama kilang nya apa.

Tapi elaun dalam RM 300. ( rasanya RM 250 )

Duk area KL, rumah setinggan. Rasanya bilik kecik karat tu pun RM 250 sebulan. Tikus KL, faham faham ler. Semua besar besar.

Geram punya pasal ni..

Kalau saya nak ceritakan lebih panjang memang ler lagi lama saya habiskan article ni.
Justeru itu, saya akan teruskan kepada apa motifnya saya tulis article ni.

Untuk mana yang akan buat praktikal, sangat penting untuk adek adek cari tempat praktikal daripada kilang yang besar besar atau pun kukuh.

Kelebihannya cuma dua, tapi sangat penting:

1. Katakan tak dapat sambung belajar boleh terus kerja, so tak perlu mengangur
2. Dan kalau company kukuh, insyaAllah elaun pun ok.

Kalau dapat cari yang area dekat rumah lagi baik.

Saya dulu, kat KL tu kilang kecik.

Jauh dari rumah lagi.

Member saya, kerja kilang semikon.

Habis habis study terus sambung kerja situ, maintain gaji RM 2500 start dari habis belajar lagi.

Masa tu kitorang umur dalam 22 tahun.

Sebab kan saya tersilap, tersalah cari tempat praktikal,

masa saya umur 22 tahun – dapat kerja gaji RM 1200, masa tu punya lah bangga

Tapi kerja tak sampai 5 bulan, saya dah kene pecat..hehe

Selepas tu menganggur dekat 1 tahun juga.

Pastu kerja marketing, dalam sebulan ada lah dalam RM 400, entah entah tak sampai kot.

Lepas sebulan marketing ( ni kira selepas 1 tahun mengangur tau ), saya berhenti kerja operator kilang pula – gaji RM 700

Kerja dalam 3 bulan kot, punya la penat time puasa kerja kilang besi ni. Lepas dalam 3 4 bulan macam tu, bos kesian kot, sebab saya ada diploma, so saya kerja kilang dia tapi yang besar sikit. Basic RM 1200.

Total dengan bos tu dalam 7 bulan kot. Lepas tu, dalam tahun 2012, baru lah saya dapat kerja yang gajinya boleh dikatakan berbaloi dan yang boleh menyimpan, kiranya gaji baru lah first time rasa 2 ribu ke atas. Sebab OT lah ni, baru merasa 2 ribu lebih.
Kalau anda faham elok2, kawan saya yang kerja sebaik sahaja graduate terus kerja, terus dapat gaji 2 ribu lebih masa umu 22. Saya umu dekat 24 baru merasa. Ini baru merasa, belum masuk mengumpul lagi.

Bukan lah sedih, nak menyesal pun tak guna. Bukan nak cerita yang saya ni tak puas hati.

InsyaAllah ada plan si Dia yang rancang saya macam ni. Tapi memang nampak la jelas kesilapan saya.

Untuk adek adek yang dah tahu sebabkan saya cerita ni, jangan buat macam abang yang encem ni k.

Cari tempat praktikal elok elok.

Kalau ada apa apa nak tanya, mungkin boleh tinggalkan komen, cerita sikit bidang apa dan juga negeri mana, saya boleh buat research sikit kilang apa yang sesuai untuk anda.

Digalakkan untuk bahagian engineering k.

Tapi kalau nursing pun boleh, memandangkan ex ceq jururawat dulu. huhu

The following two tabs change content below.
Salam, sebenarnya website saya tak sesuai kalau anda baca dalam telepon. Sebab maklumat atau rupa bentuk yang saya nak tunjukan pada website saya ni jadi terhad. So, saya galakkan sangat kalau anda betul betul nak faham cara buat resume, ambil masa 1 2 jam tengok website saya semula di Dekstop. Kenali saya di Biodata Saya, dan 7 tahun pengalaman kerja saya. Untuk apa masalah, boleh contact saya di sini, atau tinggalkan comment di bawah… InsyaAllah saya akan reply

17 Comments

  1. assalam, saya belajar dlm bidang Eng Tech(manufacturing) n ada dip Eng Mech, tarikh Li, start bulan 1@2 hingga bulan 7@8 2019. saya dari terengganu, any suggestion utk saya buat Li? so far, da search pasal petronas, sime darby n sapura. kalau ada tempat yang nak serap terus lagi bagus 🙂 …..
    terima kasih

  2. anak saya belajar di ump dalam bidang kejuruteraan infrastruktur. sem 8 ni dia dah dapat praktikal di arte mont kiara, sebelah martrade jalan duta kuala lumpur dibawah syarikat kerjaya prospek.alhamdulillah syarikat ada sediakan apartment percuma tak jauh dari tempat kerja dia.elaun pun boleh tahan rm900 sebulan. semoga anak2 yang lain pun daoat praktikal ditempat yang bagus dan berjaya dalam kerjaya.in sha Allah

  3. Saya start praktikal bulan 1 sampai 5 2019, bidang pengurusan pembinaan tapi saya kerja di company quantity surveyor (ukur bahan). Ini kerana syaratnya ialah mana2 syarikat yang bersangkutan tetapi seolah2 pekerja disitu tidak mengetahui skop pembelajaran saya. Kami pelajar2 pembinaan mempelajari pelbagai subjek dari pelbagai kos yang berkaitan dengan pembinaan dan teknikal tetapi secara tidak mendalam. Memang tak sama bidang tapi tak lari sangat. Buat masa ni company tu tak ada projek sangat jadi macam mana saya nak tulis dekat logbook setiap hari kalau kerja saya cuma ada sesekali je. Saya pun tak tahu nak tulis apa dalam report nanti. Saya juga takut kalau maklumat saya tak diterima dan tak disimpan oleh coordinator kursus praktikal kerana saya menghantar borang pengesahan tawaran terlewat dari tarikh yang ditetapkan. Coordinator saya tidak mengupdate apa2 maklumat buat masa ini berbanding sem2 yang lepas sebelum ini. Coordinator kami juga tidak mengeluarkan senarai kehadiran. Jadi kami terutama saya yang rasa bersalah ini meneruskan sahaja latihan kami tanpa mengetahui apa2.

    1. hehe..ayat baku noh..

      erm so saya boleh jawab satu je lah…untuk soalan yang ini – “Buat masa ni company tu tak ada projek sangat jadi macam mana saya nak tulis dekat logbook setiap hari kalau kerja saya cuma ada sesekali je. Saya pun tak tahu nak tulis apa dalam report nanti.”

      sebenarnya, benda bukan satu masalah pun. saya yang kerja 8 tahun kilang semicon ni pun, daripada hari pertama, sampai sekarang pun buat benda yang sama juga.haha..

      sekarang ni, Lina tulis sahaja apa apa yang ada depan mata. tak semestinya nak tunggu projek. previous project pun ok. tap jagan la kat logbook tu tulis tengah buat project tu pula, sebab nama pun dah jadi previous project. so tulis la macam menelaah, atau cuba fahamkan previous project contoh nya..

      ok?

    2. ok tak? kalau tak faham juga, wasap saya. mesti ada punya point untuk kita tulis dalam logbook tu.. dan jangan anggap awak boleh tulis benda yang lain tiap tiap hari. lebih kurang sama sahaja. atau pun, kalau nak nampak isi kandungan logbook hari hari awak tu unik, cuba bahagikan pada part by part untuk project. contoh, minggu ni awak buat/belajar penutup, minggu depan part lain. hah gitu

  4. Assalamualaikum. saya ain. saya intern dalam masa 6 bulan, 24 minggu la start 28/1/2019 sampai 14/7/2019. saya ambik bidang accounting. skrg sy intern dalam firma audit. saya terasa saya jarang diberi peluang untuk buat audit dalam masa sebulan ni. yang saya dapat hanya dalam bidang admin sahaja. selalu kerja-kerja audit akan diberikan hanya kepada 2 orang budak praktikal lagi. saya rasa sedih sebab saya kurang dapat diberikan peluang untuk belajar. saya rasa xberbaloi dan kadang rasa buang masa. bagaimana tu ye. macam mana saya nak hadap lagi 4 bulan lagi, lebih kurang 17 minggu lagi.

    1. Salam, wife saya pun join audit juga. ( saja la nak cerita )

      Untuk soalan ain tu. ain rilek je, bukan bermaksud nya ain tak boleh belajar senyap2 kan. apa yg diorang buat. biasa lah, baru start kerja memang la semangat berkobar kobar kan. saya dulu pun gitu, rasa bangga pula bila tengok senior technician ( saya dip jer ) guna byk2x software untuk verify product..time tu la rasa bangga, sekarng, rasa nak muntah nengoknya.

      ain masih intern, so focus dekat report sahaja. report tu dinilai berdasarkan apa yang ain tulis, bukan yang real buat tugasan yang bos bagi. bukan maksud nya saya suruh ain nipu kat report. tapi just kongsi ap yang ain belajar.

      mcm saya cakap tdi, bila ain belajar, tak semestinya ain kena buat. so ain tanya tanya kawan, ajak minum keluar pun boleh tanya..

      eh apa yang kau buat, apa flow dia, mcm mana isu isu yang tak best boleh jadi, mcm mana cara kau handle – gitu je tanya tanya..then isi dalam report..

  5. Assalammualaikum . Saya tengah intern. Tapi saya rasa tak sesuai dengan tempat intern saya. Saya rasa nak berhenti.Tapi saya sanggup extend sem. And saya student ump jugak. Hehe.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *