Saya Dapat Jemputan Temuduga di ROHM-WAKO KELANTAN

ROHM WAKO Electronics, Pengkalan Chepa, Kelantan

Maka tersebut lah kisah saya dapat panggilan temuduga di ROHM WAKO ELECTRONICS, Pengkalan Chepa, Kelantan. Saya percaya ini bukan jemputan khas, kiranya bukan jemputan temuduga yang memang untuk saya datang temuduga semata mata.

Sebab ikut pada email yang diorang hantar, kena bawa kalkulator semua. So sudah pasti akan ada test, atau saringan lagi.

Macam mana saya boleh di panggil temuduga oleh ROHM WAKO?

Sebelum ni, dalam bulan lepas kalau tak silap. Ada Job Fair oleh JobsMalaysia di UTC Kelantan, belakang KB Mall. So saya pun pergi lah sekali untuk tengok tengok kan Rohm Wako. Bila pergi, seperti diduga, punya la panjang. Prosesnya, beratur macam tu, bagi tahu pointer berapa dan bagi resume, lepas tu masuk bilik untuk jawab test. Tapi saya tak pasti ada interview ke tak. Saya rasa tak ada. Kiranya diorang buat test sahaja dahulu.

Berbalik kepada betapa panjang nya barisan tadi, saya pun masuk KB Mall dan makan kat Seoul Garden dulu. Hehe. Wife memang suka makan sini. Eh silap, wife memang suka makan.

Maka, terbang lah 39×2 = 78 ringgit cek.

Lepas makan, dalam pukul 12 or 1 macam tu. Saya datang semula ke UTC untuk tengok barisan yang panjang tadi. Rupanya masih lagi panjang macam tu juga. Tak nampak kurang pun. Saya pun malas nak usaha untuk beratur sebab saya tengok kat papan kenyataan untuk ROHM WAKO, hanya bagi basic RM 1400 sahaja. Saya pun terus skip beratur tu dan bagi resume kat cik adik yang jaga kaunter ROHM WAKO.

Ok…stop cerita.

Kiranya saya hanya hantar resume sahaja. Test tak amik pun.

Tapi jangan kecik hati pula saya tak tahu soalan test hari tu macam mana. Saya tanya kawan saya yang juga pergi, tapi lewat sikit. Dalam pukul 3pm. Dia cakap testnya lebih kepada macam masalah.

Contoh macam,

Kualiti dengan kuantiti mana lagi penting?

Atau pun, apa arahan yang sesuai supaya operator dengar cakap untuk dapatkan output, kalau anda selaku supervisor.

Atau pun lagi satu, apa ayat yang anda boleh cakap, kalau nak deal dengan operator yang selalu datang kerja masuk lewat.

Dan selepas sebulan. Lebih kurang time raya. Saya dapat email untuk datang temuduga 29hb June 2017. Kira semalam lah, yang saya tulis artikel ni 30 June.

Tapi saya tak pergi…

Sebab?

Saya call orang yang hantar email jemputan temuduga tu, Cik Hidayah.

Saya tanya dia 3 soalan…

  1. Adakah keje yang di apply ni contract atau permanent? Saya tanya soalan ni sebab wife cakap, kemungkinan bukan permanent. Dan bila saya tanya, Cik Hidayah cakap, technician sahaja permenant. Engineer contract
  2. Soalan kedua tentang gaji, betul ke gaji hanya RM 1400 walaupun pengalaman sudah 10 tahun? Jawapannya ya. 1400 juga.
  3. Shift pattern macam mana. Dia cakap 4 2 4 2.

4 2 4 2 tu ibaratnya macm ni lah,

4 hari kerja siang,

2 hari cuti

4 hari kerja malam,

2 hari cuti..

Dan seterusnya..

Saya pergi atau tak ni temuduga Rohm Wako? Jawapannya tak..

Saya tak nak pergi, sebabkan 2 daripada 3 soalan tu buatkan saya rasa tak best.

No 1, tak ada masalah sebab saya nak apply technician

No. 2, basic saya sudah 2060 kilang yang sekarang. Kalau 1400 tu sangat susah lah saya.

No. 3, shift 4 2 4 2 ni penat tau. Saya pernah kerja shift pattern ni kat ipoh dulu. Penat..tapi bukan penat badan, penat otak yang rasa dah macam orang gila je keje setiap hari..

Sebab shift pattern saya sekarang ialah 4 3 3 3

Bermaksud

4 hari kerja siang

3 hari cuti,

3 hari kerja siang,

4 hari cuti…lepas tu tukar pula

4 hari kerja malam,

3 hari cuti

3 hari kerja malam,

4 hari cuti…

Bayangkan happy nya cuti 4 hari?

Biasa saya akan buat 2 hari OT untuk cuti yang 4 hari. Dan 1 hari OT untuk 3 hari cuti.

1 hari OT adalah dalam RM 200 lebih . So nampak tak kemewahannya di situ. DUNIA DUNIA…

Jadi itu sebab lah saya tak terima.

Adakah Saya Tidak BERSYUKUR?

MasyaAllah, nate mu ni ye. Tak lah.

RM 1400 memang sesuai untuk fresh. Atau pun yang tak berapa nak komitmen macam saya.

Kenapa ROHM WAKO Bagi Gaji KECIK?

Bukan salah ROHM WAKO tau. Benda ni normal, kilang yang antara utama di Pengkalan Chepa, Kelantan tu ialah ROHM WAKO. So kilang ni tiada saingan. Jadi dia tak endah sangat pasal pekerja nak lari atau tak.

Ini normal. Dulu masa saya di Ipoh pun macam tu.

Lainlah, kalau kilang di Penang atau di Kulim. Atau bandar industri yang lain. Kilang kilang ni akan berebut untuk nak pekerja.

Nasihat Saya!!

Mana yang perlu, dan anda masih lagi tiada pengalaman. Kerja dahulu. insyaAllah kalau ada rezeki lain, cabut lah. Atau pun kalau dah happy kerja di ROHM WAKO kenapa tak teruskan aje. Kerja ni, tak semestinya sebab duit, ada juga sebab happy. Walaupun gaji ciput, tapi hati mesti tenang.

Apa apa pun. Sekian dulu…

Lagi satu hal..

Perasankan, kat KB MALL tu saya tak buat test kan? Saya pun tak beratur panjang panjang. Pergi depan terus bagi resume.

Sepatutnya test tu untuk saringan supaya dia boleh tapis dengan mudah untuk mana yang tak layak.

Tapi saya masih lagi dipanggil temuduga.

So terbukti tak kebolehan resume saya? Kawan saya yang datang pukul 3 tadi tu, udah memang orang Kelantan tu. Duk Pengkalan Chepa lagi. Tapi tak dapat…

Saya bukan riak, tapi saya nak bagi tahu, apa yang saya share dalam blog ni adalah hasil pengalaman + pengetahuan saya. Kiranya saya bersungguh sungguh nak anda dapatkan kerja ni.

Jangan fikir, belajar tinggi tinggi pun, kerja operator juga. Memang lah jadi operator, sebab anda mindset salah. Jangan fikir macam tu. Nanti lagi susah nak dapat kerja.

Memang lah negara maju pun ada kes pengagangguran. Inikan pula negara macam kita. Tapi jangan fikir macam tu, jangan ada mindset lemah yang macam tu. InsyaAllah ada rezeki kalau betul usahanya.




‘5 POINTS’ >> Cara Memperkenalkan Diri Semasa Temuduga

Soalan Temuduga Yang Paling Bocor

Salam, disebabkan artikel yang sebelum nya nampak berterabur, artikel yang anda baca sekarang adalah versi kedua penulisan saya untuk tips yang anda boleh gunakan bila diminta untuk kenalkan diri semasa temuduga. Kiranya, saya ubah dan upgrade artikel yang sebelum nya untuk buat panduan ini lebih baik dari yang sebelum nya..

Sudah semestinya, semasa saya siapkan artikel versi kedua ni, ada juga saya rujuk beberapa orang yang memang pakar dalam bidang temuduga ni. Antaranya :

**anda boleh skip terus kebahagian bawah, bahagian saya sengaja kenalkan pada korang semua…

linda raynier

Linda Raynier  – Linda ni sememangnya sangat aktif dalam berkongsi tips temuduga. Beliau ada pengalaman lebih 7 tahun dalam accounting dan finance industries. Ikutkan pada biodata nya, beliau sudah berjaya dapatkan kerja untuk 200 orang yang bukan biasa biasa jawatannya, sebab termasuk Director sekali di bantunya. Beliau juga sudah menjadi coaches untuk beribu orang yang lainnya dalam membantu diorang dapatkan keyakinan supaya dapat kerja. Linda Raynier juga aktif dengan video videonya di Youtube. Siap ada dekat 250 000 subscriber lagi di Youtube.

deniz sasal

Deniz Sasal – Denis ni saya suka jadikan sebagai rujukan sebab video video di Youtubenya simple untuk say faham hadam. Denis ni, memang seorang consultant dalam career, beliau memang ada group dan produk sendiri, thecareermastery.com. Jadi, padanlah kalau dia boleh olah soalan yang susah kepada penerangan yang lebih mudah faham, contohnya cara nak jawab soalan ‘what is your weakness‘. Padan lah juga, kalau ada orang yang beliau coach dapat kerja dengan Google, Microsoft, BMW dan macam macam lagi.. Ikut pada Linkedin nya, Denis ni pernah kerja di Londan dan juga Dubai ( company yang sama )

Ankit Kalonia – Ankit ni dari India kot, beliau macam sudah stop buat video di Youtube. Tapi apa yang pasti, walaupun video di Youtubenya paling sikit. Tapi paling banyak input yang saya dapat. Sebab beliau siap lakon lagi bila kita berada di depan depan Penemuduga.

Jade dan Ronnie dari EngVid – Anda pernah dengar EngVid, ni satu group channel di Youtube. Diorang ni banyak tau kongsi tips cara cakap English dengan betul, banyak la tips tips yang orang melayu kita mudah faham. Contoh macam grammar semua tu. Dan si Jade dan Ronnie ni lah antara top presenter.

Si Ronnie ni memang jenis lawak lawak, tengok tu siap diterbalikkan gambarnya. SI jade ni pula cantik, sejuk je hati nak faham bila dia terang..
MauKerja – Macam Jobstreet, tapi masih lagi baru. Banyak juga jawatan kosong. Boleh click di SINI untuk lebih lanjut

Stop Cerita Pasal Diorang… Sekarang ni…

 

Berbalik kepada motif utama kita. So selepas anda masuk bilik temuduga. SUDAH PASTI soalan yang awal awal di tanya kepada anda ialah “Boleh perkenalkan diri?”.

Jangan jawab “Anda nak tahu apa tentang saya” pula ya. Nampak sangat anda tak prepare dan confirm tak dapat kerja.

Jangan juga cerita tentang hobi, fav games, atau rancangan tv yang anda suka. Lagi lah tak perlu dan menampakkan kebangangangannya. Apa kau artis ke diorang nak tahu sangat?

Cerita balik satu persatu apa yang anda tulis dalam resume pun salah juga. Sebaliknya, anda pilih mana yang utama, tapi cerita yang ringkas ringkas sahaja.

Teruskan baca. Saya anda kongsikan apa point nak cakap.

Perhatian..

Sebelum ini saya ada buat satu survey, berapa kali antara anda, iaitu pelawat blog saya pernah pergi temuduga. Resultnya, macam ramai yang tak pernah datang lagi. Anda boleh baca artikel, response saya akan survey tersebut. di bawah,

RESULT SURVEY << KLIK SINI

Faktor UTAMA Untuk Menjawab Soalan Ini

Tak lain tak bukan. Bila kita diberi peluang untuk berhujah macam ni, si penemuduga nak tahu samada anda boleh buat kerja yang diorang tawarkan atau tidak.

Saya ada kelaskan kepada 3 perkara penting yang anda perlu masukkan dalam dialog kenalkan diri anda tu. Iaitu:

  1. Qualifications – kiranya tahap education anda.
  2. Pengalaman kerja yang lepas.
  3. Adakah anda dan pengalaman anda fit dengan jawatan kosong yang ditawarkan.

Saya rasa, dah tak ada lain lah. 3 benda ini sahaja yang penemuduga nak sangat tahu sebenarnya. Untuk di bahagian bawah ni, saya akan kongsikan antara points yang anda boleh kongsikan untuk buktikan 3 perkara yang penemuduga nak sangat tahu ni.

Sediakan Ayat/Dialog Awal Awal and Get Ready

Baiklah untuk persedian yang terbaik bila kita nak kenalkan diri semasa temuduga ialah kita aturkan satu persatu maklumat yang kita nak kongsikan.

Maksud saya, nama apa, umur berapa. Dulu kerja mana, study kat mana, pengalaman jugalah sudah pasti.

Memang nampak mudah. Tapi ideanya sekarang, nak buatkan orang yang temuduga kita tu, nampak lah sikit yang kita ni cerdik sebab dapat cerita dengan baik, fasih, teratur, petah…

Ingat ya, bukan sekadar point apa nak cakap tu mesti disusun dengan baik sahaja. Malah cara anda olah atau perkataan yang keluar dari mulut tu pun dikira juga. Bila cakap, buatlah nampak yakin sikit. Jangan malu malu.

Pastikan juga suara anda tu jelas, bukan lantang. Bukan kuat. Tapi jelas. Kalau tak, buang air liur sahaja.

Ok, so untuk menjawab soalan cara kenalkan diri ni antara yang paling penting ialah anda mesti tahu nak cakap apa. Praktis dan plan susunan ayat anda.

Saya sarankan, anda follow sahaja apa yang saya susunkan di bawah. Atau mungkin boleh susun point point di bawah ikut pada kesesuaian situasi anda.

Alright?

5 Bahagian Utama Semasa Kenalkan Diri

Saya bahagikan kepada 4 bahagian utama.

Bahagian 1 – bagi tahu Nama, Umur, Status anda. Bujang ke tak.

Bahagian 2 – background education, bila graduated semua

Bahagian 3 – pengalaman kerja

Bahagian 4 – pencapaian yang pernah di peroleh

Bahagian 5 – kenapa anda sesuai dapat kerja ni?

Baiklah, sekarang kita akan pergi satu persatu.


Bahagian 1 – bagi tahu Nama, Umur, Status

Macam biasa, bagi tahu nama anda. Umur status semua. Kalau ada yang terfikir, perlu tak nak bagi tahu nama sampai bin atau binti? Bagi saya, tak perlu kot. Walaupun Ankit Kalonia, salah seorang dari 6 orang personal yang saya kenalkan di atas tadi cakap, elok bagi tahu sampai nama bapak sekali.

Tarikh lahir tak perlu, cukup dengan terus bagi tahu umur anda berapa.


Bahagian 2 – background education, bila graduated semua

Ah ini penting juga ni. Bagi tahu study mana sebelum ni. Tahun berapa graduated. Kelulusan apa. Pointer tu kalau agak agak paras hidung, tak payah la buat muka bangga nak share juga.


Bahagian 3 – pengalaman kerja

Ini yang paling utama. Ingatkan 3 faktor utama apa yang soalan ‘minta anda kenalkan diri’ ni boleh beri maklumat pada si penemuga?

Saya ulang semula.

  1. Adakah budak ni ada kelayakan (education) untuk kerja yang aq nak bagi dia ni?
  2. Adakah budak ini ada pengalaman yang macam aq nak?
  3. Adakah budak ni boleh buat, dan pengalamannya sesuai dengan kerja yang aq nak bagi?

Untuk objektif 2 dengan 3. Nampak macam sama tau. Tapi lain juga sebenarnya. Untuk no 2 memang straight forward lah. Kalau ada pengalaman yang memang betul betul atau yang sipi sipi macam kerja kosong yang anda nak, memang terbaik lah.

Untuk no 3 pula. Lebih kepada monologue anda sendiri. Kiranya anda sendiri yang bagi tahu, sesuai buat itu sesuai buat ini. Nanti saya cerita lebih detail di bahagian 5. Sekarang baru 3 kan, pengalaman kerja.

Untuk pengalaman kerja, ikut pada idea yang diberi oleh Linda Raynier (salah sorang dari 6) bagi tahu, kongsikan 4 detail ini untuk setiap company yang anda pernah kerja.

  1. company name/product company ini
  2. jawatan anda
  3. tahun pengalaman kerja
  4. major responsibilities

Linda Raynier suggest tak termasuk ‘product company ini’. Faktor itu saya sendiri yang pilih. Sebab takut takut kalau anda kerja dengan company yang tak popular. Jadi orang lain pun blur nak faham tugas anda apa.

Dan contoh ayatnya ialah:

Sebelum ini saya pernah bekerja dengan 3 buah kilang. Kilang pertama, B Brown di Penang. Jawatan saya process technician yang memang bekerja terus dengan production untuk jaga kualiti output. Saya kerja di B Brown tak lama, lebih kurang dalam 2 tahun sahaja. Selepas tu saya dapat tawaran kerja kosong di Infenion. Di Infenion saya kerja bla bla bla. selama 1 tahun lebih..selepas tu kilang lain pula.

Ok itu contoh, sekarang saya nak pecah pecahkan apa yang saya duk celoteh atas tu. Kalau anda perhatikan, saya guna ayat yang buat macam saya ni mesra mesra gitu. Ayat yang buatkan saya ni tak bercakap macam dari text. Kiranya ayat yang macam memang cara saya bersembang.

Iaitu, perkataan “saya kerja di B Brown tak lama” – hah yang tak lama ni. Saya juga ada gabungkan jawatan dan tugas saya dalam satu ayat. Ini bagus juga untuk pendekkan cerita.

Yang terakhir, bila masa anda duk cerita cerita tu, tak kesah lah time soalan yang diajukan itu apa. Pastikan jawapan anda tu tak tempelak muka anda sendiri. Kiranya jangan bagi jawapan yang buat anda kantoi. Contoh, anda punya la masyuk duk cerita machine itu machine ini, sekali diorang suruh anda cerita cara mechanically machine tu berfungsi macam mana? Tak ke MENGANGA.

Serupa juga dengan contoh ayat saya di atas. S

aya ada bagi tahu keje kejap sahaja kan. Keje kejap 2 tahun, dan tukar company lain. Lepas tu 1 tahun lebih, dan tukar lagi. Benda ni kebanyakan company tak suka tau. Ibarat anda nak baik gaji sahaja. So, pandai pandai la plan ayat tu.


Bahagian 4 – pencapaian yang pernah di peroleh

Contoh macam kilang saya sekarang, selain daripada dailty routine task. Akan ada macam satu project yang enginer minta tolong. So project ni boleh la kongsi di bahagian yang ini. Andai kata anda tak ada, hanya perlu mention apa daily task anda yang mungkin paling penting, paling utama, paling crucial yang membantu company.


Bahagian 5 – kenapa anda sesuai dapat kerja ni?

Bahagian 5 ini pula, saya janji nak cakap lebih detail kan masa di bahagian 3, pengalaman kerja tadi.

Tujuannya adalah untuk buatkan anda sendiri dengan yakinnya cakap, yang anda ni boleh buat kerja dan fit dengan kerja kosong yang ditawarkan.

Tapi jangan yakin yang terlampau over sangat, rilek, bersahaja, nampak rendah diri. Tak riak.

Caranya ialah merujuk pada job qualification yang ada di iklan.

Di atas, adalah contoh snap yang saya ambil dari salah satu iklan di Jobstreet. Untuk apply bahagian 5 ni. Anda mesti tahu qualification/responsibilities apa yang diorang nak.

Seperti contoh apa yang saya boleh ambil:

Saya perasan yang job ads jawatan ini di Jobstreet ada bagi tahu, mesti biasa selesaikan basic function of SEO defect analysis kan. Sememamng nya task ini boleh kata saya handle setiap kali new case problem. Selain daripada guna microscope, saya juga ada guna x ray machine untuk lihat bahagian dalam texture dan juga machine bla bla bla.

Ok nampak tak? Cakap lembut lembut ok. Dan jelas. Jangan bunyi over. Bukan nak tunjuk pandai ni, tapi nak tunjuk berpengalaman dan boleh buat kerja.


Baiklah..itu sahaja, ingat ya 5 perkara ni bila kenalkan diri.

Few Notes Before End.

Ok, sebelum saya tamatkan cara untuk kita kenalkan diri semasa temuduga ni. Saya nak tinggalkan beberapa notes lain yang patut juga untuk saya kongsikan. Ingat ya, ini antara soalan temuduga yang boleh kata confirm akan ditanya.

  1. Yang pertama, anda mesti mesti mesti mesti praktis. Kalau tak praktis monolog atau dialog cara kenalkan diri ni memang susah nak lepas. Atau cakap dengan baik ( fasih, petah, jelas )
  2. Tak perlu sembang terlalu lama. Bagi saya, cukup anda kenalkan diri ni ambil masa dalam kurang 10 minit. 10 minit pun mungkin agak sederhana lama juga. 5 minit terbaik kot.
  3. Tak perlu sembang terlalu detail, contoh anda ada pengalaman dari 3 buah kilang sebelum ini. Tak perlu cerita semua tugas anda setiap kilang tu satu satu. Cukup yang major responsible sahaja. Kalau dia tanya lagi, atau minta anda jelaskan. Baru cerita.
  4. Cuba berlatih tone suare yang cerita. Jangan cakap mcm robot, atau guna tone boring. Cuba berlatih bercakap dalam keadaan yang senyum. Baik juga tips ni tau.
  5. Untuk yang kelima, saya sepatutnya letak point no 5 ni jadi no 1, sebabkan betapa pentingnya maklumat ini. Iaitu, soalan ‘minta kita kenalkan diri’ ni adalah soalan yang paling paling popular. Ibarat macam soalan bocor. Kita masuk exam, tau tak soalan apa yang nak ditanya? Mesti tak kan. Tapi temuduga ni. Kita dah tahu. Sebabkan kita dah tahu, kenapa tak usahakan betul betul?

Berikut pula antara soalan soalan lain yang akan ditanya selain daripada perkenalkan diri ni… Selamat membaca…

 
Contoh Soalan Lazim Temuduga
Contoh Soalan temuduga yang susah dijawab
Contoh Soalan temuduga yang bila jawab, mesti hati hati
Contoh soalan temuduga untuk fresh graduate
Contoh soalan temuduga untuk yang sudah ada pengalaman kerja
Contoh soalan yang perlu di tanya pada panel temuduga
Contoh Soalan Lazim Temuduga Kerajaan



Panduan Lengkap Temuduga – Pengenalan

Assalamualaikum Semua…

Pengenalan

Tujuan saya sediakan page ini untuk saya susun dan kumpulkan segala tips interview dalam satu tempat, supaya mudah untuk anda faham artikel yang saya kongsikan dalam blog ni.

Sebab ada yang saya post kemudian, ada juga yang saya post awal. Jadi, anda mungkin akan rasa agak blur, mana satu yang patut dibaca dahulu.

Bagaimana saya mampu sediakan panduan ini?

Nak Kenalkan diri sikitlah, anda boleh baca penganalan siapa saya lebih detail di Tentang Saya. Yang bawah ni, saya buat summary sahaja.

Saya, dah bekerja lebih 12 tahun dalam industri swasta. Dalam tempoh 12 tahun ni, memang bukan senang. Dulu masa tengah study, ingatkan kalau kelulusan Diploma, confirm la gaji akan RM 1500 sekurang kurangnya sebulan.

Padahal…. Kita tak mungkin akan dapat RM 1500 kalau tak tahu caranya. Saya tahu, ada ja yang dapat, ya betul. Even kawan saya dapat RM 1800 starting gaji. Itu mungkin dah rezeki anda, tapi bukan saya.

Saya pernah kerja gaji 100 hengget sahaja sebulan. Lepas tu, pernah gaji operator RM 700 sahaja sebulan. Kita cerita tahun 2010 ni tau. Bukan sebelum masa penjajahan Jepun.

Dari Ambang Blur Kepada Yg Lebih Clear

Panduan temuduga ni sebenarnya adalah perkongsian, bagaimana saya daripada gaji biasa biasa, tapi Alhamdullillah, kepada yang lebih baik. Tak adalah banyak sampai jutawan. tapi cukupkan untuk daripada level b40 kepada m40 di Malaysia.

Saya pernah dapat gaji sampai RM 5 200 sebulan. Paling banyak lah tu. Pernah juga, dapat gaji RM 4000 straight tiga bulan. Ni dah kira hebat sangat lah ni.

Semua ni saya capai sebelum umur 30. Sekarang 29..huhu

Update > Sekarang saya dah 33 dah pun. 1st saya tulis artikel page ni masa tahun 2016, sekrang kita dah 2021. Dah 5 tahun pun.

Saya pun dah berhenti dah kerja kilang, dan mula berniaga sendiri. Alhamdullillah, ada masa masa income saya hampir 10K sebulan. Tapi tak la setiap bulan kan, sebab saya sekarang bukan makan gaji.

Ada close, insyaAllah ada duit. Walaupun tak stabil, tapi saya lebih selesa sebab masa free lebih banyak.

Semua ni bukan nya datang tiba tiba. Kalau tak disebabkan mindset dan usaha dan berkat dariNya yang tak putus putus turunkan rezeki untuk saya dan isteri. Memang tak akan dapat.

Oh ya, Masa saya artikel ni pertama kali pada tahun 2016 pun saya tak kahwin lagi, sekarang alhamdullillah, ada juga orang minat kita kan!

Ini Cerita Saya….

Saya belajar cara susah, saya kena explore sendiri. Nak kena browse tips temuduga sendiri.

Saya tak perlu tanya anda kalau pendedahan di University dulu cukup ke tak dengan alam pekerjaan, sebab memang tak cukup.

Tapi untuk anda. InsyaAllah, panduan ini sedikit sebanyak akan membantu.

Saya sediakan panduan dan blog ini untuk anda faham DUNIA PEKERJAAN ini macam mana…

Panduan ni bukan nak buat anda jadi kaya gila gila ya, tapi cukup makan pakai dan mampu stabilkan hidup dan insyaAllah kalau OK mampu beli rumah sendiri.

Hasrat saya, kalau dapat buatkan anda dalam golongan B40 – B2 pun saya dah cukup happy dah. ( apa itu B40? )

Baiklah, dengan lafaz Bismillah, saya mula ya.

Untuk buatkan pembelajaran anda  lebih baik. Saya bahagikan kepada 6 peringkat.

6 peringkat ini merupakan proses yang anda bakal lalui dari mula sediakan resume, sampai lah anda berjaya dapatkan kerja.

Peringkat 1 – Penyediaan Resume

Macam biasa, untuk peringkat pertama, kita akan belajar cara buat resume dengan betul. 2 faktor penting yang kita akan belajar nanti. 1, mesti buat resume yang cantik cantik. Kedua, apa yang kita tulis tu mesti compelling. AYAT MESTI POWER..

Klik Sini untuk overview Peringkat 1

Peringkat 2 – Cara Apply Kerja

Ok, in my arsenal. Saya ada 10 cara untuk cari kerja. ( mungkin lebih sebb saya akan tambah nanti ). Tak termasuk lagi dengan cara online dan juga cara fizikal. Saya rangkumkan dalam satu post. Dan anda boleh follow flow yang saya buat satu per satu…

Ini bahagian penting, tak guna resume elok, kalau tak ada siapa tahu.

Klik Sini untuk overview Peringkat 2

Peringkat 3 – Follow up ( Resume ) untuk dapat Temuduga

Alright, resume cantik dah siap. Apply kerja pun dah buat. Tapi tiba tiba krik krik. So saya akan ajar cara nak follow up…

Follow up ni penting, follow up ni akan buatkan HR kenal anda. Cakap dengan sopan dan jangan memaksa, dan jangan pertikai.

Klik Sini untuk overview Peringkat 3

Peringkat 4 – Persediaan Temuduga + Quiz

Yang ini bahagian paling panjang. Saya akan kongsikan banyak benda juga di sini. Dan juga Quiz. Kiranya ada juga contoh soalan soalan bocor yang mungkin di tanya…

*jangan lupa flow product company yang anda nak apply*

Klik Sini untuk overview Peringkat 4

Peringkat 5 – Di Hari Temuduga

Yang ini saya kongsi pengalaman saya sendiri. Dari pagi hari nak temuduga tu, sampai anda duduk di depan orang yang nak menemuduga tu. Saya akan kongsi, apa anda patut buat…

Jangan takut, jangan malu, tak ada apa yang nak dimalukan, interview ni penting. Saya sendiri kalau tak ada interview memang tak lah saya nak kerja dengan company tu. Sebab dengan interview sahajalah kita dapat kenal apa jenis kerja yang kita akan buat..

Klik Sini untuk overview Peringkat 5

Peringkat 6 – Follow up ( Temuduga ) untuk dapat Kerja

Tadi kita belajar follow up resume yang dihantar, tapi sekarang saya akan kongsi cara follow up badan kita pula yang dah pergi temuduga. Apa cerita kan. Saya akan kongsikan cara terbaik yang saya sendiri buat.

Klik Sini untuk overview Peringkat 6

*Jangan cari ya, mana datang 6 peringkat ni. Anda tak akan jumpa di website lain, sebab memang sengaja saya buatkan 6 peringkat sendiri lepas fikir beberapa faktor sejak 2016 lagi. Sekarang kita 2021 kan.

Tujuan utamanya untuk buatkan permohonan kita teratur, tersusun dan nampak macam ada step supaya kita boleh ikut dan prepare satu satu.




Buatkan Sesi Temuduga Berlangsung pada Tone Yang Sepatutnya…

Maksud saya di sini, bila dalam temuduga, jangan jawab soalan dia tu macam robot. Atau kaku sangat.

Cuba rileks, cuba buat macam anda sembang biasa sahaja.

Kalau anda buat macam ni, gabra pun kurang.

Confident level anda pun pasti akan naik.

Dan harapnya expectation dia kat kita tu juga akan lebih baik lah kan.

Antara contohnya ialah..

  1. Anda cuba bertanya balik

Ye, kalau nak bunyinya macam temuduga anda tu ‘bersembang’ juga dengan si penemuduga, mesti lah jangan diorang sahaja yang tanya kan.

So , mesti tanya diorang juga.

Seperti contoh, interview saya baru baru ni. Saya ada banyak kali buat buat sembang sembang ni. Sampai kan interview saya tu dekat 2 jam tau. Dari pukul 10 sampai 12.

Masa tu pipi ni dah rasa kebas dah nak senyum.

Tapi hasilnya? saya dapat kerja…

Antara soalan saya hari tu kan..

Saya tanya kan tentang bangunan baru production yang sedang di bina. Bila siapnya.

Tapi jangan lah tanya pun macam kaku, buat la macam friendly nya juga.

Seperti contoh:

“Eh, I heard some plan to make new building expend as 2nd fabrication side.

Is it true huh?

Macam itu lah yang saya tanya hari tu…

Ni point ni nanti, kalau saya boleh fikirkan ayat nya. Saya akan tambah di sini.

Harap anda jelas dengan satu contoh sahaja ya.

Saya nak siapkan yang point point lain dahulu.




Cara Saya Buat Persedian Temuduga

Alright.

Biasa nya, memang ini yang akan buat, atau paling tidak pun, ini yang saya plan nak buat.

Harap anda diberitahu untuk datang interview lebih awal sikit lah ya.

Lebih mudah untuk buat persediaan nanti.

Yang Pertama

Saya akan practise berdialog ibarat macam tengah saya bertemuduga. Kiranya macam berangan lah. Tak kesah la, time nak berak ke apa…..selama 3 hari!!

Ya 3 hari…nanti saya share lebih detail kat bawah..

Yang Kedua

Solat sunat sebelum sampai ke tempat temuduga.

Ok macam ni.

Katakan temuduga tu pukul 10 pagi.

Pukul 9 pagi tu sepatutnya saya dah dekat dekat dah dengan tempat temuduga tu. Saya akan singgah di masjid ke mana ke, biasa masjid yang besar besar saya cari, dan solat sunat.

Minta lah tenang ke, minta rezeki ke apa. Macam gitu gitu lah.

Lepas tu solat sunat, lagi dalam 15 minit ke macam tu boleh la bertolak tiba sampai.

Ketiga

Apa lagi, interview lah…

Boleh rujuk bahagian ni, saya share persediaan penuh untuk temuduga, sebab post yang ni lebih kepada kronology temuduganya kan.

Keempat pun ada ni.

Bila dah balik, samada esok nya tu, biasanya esok nya.

Saya akan hantar email pada orang yang uruskan temuduga tu, samada ada HR mintak kan dia forward ke bos yang interview saya tu

Kelima?

Nak kelima juga lah.

kalau tiada jawapan, dalam tempoh 2 minggu, saya akan call tanya HR tu, apa cerita dengan temuduga hari tu.. kiranya tak ada lah kalau kita ni berharap sangat kan, tak dapat pun tak pa lah, at least tak ada berharap dah kalau betul betul dah dapat kat orang lain..

aiseh…

Sekian..

Sekarang, saya nak share bahagian yang pertama tu.

Prepare berdialog kononnya dalam sesi temuduga selama 3 hari berturut turut..

Sejujurnya, katakan 10 kali temuduga, saya akan buat 5x je macam tu..

Kenapa?

Sebab tak berdisiplin.

Tapi kalau anda buat, betul betul praktiskan berdialog selama 3 hari berutut turut insyaAllah semuanya akan lebih lancar.

Moga Allah permudahkan sebab kita berusaha dari awal, bukan malam temduga tu juga lah nak buat persediaan semua.

Tapi, kalau anda dapat 1 minggu ia akan jauh jauh jauh jauh jauh lagggiiiii baik..

Apa Yang Nak DipraktisKan Masa 3 Hari Ni?

Macam biasalah, anda praktis perkenalkan diri..

Anda study tentang company tu, apa product dia.. Penting juga untuk tahu, lagi pula kalau anda tahu ini akan buatkan si penemuduga berasa yang anda ni ada sungguh sungguhnya.

Contoh macam saya pergi interview TNB yang lepas, dia tanya, macam mana proses elektric di Jana Manjung tu terjadi. Kira ada belajar ni di sekolah menengah kalau tak silap

Kiranya, daripada arang batu tukar jadi elektrik.

Nama Chairman TNB pun dia tanya siapa.

Ok?

Recap sikit kat bahagian ni.

Selain daripada anda praktis cara perkenalkan diri, cerita pengalaman bekerja semua. Ambil tahu juga tentang company tu.

Study lah juga, soalan soalan yang biasa di tanya semasa sesi interview.

Saya ada kumpulkan beberapa soalan yang popular masa interview beserta jawapannya dalam blog ni.

Selain tu, anda study juga soalan soalan quiz yang mungkin di tanya juga.

Dan yang paling penting, anda baca semula requirement job application tu.

Study dan cuba blendkan penceritaan anda masa perkenalkan diri ke, atau masa cerita pengalaman ke dengan requirement job application di bawah.

Seperti contoh di iklan jobstreet bawah ni…

pengalaman-bekerja

Screenshot di atas ni saya ambil dari jobstreet, mungkin iklan atas ni dah hilang kalau anda review post ni dah lama lama..

Kalau belum, anda boleh lihat sendiri di link ini, http://www.jobstreet.com.my/en/job/project-or-service-engineer-supervisors-technicians-3089088?fr=M

Ini tersangat penting tau, supaya si interview kita rasa yang kita ni betul betul competent dengan jawatan yang diorang open.

Contoh?

Ok. Saya bagi contoh..

Saya ambil point ‘Computer literate” bawah sekali tu.

So ayat anda akan lebih kurang macam ni.

“so after we completed setup machine or maybe some major traubleshooting, we need to come out with the report too.

In that report, we share the problem, what happen, how it happen, what we did to trouble shoot this problem, even we also mention what can we do to prevent this problem in future.

Normally the report will only in word document, but some details might need excel.

Alright?

Lebih kurang lah. Lagi sekali, cuba blend kan dengan apa yang anda nak goreng goreng tu. Jangan terlampau nampak sangat anda follow atau refer job application ni, macam tak best pula kan.

Ok?

Saya bagi contoh lagi satu..

Anda scroll up balik perhatikan requirement nombor 6.

‘team player but able( ability dia tulis kan, meme orang tu pun tak tahu cakap bahasa inggeris, so tak yah duk gabra sangat lah) to work independently with minimal supervision and guidence’

Merujuk pada requirement di atas, apa yang boleh saya goreng gorengkan ialah..

Erm…

Erm..

Jap saya fikir…

Rasa blur plak nak fikir ayat macam mana.

Saya bagi contoh no 2 lah..

Requirementnya ‘ interest in engineering works’

“so normally, in my previous company most machine troubleshoot if not because of break bearing, for sure its going to be some joint part that already broken.

For bearing, we just need to change into a new one only lah.

For broken joint part, either we welding or just change all the parts”

Mengerti?

Tapi kan, perhatikan semula apa yang saya cakap tu.

Kalau tak bearing, mesti ada part yang dah patah.

Ikutkan ayat tu ibarat macam dah biasa berlaku. Kalau dah biasa berlaku, takut takut si penemuduga tanya balik, kalau dah tahu benda tu asik problem kenapa awak tak usahakan penyelesaian yang lebih baik?

Hah..so, maksudnya di sini, dalam anda duk goreng goreng tu, jangan pula cerita perkara yang anda kena makan balik.

Nanti kantoi..malu dan terkaku lah jawabnya.

Tapi kalau anda still lagi boleh sambut dan jawab. Itu akan bagi anda extra point pada si penemuduga yang pasti akan rasa anda ni ada bagusnya juga.

Sekarang saya cuba nak jawab, soalan yang kalau dia tanya, ‘kenapa tak buat penyelesaian yang lebih baik kalau apa yang anda buat itu masih lagi sama?’

Jawapannya.

“ well, of course, bearing come with different types, some of types that I can mention

  1. Roller bearing
  2. Groove bearing
  3. Flat bearing
  4. Ball trust bearing
  5. Taperd roller bearing and so on..

“And of course, each of these bearing come with different strengh and quality compared with the table that we need to refer too. For this problem, normally I just follow what asked by supervisor, probably that’s the only reason we used the same types of bearing. Plus this machine was built with the last 20 years technology already, so the bearing space only fit with the normal one what we had used before “

Kat sini, saya ada tambah 2 benda.

Satu untuk menjawab soalan dia tadi.

Kedua saya nak tunjuk pandai pula, technically bukan lah nak tunjuk pandai, tapi nak buktikan yang kita ni tahu dengan apa yang kita cakap.

Point yang saya maksudkan tu, table bearing.

Anda mesti tahu tentang periodic table masa belajar form 4 dengan form 5 bawah ni kan.

contoh-periodic-table

So, bearing pun ada juga.

Setiap types bearing akan ada nilai unit mungkin dalam joule lupa dah saya, yang bagi tahu berapa kekuatan maksimum yang bearing tu boleh capai.

So penerangan di atas tu, macam saya nak tunjuk pandai lah, yang saya tahu bearing pun ada.

Ok? Jelas?

Sebelum tamat…

Saya akan salu ingatkan, jangan buat interview anda tu, anda sorang je yang jawab.

Tak bagus tau, sebaliknya jadikan ia semacam dialog antara dua pihak. Ibarat macam sembang sembang, baru nervous anda tu akan hilang. Diorang pun akan rasa anda friendly.

So di sini, apa yang anda boleh buat ialah..

Tanya dia balik..

“so, this company when selecting the bearing size or maybe types of bearing we used, will we refer this table? “

Soalan ni bagus juga, kalau dia tahu, kira ok lah.

Kalau dia tak tahu, ibarat macam anda sudah bidas dia sikit. Tapi jangan lebih lebih tau.. Dan jangan buat muka sinis sinis senyum..

Itu sahaja.

Sorry lah, kalau ada adik adik manis nurse baca article ni, kebanyakan pengalaman dan pengetahuan yang juga contoh saya akan ambil daripada hal hal tentang engineering juga.

So untuk lebih relate kan dengan anda yang jururawat tu, agak perlukan masa sikit untuk saya buat.

Tapi bukan saya tak cuba terus ya. Saya tengah dalam proses buat buat kan juga.

Tadi..di atas, saya ada nak share ruangan lengkap preparation yang patut anda buat kan..

Post itu ialah, panduan lengkap tips temuduga..

Anda boleh rujuk sana. InsyaAllah, post itu akan lebih comprehensive daripada ini.

So doakan anda dapat kerja…

Sekian, terima kasih..

Ikhlas dari saya…




Kenapa Sesi Interview/Temuduga Itu Penting

Alright, article ini untuk menyokong lagi satu article yang saya sudah buat sebelum ini iaitu, Kenapa Kita Tak Perlu Rasa Takut Untuk Pergi Interview.

Cuba fikirkan,

Apa cara atau idea yang boleh kita tahu kondisi di mana mana tempat kerja baru?

Maksud saya, macam mana anda nak tahu kerja di tempat tu ok ke, kawan kawan ok ke, bos ok ke, ada pressure ke tak.

Semua semua itu lah.

Bagaimana?

Kalau saya sendiri, boleh fikirkan 2 sahaja.

Pertama

Daripada rakan kita, ya mungkin ada kawan rapat yang sudah pun kerja situ. Lagi cantik kalau department nya pun sama.

Harapnya dia boleh ceritakan lah apa yang dah jadi kat sana. Environment kerja nya sihat atau tidak semua.

Kalau anda dapat cara ni, memang cantik. Bagi saya cara ni terbaik untuk kita pastikan sama ada kita patut pindah tempat kerja atau tidak.

Tapi bukan semua orang ada peluang ni, saya sendiri tak pernah ada.

Ye la kawan pun tak berapa nak ramai sebenarnya saya ni.

Saya jenis buat hal sendiri je.

Ok itu yang pertama.

Yang kedua?

Tak lain tak bukan ialah daripada apa tajuk kita nak cuba duk buat kan ni.

Daripada Sesi Interview/Temuduga.

Sebenarnya, dikalangan kita focus sudah lari sikit dari matlamat.

Tujuan Interview, adalah untuk kita tahu situasi di tempat kerja baru.

Seperti contoh, kerja macam mana itu semua lah. Gaji berapa boleh bagi, benefit apa semua.

Itu yang sepatutnya tujuan kita pergi interview.

Tapi kita sudah ter off daripada matlamat sebab perasaan takut yang kalau soalan tak boleh dijawab.

Perasaan takut ini mungkin didorong oleh beberapa perkara, antaranya:

  1. Terasa nak sangat untuk bekerja tempat itu
  2. Anda sudah tiada option lain yang penting mesti dapat kerja
  3. Atau pun, anda rasa takut sebab takut takut tak boleh jawab soalan dia
  4. Atau pun, anda rasa takut sebab jumpa dengan orang lain, atau bercakap dengan orang lain
  5. Atau pun, anda memang suka takut tak tentu pasal.

Pendek kata.

Anda kena betul kan niat dan tujuan untuk pergi temuduga.

Saya pernah di panggil interview di Penang, untuk jawatan technician di sub project oleh TNB.

Kiranya bukan TNB, tapi syarikat yang TNB sub kan.

Namanya TNB Remaco kalau tak silap.

Kawan saya memang ada kerja di TNB Remaco ni, tapi bukan di Penang, di Manjung nun.

Dan berdasarkan apa yang dia cakap, memang ok lah benefitnya.

Dan saya pun pergi dengan rasa kuat sangat nak kerja.

Tapi bila sampai, basic 1200 kalau tak silap.

OT tak ada.

Masa itu sahaja basic saya sudah dalam 1700 kalau tak silap.

Dan bila OT, 2600 mesti dalam tangan punya.

Tiba tiba saya nak dapat gaji 1 lebih, duduk lagi kat negeri orang, bayar sewa macam mana? Makan lagi?

Abang saya bising juga, sebab tak ambil.

Geram juga. Apa ke bangangnye nak ambil keja gaji macam tu.

Bila si interview tu dah kata macam tu.

Saya pun kata lah.

Kalau macam tu, tak per lah.

Saya tunggu jawatan dari Remaco Penang untuk yang lebih baik lagi untuk saya.

Dan terus balik Ipoh.

Motif nya mudah.

Saya tak rasa jawatan itu akan beri hidup saya lebih baik lagi dari tempat sebelum nya.

Kawan saya di Remaco itu ada juga cakap.

Ala hang keje je situ, aq rasa dia nak acah hang je cakap tak ada OT.

Masa tu saya geram juga, dan terus cakap.

Kalau dia nipu aq, dia le sengal, sebab aq tak keja dengan dia.

Hah ye dengan bongkaknya.

Alright?

Jelas?

Tak perlu takut ye, tenang, dan cuba study study sikit.

Kalau kita nak sangat dengan satu satu company tu patutnya kita prepare lebih awal.

Prepare bukan nya duk study apa company tu buat sahaja, malah ayat ayat dia yang boleh kita tangkis.

Adakah Saya Total Tak Gabra?

Mesti lah tak, dah nak 30 dah ni.

Masa awal awal kerja dulu, masa awal awal nak pergi interview dulu, memang ler.

So kita kena praktis juga, banyak testing cakap sorang sorang lah yang biasa saya buat.

Tapi baru baru yang interview ni pun saya gabra juga.

Masa itu interview untuk TNB Jana Manjung, mungkin sebab terlampau nak sangat kan kerja tu.

Saya ada share apa kesilapan yang saya sudah buat, harap anda jangan pula lagi ulang kesilapan saya tu ya.




Tips Temuduga : Kenapa Tak Perlu Takut Bila Sesi Interview?

Terus terang saya cakap.

Sebab kenapa dikalangan besar kita yang takut bila nak datang resume ialah sebab kita tak cukup preparation.

Fikirlah macam mana pun, sebenarnya anda takut memang sebab anda tak prepare.

Kalau dah prepare dan rasa semua nya anda boleh jawab, kenapa perlu takut kan.

Sebab kedua anda rasa takut sebab mindset yang salah.

Macam ni lah, betul atau tidak kalau anda rasa takut untuk pergi resume sebab takut kalau kalau soalan yang ditanya anda tak boleh jawab?

Betul kan.

Itu yang salah, memang lah kita mesti rasa takut takut sikit kalau tak leh jawab dan takut tak dapat lah pula kan.

Tapi kalau nak dikutkan, tujuan INTERVIEW adalah untuk sesi kenal kenal.

Dengan interview sahaja lah anda boleh kenal company tu dengan lebih dekat lagi.
Dengan interview sahaja lah anda boleh tahu pekerjaan itu layak atau sesuai dengan jiwa anda atau pun tidak.

Kalau yang ada kawan atau orang dalam lain ceritalah, ini lagi bagus kan.

So interview sangat penting.

Saya sendiri, kalau pergi interview. Mindset yang saya fikirkan ialah macam ni..

“So sekarang aku nak pergi interview ni, nak tanya benefit lah, kalau kerja macam tukang kayu tapi benefit tak berapa nak ada, buat apa aku kerja dengan diorang kan’

Ok lebih kurang macam tu lah. Bukannya sombong, tapi untuk ubah mindset otak kita kepada yang lebih berani.

Lagi sekali, saya tekan kan. Anda pergi interview bukan untuk anda rasa takut, tapi sebab untuk kenal company tu dengan lebih dekat lagi.

Dalam tempoh saya pergi interview sebelum ni.

Ada 2 sesi interview yang saya betul betul gementar tahap gaban.

Pertama, bila saya pergi interview buat kali pertamanya dalam sejarah.

Kedua, bila datang interview untuk kerja dengan TNB JanaManjung.

Saya ada buat satu post pengalaman saya sendiri masa pergi interview TNB Jana Manjung ni hari tu. saya harap anda baca dan jangan ulang kesalahan saya. Serius saya memang menyesal masa hari tu.

Dalam post tu juga saya ada share sesi interview saya dengan TNB juga tapi cawangan di Penang. So saya ada cerita ni juga, anda baca ya post nya ya.

Berbalik kepada topik utama kita, apa tips yang saya boleh kongsikan untuk anda prepare ada saya huraikan serba sedikit dalam post ini, Preparation Sebelum Pergi Interview.

Harap anda baca ya.

Ok lah, saya rasa itu sahaja kot.

Yang terakhir sekali, saya nak tekan kan apa yang saya duk kata kat title paling atas sekali dalam post ni.

JANGAN RASA TAKUT, TAK ADA PE BENDA PUN.

Bukan berlagak tau, saya cuma nak betulkan mindset anda sahaja.




Nasihat untuk Fresh Graduate

Nak tahu cerita tak? Masa saya grad 2009 daripada University Malaysia Pahang dulu. Lepas satu tahun baru saya isi borang untuk apply jawatan kosong kerajaan. Masa tu masih lagi dipanggil sebagai SPA8, sekarang sahaja dah upgrade kepada SPA9

lambat sampai setahun tu, bukan sebab malas. Tapi sebab tak tahu dan tak ada siapa nak cerita. Kita pula tak berapa reti. Itu yang makan setahun.

Sepatutnya, sebaik sahaja graduate, saya mesti isi itu dahulu.

Tapi untuk adik adik ni, harapnya tak. Itu sebab saya kongsikan 4 perkara yang anda perlu buat, termasuklah isi spa9, sebaik sahaja graduate dari pusat pengajian.

Perkara 1 – Buat Resumelah apa lagi!!

Alright, tiba masanya untuk anda bertindak, dan show off kan kelebihan anda sebagai pekerja dalam resume.

Sebenarnya, kita ni pengetahuan untuk membuat resume dengan baik sangatlah kurang.

Tak pastilah kenapa masa kita belajar dulu, penekananan dalam penyediaan resume tak dititikberatkan. Bukan tak belajar langsung, ada belajar. Tapi bagi saya tak cukup.

Tapi elok jugalah lah, kalau tak, tak bolehlah saya jadi sifu resume. haha

Itu sebab jugalah saya sharekan semuanya dalam blog ni. Supaya saya boleh berkongsi akan apa yang saya tahu.

So anda kena buat resume, belajar cara buat dengan betul. Sejujurnya saya tak pasti kalau ada blog panduan buat resume yang berkongsi macam saya buat sekarang ni di sayashare.

Tapi kalau macam blog bahasa inggeris memang berlambak, contoh contoh ayat resume yang bagus.

Ini dia perkongsian saya, cara tulis resume, dan cara tulis cover letter. Mana yang adik adik baru lepas SPM, boleh cuba baca artikel yang ini, panduan resume untuk lepasan spm.

Perkara 2 – Mesti Terror Dalam Interview

Ingat ya, skill pandai buat resume, dengan skill pandai jawab dan petah semasa temuduga sangat sangatlah berbeza.

Kalau pandai buat resume, belum tentu dapat buat kerja kalau anda tak petah bercakap dalam interview.

Resume, tujuannya kita buat supaya dia panggil kita untuk datang jumpa, bukannya terus dapat kerja. Manakala sesi temudugalah yang membuatkan kita dapat kerja, andai kata majikan rasa kita layak.

Layak tu dari segi apa?

  1. layak sebab kelayakan anda sesuai, mungkin jurusan yang betul apply
  2. layak sebab anda tak malu dan pandai bercakap. anda pandai ekspresikan apa yang anda boleh buat.
  3. layak sebab anda macam kritikal thinking, kiranya dapat berfikir dan menjawab permasalahan kerja dengan baik
  4. layak sebab anda pandai mengambil hati, atau membuatkan si penemuduga tu percaya akan kebolehan anda.

Percayalah cakap saya, kerja ni sebenarnya bukan susah mana pun. kita semua akan diajar punya. Macam kawan saya sorang ni, udahlah lembik, tapi dapat tau TNB. Saya yang keras, dan kemahiran repair saya jauh lagi baik daripada dia.

Tapi, akhirnya dia yang dapat.

Saya tak dapat. haha. Nak buat macam mana, sebab saya tersilap cakap.

Kerja tu memang kita boleh buat, tapi bagaimana kita expresikan diri kita pada depa tu yang penting. nak tak nak, kita kena belajar cara menjawab soalan temuduga dengan baik.

Ini dia beberapa posting berkenaan dengan soalan temuduga. Kompilasi yang paling baik, anda boleh baca yang ni, contoh contoh soalan temuduga, dan kalau anda fresh graduate, boleh baca yang ni. Contoh Soalan Temuduga Untuk Fresh Graduate

Perkara 3 – Register Directory Jawatan Kosong – Untuk Company Swasta

Directory Jawatan Kosong ini ialah, mana mana company yang masukkan senarai jawatan kosong syarikat mereka kedalam satu satu website, seperti contoh jobstreet.com.my.

Dulu, masa saya mula mula cari kerja. Saya tak tahu mana satu yang paling popular. Sebab rasa macam banyak sangat website kena register. Untuk adik adik ni x pa, biar pakcik senaraikan.

Jobstreet – jobstreet ni adalah tempat mencari kerja no 1 di Malaysia, bagi kategori jawatan kosong dari company swasta. Anda suggestlah, indeed ke, mudah ke, maukerja ke, monster ke. Jobstreet adalah yang paling utama dan paling lengkap sistemnya. Sebenarnya, kalau anda dah apply jobstreet, dah boleh lupakan tempat cari kerja yang lain.

Oh ya lagi satu, jobstreet ini sesuai kalau anda berkelulusan. maksud saya ada diploma dan ke atas. Sijil pun boleh. Sebab kalau mudah.my nanti, lebih kepada jawatan kosong untuk lepasan SPM.

Mudah.my dan maukerja – ok dua ni saya gabungkan sekalilah. Saya tahu, memang ada jawatan kosong untuk diploma dalam dua ni. Tapi memang kebanyakan jawatan kosong hanyalah mereka yang lepasan SPM sahaja. So kalau anda dalam kategori ni, boleh cuba mudah dan maukerja terus.

Tak perlu register ke jobstreet, sebab jobstreet ni kadang ambil masa sikit. Sebab dia akan kumpul semua dan filter. Kalau mudah ni juga, kadang tu ada macam urgent label. maksudnya company tu nak cepat pekerja.

Eh, rasanya jobstreet pun ada. erm tak apa lah. apa apa pun, kalau lepasan spm boleh cuba mudah atau pun maukerja ya. Kalau nak kerja McD, KFC, booth dalam AEON, atau nak kerja dalam bidang sales, insurance semua. Memang sesuai mudah dan maukerja ni.

Selain daripada ini, ada juga foundit.my dan futurejobs yang macam berbaloi untuk anda register dan aktif untuk cari kerja.

foundit.my – ini sebenarnya masih lagi dalam pemerhatian saya. sebab dia baru rebranding kepada nama baru foundit ni. Sebelum ni guna nama monster. monster ni sebenarnya company daripada India. Tapi memang banyak juga kerja senarai daripada Malaysia dalam ni.

Dan selepas mereka rebrand kepada foundit, nampaknya macam function yang ada dalam foundit ni jauh lebih baik dari jobstreet. Walaupun macam agak mahal juga budak budak yang baru nak start kerja ni perlu spent.\

last, myfuturejobs. – futurejobs ni masa zaman saya, namanya jobsmalaysia. tapi dah ditukar kepada futurejobs. Website ni memang rasanya goverment yang setup.

Bagi saya, lebih kurang macam mudah atau maukerja juga. mungkin lebih teruk lagi sebab sistemnya tak berapa baik. tapi jangan lupakan juga, sebab saya perasan ada jawatan kosong kerajaan kadang kadang tersenarai dalam tu.

Perkata 4 – Register Lagi – Tapi Government pula

Ok, kalau tadi, jobstreet kita lebih focus pada jawatan company swasta sebenarnya. So kali ni, saya nak kongsikan jawatan kosong untuk kerajaan pula.

Sekarang ni, kat mana nak cari jawatan kosong kerajaan? ada 3

  1. website spa9 – yang ni memang kita kena register
  2. website jabatan negeri
  3. blog blog

SPA9 – ini yang utama ya. ini untuk kerja kerajaan, kalau anda cikgu boleh guna SPP.

Website SPA9 adalah ibarat jobstreet, tapi untuk jawatan kosong kerajaan. Memang wajib kena register awal awal.

Website Jabatan Negeri – yang ni, sepatutnya dalam website SPA akan update jawatan kosong, tapi kemungkinan besar memang ada yang tak update. Contoh jawatan kosong untuk saliran air bagi negeri Perak. Hanya nampak buka di website under negeri Perak sahaja.

So kalau jadi macam ni, ini yang buat kita rugi, dan hanya siapa siapa yang alert sahaja akan perasan. Ceritanya, anda kena register dan alert di website lembagi air perak juga, atau LAP.

Tak kesahlah, lembaga air perak ke, negeri negeri lain ke.semua nya akan gunakan website mereka sendiri.

Blogs – anda taip sahaja ‘jawatan kosong kerajaan‘ contohnya.

Kalau macam tak sempat, dan tak tau pun website mana nak apply dalam jabatan under negeri dan daerah. anda boleh cuba alert dengan blog blog jawatan kosong.

Sebab depa ni, memang banyak dan cepat kongsikan benda benda ni. boleh cuba guna contoh keyword seperti:

jawatan kosong kerajaan negeri perak
jawatan kosong lembaga air
jawatan kosong bla bla lagi…

Yang jawatan kosong lembaga air tu tak betul pun sebenarnya, tapi anda hentam ja keyword yang lebih kurang. Sebab memang akan jumpa juga.

Nanti macam macamlah keluar website yang bagus bagus berkongsi jawatan kosong yang ada.

itu sahaja… bagaimana?




Cara Nak Reply Apakah Sumbangan Yang Anda Boleh Bagi Pada Syarikat

Soalan ni memang antara soalan yang tak ramai orang dapat jawab dengan betul. Bila tak ramai orang boleh jawab dengan betul, ini lah peluang kita untuk improve dan tunjukkan kebolehan sikit yang kita ni lain, dan mampu jawab soalan ni dengan baik..

So apa yang saya kongsikan dalam artikel ni ada 3 benda. Iaitu :

    1. Kongsikan apa yang berlaku pada saya dulu
    2. Kongsikan cara nak deal masalah ini ( beserta contoh )
  1. Baru saya kongsikan apakah contoh jawapan terbaik yang korang boleh jawab…

Bila fikir fikir balik kan, setiap kali penemeduga tanya apa apa pun soalan, kita mesti boleh akan boleh jawab. Betul tak? Nak jawapan panjang, nak jawapan pendek, jawapan panjang lebar, rumusan… InsyaAllah boleh

Semua boleh…

Cuma masalahnya, benda ni akan tergantung bila kita rasa gabra.

Macam kita tengok orang main bola lah, kadang kadang pintu gol depan depan pun belum tentu masuk. Kenapa jadi macam ni? Sebab gabra. Pemain bola, memang boleh training pelbagai jenis tendangan, sepakan dari pelbagai jenis penjuru. Tapi setiap kali tendangan mahupun sepakan, tiada faktor gabra dalam latihannya.

Itu sebab masih ada yang failed nyepak bila kita tengok dalam perlawanan.

Sama kes dengan temuduga lah. Ushhh kalau tak gabra, lebih setengah jam boleh goreng kan. Tambah lagi blogger yang macam saya suka cakap sorang sorang ni. Lagi lah lama..

Tapi bila time temuduga? Bakat, pengetahuan, pandangan tu semua jadi lose. Sebab ada faktor gabra…

Pernah satu kali, saya datang temuduga di Penang kalau tak silap. Masa tu saya masih lagi bekerja di Ipoh ( sekarang saya kerja di Kulim ), ada satu soalan yang penemuduga bagi. Untuk menjawab soalan ni, saya memang perlukan masa beberapa minit untuk terangkan dulu, saya kena perjelaskan kondisi saya dahulu sebelum terus sampai ke conclusion.

Sebab takut takut, dengan menjawab soalan itu dia akan fikir negative pula…

Faham ke maksud saya?

Macam ni lah, pernahkan penemuduga tanya kita. Tapi jawapan yang kita bagi tu, mungkin akan sedikit nampak negative. Macam menunjukkan kita malas ke, apa ke. Tapi jawapan ni masih lagi normal sebenarnya. Cuma sebab kan si penemuduga tak kenal hati budi kita dari kecik. Itu sebab takut takut dia fikir negative. Dan untuk bagi dia tidak fikir negative, semestinyalah saya perlukan beberapa minit untuk terangkan apa yang berlaku supaya tak ada lah nampak macam saya negative disitu..

Serupa juga dengan temuduga masa di TNB sebelum ni. Dia tanya saya soalan,

“KAMU NI KERJA SEMICON KAN, UDARA BERSIH, KERJA PUN TEMPAT SEJUK, BANDING DENGAN KERJA DEKAT POWER PLANT TNB, YANG PANAS, TAK SEJUK, KERJA KOTOR…

APA YANG KAMU BOLEH BUKTIKAN YANG KAMU BOLEH BEKERJA TEMPAT TEMPAT MACAM NI, SEDANGKAN KAMU SEKARANG KERJA DI TEMPAT YANG SELESA”

*saya dah kongsikan dah benda ni kat artikel belakang belakang tu. Tak pelah saya refresh di sini semula.

Korang tau tak apa jawapan saya bagi?

Boleh boleh.. InsyaAllah saya boleh…

*rasanya lebih 8x saya duk ulang boleh boleh tu…

Tengok!!! Itu je jawapan yang saya bagi? Orang tu nak hire kita, nak bagi kita gaji, dan akan menjadi orang bawah dia seumur hidup kita yang seterusnya..

Jadi of course la dia perlukan hujah hujah yang power, hujah hujah yang menarik hati dia. Sampai dekat saya, saya boleh jawab BOLEH BOLEH JE?

Ini lah jadinya bila gabra.. Semua jadi hancus…

Geram juga saya masa tu, masa balik ke rumah lepas habis temuduga. Saya cuba jawab balik soalan dia dalam kereta sorang sorang la konon. Punya la panjang penerangan, rasanya saya cakap lebih 5 minit kot untuk soalan itu sahaja.

Boleh pula jawab ye tak? Tadi membisu..

So itu sebab, gabra memang sesuatu yang kita mesti lawan betul betul..

Untuk cara deal dengan gabra masa temuduga, korang boleh rujuk artikel khas yang saya dedicated kan ni. Cara Nak Deal Gabra Masa Temuduga

Tapi saya nak tarik satu point dalam artikel untuk cara nak tackle problem gabra ni, iaitu KORANG KENA PRACTISE JAWAPAN APA NAK JAWAB SEBELUM LAGI TEMUDUGA.

Maksud saya macam ni, soalan temuduga boleh kata dah tersangat bocor. Tak ada apa dah yang diorang akan tanya kalau tak soalan soalan lazim yang saya tulis kat sini. So ini adalah peluang terbaik untuk korang practise sehabis habis baik..

Dulu, masa saya buat marketing tepi jalan bila kerja dekat satu company ni. Mesti korang perasan, yang orang orang marketing ni fasih kan bila membalas jawapan kita. Kalau kita kata A, dia akan jawab B. kalau kita kata C dia akan jawab D.

Sebenarnya apa yang berlaku di sini? Jawapannya ialah, sebenarnya setiap apa soalan atau bidasan tak nak beli. Contoh nya macam korang nampak dia jual kredit kad ke apa, nak jual penapis air ke apa. Mesti lah korang cakap tak nak kan, so untuk dia menjawab TAK NAK korang tu sebenarnya sudah dipraktise kan dah apa yang patut di balas…

So ini lah yang saya cuba terapkan dalam temuduga korang.

Bila dah fasih dengan jawapan soalan soalan lazim temuduga ni. InsyaAllah confident level korang pun akan jadi bertambah baik dan lebih mudah untuk jawab. Alah macam kita buat soalan matematik kat sekolah dulu. Kalau 100 soalan yang lebih kurang sama kita buat, bila dah sampai time periksa yang 1 soalan tu, agak agak senang ke susah? Lebih mudah lah kan…

DAN UNTUK MENJAWAB SOALAN APAKAH SUMBANGAN YANG KITA BOLEH BAGI…

Cara yang terbaik untuk menjawab soalan ini ialah dengan memberi contoh apa yang anda sudah berjaya dapatkan sebelum ini, dan jadikan ia sebagai value point untuk company yang anda apply sekarang.

Credit to thebalance

Kiranya, mula mula kena lah kita buat research sikit dengan company yang kita nak kerja tu. Tengok apa product yang dia buat. Tengok pada mission dia, dan ikut pada tips dari thebalance.com, cuba cari benda yang specific yang company mahukan. Yang kemudiannya cuba response dengan relate nya pula dengan education anda, pengalaman kerja anda, skills, dan korang punya accomplishment. Untuk buktikan yang kita ni memang antara asset yang company tu mesti ada.

Contoh 1:

I am certainly detect errors or what else can we improve either current S.O.P or best result that we get right now. For example, normally this machine have 400 times errors per month. Sometime the graph even spike when production push out output as much they can. With my idea and effort, I am finally improve the the error counts drop to just less than 100 errors per month..

Lepas tu saya akan tunjukkan lah graph yang saya maksudkan 400 dengan 100 atas ni tadi..

Alrite?

Contoh 2:

I will bring my unique vision to your company. I am experienced in the many areas related to this company’s current goals, including expanding international sales. For example, I helped improve international sales at a previous company by over 25%. My sales background, along with my ability to plan ahead, will help facilitate that growth.

Ayat atas ni bukan dari saya, tapi dari artikel thebalance. Yang saya jadikan rujukan asas untuk artikel ni juga. Tapi contoh 2 di atas saya macam tak berapa setuju lah yang dekat warna merah tu. Bila saya pergi interview mana mana, saya tak suka ayat popular yang biasa orang guna macam:

I am teamworking person

I can work with less monitoring

I am key player

Ayat ayat semua ni bukan lah tak bagus, memang elok pun. Tapi bila korang sendiri cakap yang korang begitu begini, tak ke macam nampak macam angkat bakul sendiri? So, approach saya lebih kepada nampak lembut sikit, nampak macam tak memuju diri sendiri sangat, nampak macam lebih merendah diri.. benda ni biasa korang kena plan, dan korang memang akan failed punya untuk 1st attempt interview. So kena practise lebih sikit.. dan contoh ayat yang saya maksud kan ialah:

I believe you do have XXXX machine at your company right?

Masa ni, korang kena pastikan machine ni ada. Atau kelengkapan yang biasa digunakan untuk buat keja korang tu ada. Biasanya tool macam ni tak akan lari banyak antara company lain. Mungkin model sahaja, so method tool mungkin berbeza, tapi result masih lagi sama.. so katakan dia cakap ADA, saya pun balas.

Well, I’m not sure what version of it. But that kind of tool, probably either latest or less version, I’m actually used to this machine for many 2 3 years already. So, hopefully with this experienced, at least I can learn it fast since I already do have some basic… because, for sure its going to be a different, probably the way we install part will difference, for sure the technology will different…

Penerangan, bila korang baca ayat saya tu agak agak apa yang korang boleh bayangkan?

Nampak macam lebih baik kan. Nampak saya macam jujur, nampak macam saya ni friendly. Nampak macam saya ni tak poyo.. nampak macam saya ni berkebolehan.. Friendly dan baik la saya rasa paling kuat.. jujur juga..

Teknik ni, saya ada kongsikan artikel nya, iaitu cara nak bercakap dalam temuduga dengan menggunakan tone yang betul. Bila korang cakap macam ni kan, insyaAllah la korang akan rasa rileks sikit..

So apa benda yang ita dah belajar dalam artikel ni..

SATU – cara untuk jawab soalan kalau dia tanya apa sumbangan yang kita boleh bagi.

korang boleh refer akan kenyataan saya yang macam bawah ni

Cara yang terbaik untuk menjawab soalan ini ialah dengan memberi contoh apa yang anda sudah berjaya dapatkan sebelum ini, dan jadikan ia sebagai value point untuk company yang anda apply sekarang.

DUA – Cara nak deal dengan gabra…boleh rujuk artikel yang ni…

Salah satu benda yang saya cadangkan untuk deal dengan gabra ialah anda biasa menjawab soalan soalan lazim. So bawah ni ada antara soalan soalan lazim yang korang kena biasakan menjawab nya..

Contoh Soalan Temuduga Yg Lazim Ditanya+JAWAPANNYA




Diploma Teknologi Makanan [Course Review]

Mari kita review salah satu bidang yang semakin naik di Malaysia. Bidang ni memang jarang jarang orang ambil. Ada yang tak pernah langsung pun ada. Tambah lagi yang macam saya lebih kepada kejuruteraan ni.

Untuk sebarang kesilapan penulisan, minta tegor saya k. Ini bukan kos saya, saya buat artikel ni rasanya ambil masa 3 jam juga untuk kumpul maklumat. Belum masuk lagi nak inteview beberapa orang yang memang berada dalam bidang ni, untuk pastikan apa saya tulis betul. Dan kita juga boleh dapat manfaat lebih kalau ada orang yang memang pakar dalam Teknologi Makan Makan ni.

Definisi Diploma Teknologi Makanan…

Diploma Teknologi Makanan adalah pengajian 3 tahun yang memberi focus pada pembangunan kaedah serta mengenal proses terbaik bagi menghasilkan produk makanan yang bermutu, sihat dan selamat.

Definisi tu saya petik dari KKTM, Kolej Kemahiran Mara Lenggong

Kiranya, course ni bukan nya macam kulinari yang lebih kepada memasak. Tapi lebih kepada cara/proses makanan itu disediakan. Adakah selamat atau tidak.

Tak apa, kita ambil lagi satu contoh definasi dari Blogger Afrina Izyan, yang juga sambung pengajian dalam bidang ini.

Kami mengkaji tentang nutrisi dalam makanan, belajar cara memproses makanan, jenis penyakit dan mikroganisma dalam makanan dan lain-lain.

Bidang Kerjaya Yang Boleh Diceburi

Untuk bidang kerjaya yang adik adik semua boleh koje ialah macam di bawah ni:

  1. Penolong Jurutera Pemprosesan
  2. Pemformulasi Makanan
  3. Pembantu Pegawai Penyelidik
  4. Penolong Pegawai Jaminan Kualiti
  5. Usahawan

Ada lagi tak selain daripada 5 contoh jawatan tu? Mesti lah ada. Tapi tak best kalau saya list kan macam tu sahaja, apa kata saya buat carian di Jobstreet dan juga Maukerja untuk adik adik?

memang sudah ada login untuk Jobstreet, jadi saya boleh tengok terus gaji yang ditawarkan.

Carian di bawah juga adalah untuk tempoh masa saya tulis artikel ni iaitu 4 July 2017. Kita tengok ada tak jawatan kosong yang baru baru ini di keluarkan.

Ok, mana yang baru first time tengok Jobstreet, banding ngn saya yang dah 7 tahun tengok. Meh nak kongsi sikit. Tengok pada pada gaji berapa bagi, dan tarikh iklan oleh company ni keluarkan. Sekarang ni 5 July 2017, pukul 10 31 am. Jadi kita nampak lah, iklan untuk jawatan kelulusan ni ada tiap tiap hari kan.

Hah lagi satu nak jelas, yang manager atau nampak gaji lebih dari RM 3000 tu rasanya kalau fresh memang tak layak apply kot. Sebab kalau jenis jenis gaji macam ni, memang nak pengalaman. Tapi tak apa lah, maksudnya ada la potensi nya kan. Pengalaman boleh di cari, itu sebab nanti koje jangan memilih sangat, koje dulu 2 3 tahun. Dan baru demand. Dan, pastikan untuk usaha dapat Ijazah ye dek.

Ok good good.

Apakah Syarat Syarat Layak Masuk Politeknik Konvensional Untuk Kos Ini..

Petikan di bawah saya copy paste sahaja dari masuk IPT. Untuk lebih OK anda click satu lagi link yang saya sertakan di bawah.

Syarat am untuk memohon program Diploma di Politeknik Konvensional adalah memperolehi 3 Kepujian peringkat SPM. Di samping itu, pelajar perlu memenuhi syarat khas program yang ditetapkan. Sebagai contoh, bagi program Diploma Kejuruteraan Awam, pelajar dikehendaki lulus SPM dengan syarat minimum berikut:

Lulus Bahasa Melayu

Lulus Bahasa Inggeris

Lulus Sejarah

Mendapat TIGA (3) kepujian bagi mata pelajaran berikut termasuk;

Matematik atau Matematik Tambahan

SATU (1) mata pelajaran berikut: Biologi atau Fizik atau Kimia

SATU (1) mata pelajaran lain yang belum diambilkira kepujiannya

Untuk lebih lengkap, rujuk POLITEKNIK EDU ni << ini dia link yang saya maksud kan.

Senarai Universiti Yang Ada Kos Teknologi Makanan

USIM, UPM, UKM, USM, UniSZa, UITM dan UMS

Ini silibus dari UITM Negeri Sembilan…

+ UniKL

Politeknik Yang Ada Kos Teknologi Makanan

POLISAS – Poli ini ditubuhkan sejak 1976, antara aktiviti dan pencapaian Polisas, Utusan

Dan untuk pengetahuan korang juga, punya la banyak blogger dari Polisas yang saya jumpa. Tapi saya tak pick semua, ambil yang terbaik sahaja. Nanti saya link kan di bawah.

Saya pun baru tahu adik perempuan saya sendiri pun dari POLISAS, ni hah baru wasap dia. Haha, dan Ya dia pun ambil kos yang sama juga. Ingatkan POLIS.

Ikutkan kata adik perempuan saya, selama ni POLISAS je yang ada Food Tech ni, patut lah ramai blogger semua dari Polisas. Tapi dia ada juga cakap, Poli Pagoh Johor pun kemungkinan baru ada sekarang. Baru nak start 1st semester katanya. (Tarikh sekarang July 2017 ya, harap maklum)

Dan bahagian terakhir dalam artikel ini ialah….so juga kumpul kan antara blogger blogger yang memang ceburi bidang ni. Rasanya kalau apa apa, lagi elok anda rujuk diorang. Saya sekadar boleh share tips temuduga sahaja. Untuk lebih specifik, minta rujuk pada diorang ya.

Hah, ini dia panduan temuduga lengkap yang saya maksudkan.

Antara Blogger Yang Terbaik Untuk Rujukan Anda.

Nurul Syazwana – Kenali Cik Puan Nurul Syazwana, rupanya Cik Nurul ni sebaya saya. Blogger ni asal dari Pontian, dan memang sekarang di kerja dalam bidang yang kita duk sembang ni. Kerja gov rasanya. Saya dah pun contact dia untuk minta dia kongsikan sikit cara dia apply kerja, dari SPA ke, lepas tu bila dia datang temuduga apa yang di tanya oleh Ahli Panel. Penting juga untuk kita tahu kan. Eh bukan kita, saya tak termasuk. Korang ler.

Yang paling penting soalan temuduga dia tu. Saya juga nak tanya, kalau tiada pengalaman apa pula yang korang nak goreng kan.

Untuk sinopsis kerja, apa benda yang Cik Nurul Syazwana buat, rasanya dah cukup lengkap dah apa yang ditulis dalam blog. Anda boleh rujuk tanggungjawab food tech PTM (link ke blog beliau ni)

Tuan Noh – saya tak berapa pasti sangat tentang butir beliau, Tuan Noh. Tak jumpa pun ruangan About Me di blog nya, tapi yang pasti. Salah satu artikel nya terangkan potensi yang anda semua boleh cebur kalau ambil bidang Teknologi Makanan ni. Saya yang baca pun rasa teruja. Mungkin saya akan cuba contact beliau, mana tahu memang Tuan Noh berpengalaman luas dalam bidang ni.

Apa apa pun, artikel yang saya maksudkan ialah, Kerjaya Dalam Bidang Teknologi Makanan

Update 1x: Tuan Noh aktif dekat FB rupanya, tak pa tak pa, nanti saya contact beliau untuk anda. Nampak macam orang kuat juga.

Budak Spec Bintang – Si Permaisuri ni sekarang (2015) menuntut di UITM Shah Alam untuk Ijazah Sarjana Sains dan Teknologi Makanan. Sebelum ni, Diploma Teknologi Makanan UITM Kuala Pilah. Ikutkan penulisan cik adik ni (Pakcik dah Tua), dia lebih kongsikan subjek apa yang anda belajar nanti. Serta serba sikit tentang latihan industri. Saya baca separuh sahaja, jadi pening tengok satu satu silibus korang. Boleh baca, di blog beliau ya, synopsis study Food Tech.

Kawan Si Budak Spec Bintang ini pun, Azhani Azmi pun bagus juga penulisannya. Baca juga ya….

p/s – baca baca juga lah bahagian comment, banyak juga depa sembang sembang tentang kos ni. Saya malas nak go thru satu satu. Dah 7 tahun koje, jadi bebal sembang pasal subjek.

Dah la dulu, aq amik MUET. Kononnya macam dah siap, punya la eksyen ngn kawan aq siap dulu. Rupanya page terakhir aq tak selak pun. Memang najis betul lah…tu yang dapat MUET 2 tu. Aarghh..

Hiba hiba…

Saya tengah mencari blogger laki ni, tapi yang saya jumpa 2013. Macam lama sangat je. Lagi blog tak aktif. Tak pa kita skip jejaka itu.

Siti Fatimah Naim – Blogger yang terakhir, dari UITM Kuala Pilah.

Eh jap, korang yang aq amik ni macam semua kawan kawan je. Segan plak PakCik rasa. Pakcik ni laki orang tau. Tapi tak pe lah.

Blogger Siti Fatimah ni, tak ada apa sangat yang dia kongsikan dalam blog nya. Tak ada tips, tak ada sembang pasal silibus. Tak ada sembang pasal yang macam blogger lain. Tapi saya suka cara dia tulis, bersyukur dengan apa yang Allah bagi.

Jujurnya saya sendiri pun dulu, suka nak jadi kapal designer. Kiranya guna solidword design kapal. Lepas tu, saya juga teringin nak keja dengan Mardi. Reka machine machine yang simple tolong petani kecil. Antara machine yang saya ada try bina masa kerja dulu machine yang bengkok kan tiang lampu kat tepi jalan tu. Machine tu besar tau, lebih kurang besar kereta. Tapi tak kesampaian pun jadi designer kapal, lantas saya ambil meki, kononnya laki banyak amek meki. Saya tanya kawan yang memang Meki, dia cakap meki ni lebih kepada mesin mesin katanya. Saya suka sangat lah ni.

Namun, lepas graduate. Atau dalam tempoh sejak 2 tahun daripada sekarang. Saya rasa macam lebih baik saya ambil study dalam coding. Java semua. Bina software sendiri semua. Sebabkan potensi dan minat yang tiba tiba ke arah ini….erm macam macam.. Apa apa pun, yang pasti. Korang mesti suka dengan apa yang korang buat. Benda yang lepas tak perlu kenang lagi kan..

InsyaAllah semuanya menuju ke arah kebaikan. Dalam blog beliau, Cik Siti ada kongsikan, jangan frust sebab tak suka kos ni, bla bla..ah baca lah sendiri, nasihat Stifa Almurisi.