Bidang untuk sambung belajar – tips lepasan SPM

image_pdfDownloadimage_printPrint

Mula mula sekali, saya nak ucapkan tahniah, sebab adik adik ambil keputusan untuk sambung belajar. Boleh baca artikel ni, saya ada kongsikan kenapa kita mesti sambung belajar dan apa relevannya dengan suasana yang akan berlaku pada anda di masa akan datang.

Dunia kita ni kan, saya perasan macam akan berubah ketara selepas 10 tahun. Sekarang saya 35 tahun, kalau saya ingat ingat balik macam mana kehidupan saya umur 15 tahun, 25 tahun dengan 35 tahun memang ada yang berbeza, yang orang sebelum ini tak buat dah.

Antaranya whatsapp, masa saya kerja dalam tahun 2013, whatsapp ni beberapa ketul je orang guna. Masa zaman zaman couple dulu pun saya ingat lagi, 1 sen to message. Dalam 1 message itu pula mesti tak lebih beberapa patah perkataan rasanya, so kena muatkan dalam patah perkataan ni sahaja untuk jimat.

Internet pula, saya ingat juga lagi saya mula mula browse internet dulu, masa ni saya budak lagi. Mungkin masih lagi sekolah rendah. Saya browse internet RM10 tu pun setel dalam masa 5 minit je rasanya. Punyalah mahal internet dulu.

Begitu juga dengan bidang kerjaya, yang sekaligus memberitahu kita apa bidang yang kita perlu sambung nanti. Kalau tidak, takut takut kita nak cari kerja nanti jadi susah.

Antara bidang yang masa saya budak dulu langsung tak dengar orang buat, kiranya masa tu tak popular lagi, adalah bidang programming. Mungkin kehidupan environment saya yang tak berapa nak ke arah programming sangat, buatkan saya tak tahu juga.

Walaubagaimanapun, saya masih berpendapat dalam tahun 2010 dulu, dunia programming, ilmu buat website, ilmu buat app, ilmu develop online system ni sangat sangat kurang. Tapi kalau zaman sekarang ni, memang dah meletup.

Bidang lain yang saya perasan juga, nurse ni kalangan lelaki. Nurse ni dari dulu memang perempuan je yang join. Tapi zaman sekarang ni, memang perlu bagi saya untuk ada nurse lelaki juga. Sebab keje nurse ni tak semua benda ringan yang kita buat.

GF pertama saya dulu pun nurse juga, dia ada cerita, dia kena potong bulu pesakit laki. haha. Kalau ada staff lelaki confirm dia yang buat kan? Apa apa pun, saya tak adalah nak sembang pasal hukum ke apa, bukan bidang saya tu.

Justeri itu, saya nak kongsikan beberapa bidang yang saya rasakan ia akan terus menjadi kepentingan negara dan orang ramai di masa hadapan. Kiranya, bukan sekadar untuk 10 tahun dari sekarang sahaja, tapi lebih lagi.

Antaranya ialah:

  1. education – cikgu / tutor / lecturer / cikgu amali
  2. sales / business management
  3. programming / web application / app developement / software developer
  4. healthcare – nursing, ma dan doctor ( doctor melayu macam tak cukup je )
  5. manufacturing
  6. videographer
  7. seni bina ( construction )
  8. electricians
  9. lawyer
  10. financial advisor

Disclaimer
Saya hanya senaraikan 10 ini sahaja, sebab 10 ini sahaja yang saya tahu. Ikut pada pandangan dan pengalaman saya bila dah berada dalam alam pekerjaan ni.

Education -Cikgu Sekolah / Taska

Yang ini masih lagi perlu dibincangkan ke? Warga pendidik memang tak perlu disangkal lagi. Cuma kalau kita boleh pergi lebih dalam bergantung kepada subjek juga. Lagi baik subjek subjek yang kritikal macam add math, fizik semua. Dah pasti tak berapa nak ramai berbanding dengan subjek biasa macam Math, English..

Dalam 10 bidang yang saya bagi tahu ni, bidang warga pendidik seperti cikgu sekolah adalah bidang yang gajinya paling stabil. Banyak sebenarnya gaji cikgu ni. Bila sudah umur 30 – 35 macam tu, memang boleh dapat RM 5000 sebulan.

Sales / Business Management

Bidang sales memang berlama pun memang akan diperlukan punya. Selagi ada pembeli, ada produk, adalah orang yang tukang jual. Cuma kalau anda berminat dengan bidang ni, saya cadangkan bidang sales yang melibatkan harta benda atau aset.

Seperti contoh rumah, segala jenis pinjaman macam produk bank, kereta pun boleh kata harga benda juga. Mungkin ada yang lain, tapi yang saya duk nampak inilah.

Programming

Macam saya cakap di atas tadi, ini adalah bidang yang saya sendiri tak percaya pentingnya masa saya belajar dulu. Saya ingat lagi, dalam 4 orang kawan saya duk dalam dorm masa kat UMP dulu, ada sorang ni yang budak computer. Memang saya rasa pelek sebab dia pilih bidang tu.

Tapi bila kita dah sampai tahap sekarang ni, memang bidang itu satu pilihan terbaik. Bidang IT pun OK juga.

Healthcare

Selagi ada manusia, selagi tu la ada customer. Tambah lagi nurse dikalangan lelaki, mesti ramai permintaan.

Manufacturing

Bidang manufacturing yang saya maksud ialah apa sahaja kerja dan jawatan yang ada didalamnya. Saya ss juga what is manufacturing di Google, kot ada lebih mudah faham dengan ayat di Google.

Manufacturing, atau kalau tukar bahasa melayu lagi senang nak nampak, iaitu PEMBUATAN.

So apa sahaja yang direka, dibuat, dan dijual pada customer adalah bidang pembuatan, iaitu Manufacturing. Dan permintaan kerja yang saya maksudkan terjamin sampai bila bila pun adalah semua bidang yang ada dalam kilang manufacturing ni.

Antaranya yang terlibat:

  1. human resource dan administration – yg jalankan urusan ambil pekerja dan gaji semua.
  2. robotic – banyak mesin macam ni dalam kilang buat kereta, ataupun kilang buat alat komputer seperti hardisk
  3. electrical
  4. mechanical
  5. manufacturing – kalau tak silap saya, memang ada kos university yang nama manufacturing juga.
  6. quality control – dari mesin sampai ke makanan pun ada jawatan quality control check
  7. tooling
  8. management
  9. business – ini untuk carikan client untuk company

Saya dapatkan fikirkan 9 ini sahaja dalam tempoh tak sampai 1 minit ni. Saya percaya ada banyak lagi.

Videographer

Dulu, kalau tak silap saya tahun 2014 macam tu. Neil Patel ada bagi tahu, dunia blogging di masa hadapan, iaitu masa sekarang, orang akan lebih banyak buat video daripada menulis.

Kiranya cara saya buat ni dah outdate dah pun. Itu sebab saya kadang kadang akan buat video juga supaya penyampaian saya lebih baik. Neil Patel ni sapa? Neil Patel ni kiranya kalau kita jenis yang buat blog blog ni, Neil Patel ni kira yang paling masterlah.

Neil Patel, pakar SEO dan Online Marketing. Biasalah, dalam apa apa bidang sekalipun, kita akan cari mentor, atau orang yang kita boleh harapkan untuk kita refer dan ambil semangat. Untuk kes saya, memang Neil Patel, lama dah saya follow dia ni sebenarnya.

So Videographer terbaik ya, maksudnya anda perlu ambik jurusan Multimedia.

The Last Four

Untuk SeniBina, Electrion, Lawyer dan Financial Advisor adalah bidang yang saya kira sangat dekat dengan keperluan orang ramai.

SeniBina – orang perlukan untuk buat rumah

Electrician – tak semua orang boleh pasang wiring rumah, betulkan aircond, pasang autogate ke apa.

Lawyer – nak beli rumah, tak boleh jadi kalau tiada lawyer, so lawyer pun akan berkaitan juga. Tapi sepanjang saya deal dengan Lawyer, hanya yang betul betul kuat sahaja boleh layan jadi Lawyer. Sebab kerjanya macam stress lain macam.

Financial Advisor – ada lawyer, ada orang nak buat electric, tak guna juga kalau tiada siapa yang nak uruskan pinjaman. Bagi saya bidang kerja seperti banker, atau keseluruhannya boleh kata sebagai financial advisor, adalah bidang yang boleh bertahan lama juga.

Bidang SeniBina dulukan, saya ingat lagi masa saya Sekolah Teknik Slim River dulu, kami budak budak mechanical ni rasa macam pelek tengok depa. Sebab pelajar senibina ni, amalinya depa akan ikat bata, kiranya bancuh simen semua dan akan buat macam binaan dinding.

Lepas keras, pecahkan pula. Itulah yang depa buat hari ke hari.

Tapi bila dah berada di zaman pekerjaan ni, itulah bidang yang bagi saya paling stabil. Sebab permintaan tetap ada. Mana yang belajar lagi ni, anda mesti akan fikir nanti nak kerja apa, itu sebab korang baca artikel saya ni.

Tapi sebenarnya, kerja 1 tempat tak cukup. Kalau kita kerja satu tempat, gaji kiga boleh pergi dalam 5K sahaja untuk awal 35 tahun anda. Susah sebenarnya kalau gaji nak cecah 10K, kalau dibawah umur 35 tahun. ( Kecuali kalau bidang oil n gas )

Maksud saya, itu sebab ramai yang akan cari kerja kedua. Dan kalau anda ada pengetahuan dan pengalaman buat rumah, memang boleh buat side income lebih. Seperti buat tiles, extend dapur, pasang kitchen cabinet. Memang banyak sangat permintaan ni.

Contoh macam pasang tiles kalau satu bilik, kosnya boleh jadi dalam 5 ribu. Dan untuk beli barang mungkin dalam 1000, dan kerja boleh siap dalam 1 atau 2 hari sahaja. Kalau anda ada kawan lagi sorang tolong, mungkin boleh dapat dalam 2 ribu sorang untuk 2 hari sahaja.

Untungkan? adalah sikit nyesalnya saya ni. haha.

Tapi tak apalah, mungkin ada rezeki lain kan.

maka, itulah dianya. 10 bidang kerjaya saya kira akan bertahan lama, lebih lagi dari hanya 10 tahun.

Blog ni saya mula tulis masa 2016 lagi. Saya cover topik dari mula anda nak sambung belajar, cara nak cari tempat praktikal, nak cari kerja tetap, dan hinggalah ke tahap bagaimana nak uruskan kewangan. Moga perkongsian saya memberi manfaat. Tolong tinggalkan komen ya, kalau rajin. InsyaAllah saya akan reply.

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer