Untuk contoh resume lepasan SPM. Ikutkan pendapat saya, macam tiada apa lah yang kita boleh isikan sangat lah ya. Kalau lepasan diploma atau pun sekurang kurangnya Sijil boleh la juga nak goreng goreng.
Sebab, kalau tiada pengalaman kerja pun, at least ada lah kelulusan lebih baik sikit PLUS lagi dengan pengalaman yang anda dapat masa buat praktikal.
Kenapa kena ada pengalaman?
Sebab dalam resume, bahagian yang paling penting. Atau bahagian yang paling majikan akan beri tumpuan ialah di bahagian pengalaman. So itu sebab saya mention bahagian pengalaman tadi.
Saya nak clearkan sikit apa yang saya cakap kat tadi..berkenaan dengan ayat ‘at least ada lah kelulusan lebih baik sikit‘. Kalau terasa, saya minta maaf la ya. Bukan niat nak merendah rendah. Tak ada rendah nya pun.
Yang kami ada diploma degree ni pun sama, tiada tinggi mana nya pun.
Semua itu rezeki.
Tak semestinya tak ada Diploma tu tak berjaya. Semuanya rezeki. Usaha, bukan semestinya kena masuk Universiti, bukan semestinya kena masuk Poli. Saya pernah, duk paksa paksa kawan saya yang dah kerja walaupun baru 19 masa tu kalau tak silap. Mula mula tu, dia diam sahaja lah.
Lepas lama lama kawan, baru la dia bagi tahu. tiada siapa nak jaga mak dia kalau dia pergi belajar.
Dia 19, masa tu saya dalam 26. Saya rasa, cerita ni berlaku dalam tahun 2014.
Bila saya tahu sebab nya tu, terasa juga lah salah hati saya ni. Tak sepatutnya saya menilai orang macam tu.So itu sebab, apa apa pun rezeki. insyaAllah kita ya sama sama.
Oh ya. Budak yang umur 19 tu. dia lagi awal pakai kereta dari saya. Walaupun saya dah grad Diploma tahun 2009 lagi. Tengok? Kan namanya rezeki.
Berkat dia jaga mak dia barangkali.
Berbalik pada resume yang akan kita buat untuk lepasan SPM ni.
Memang terus terang cakap, berbanding dengan mereka yang ada diploma seperti artikel ini, agak susah juga lah nak digoreng goreng kan supaya nampak sedap.
Tapi tak apa.
Sebab masih lagi ada peluang bekerja untuk orang adik adik yang lepasan SPM ni.
baiklah, untuk permulaan, korang kena ambil point yang sudah sediakan di artikel utama.
cara buat resume terbaik <<<< rujuk artikel untuk points nya..
saya paste semuanya di bawah dahulu, nanti kita akan isi nya satu persatu sama sama…
Untuk yang level SPM, boleh rujuk dan tulis mana point yang ada sahaja. Untuk final year project, praktikal ke apa semua tak perlu tulis..
So mungkin point point untuk lepasan SPM seperti:
- Pengenalan
- Contact details
- Career objective
- Education background
- achievements
- Skills & Strength
- Computer literacy
- Language proficiency
- referrences
Sekarang saya akan terangkan satu persatu cara nak tulis. Actually, saya dah terangkan cara nya dalam video di panduan cara buat resume tu. So boleh rujuk sana by video lebih baik..
Untuk point satu dan dua rasanya dah cukup jelas kot. Tulis nama dan alamat…email, no telefon semua
Career Objective
Tak perlu beri focus sangat. Asal korang tulis macam ni
Untuk objective ni sebenarnya subjective, bergantung kepada kerja apa yang korang nak minta. Kalau untuk kilang. Atau biasa yang melibatkan production, boleh guna seperti ayat di bawah. Jangan tiru bulat bulat, olah olah sikit.
Contoh 1
Untuk membantu mengeluarkan product pada kadar yang ditetapkan dalam masa yang sama masig mengekalkan kualiti.
Atau untuk kerja kosong kerani ker
Tapi lagi baik kalau korang selitkan job summary dalam objective. Atau jadikan objective sebagai point ‘Job Summary’. Lebih mudah nak buat ayat..seperti contoh
Contoh 2
Berpengalaman menguruskan dokumen dokumen penting syarikat yang melibatkan jual beli barang dan bla bla bla ( korang pandai la sendiri pengalaman korang apa )
So ia akan lebih senang nak buat.
Contoh lain, boleh rujuk dekat panduan orang putih ni, https://www.livecareer.com/resume-objectives/postal-service-clerk-resume-objective
Untuk Education, korang tulis sahaja level SPM dan berapa keputusan dapat.
Achievement ni tulis untuk apa pencapaian yang telah anda berjaya dapat. Kalau yang sudah ada pengalaman kerja, mungkin berjaya tak MC langsung dalam masa 1 tahun di kilang sebelum nya ke. Atau pun, dapat datang hadir, dan patuhi time in and out production dengan baik ke.
Atau pun, setengah company siap bagi anugerah siapa yang jaga masuk keluar kilang dengan baik. So korang tulis lah anugerah apa korang dapat. Berapa kali..
Kalau tak idea sangat nak tulis pun x pe, korang boleh lebihkan point kat point seterusnya iaitu Skills dan Strength bawah ni…
Skills dan Strength ni lebih kepada merujuk kelebihan dalam diri yang korang ada.
Contoh, macam cepat belajar ke. Cepat dalam tangkap apa yang orang suruh ke
Atau pun, boleh bekerja sendiri tanpa perlu dimonitor ke.
Boleh guna computer ke.
Atau pun, kalau ikutkan cara tulis dan brainstorming point apa nak tulis, dalam video yang saya terangkan tu rujuk kembali pada ‘iklan jawatan kosong’ yang ditawarkan.
Contoh macam ayatnya:
Boleh bekerja 12 shift jam – so korang tulis lah ayat, berpengalaman bekerja shift selama 5 tahun. Atau pun siapa yang tiada pengalaman kerja shift, tulis la seperti – tiada masalah untuk bekerja 12 jam atau lebih masa….
Computer Literacy wajib tulis..Nanti diorang bising sebab anda buta IT pula. Sekarang ni tiada masalah la kot budak budak sekarang pasal IT kan.
Yang masalah, MEMBUTA je memanjang. HAH INI BARU BETUL MASALAH..
Language tu, kalau petah berbahasa inggeris atau mungkin suam suam kuku. Boleh la tulis sekali. Ikut format lebih kurang macam bawah ni..
Akhir sekali untuk References, tulis lah siapa siapa yang boleh membuktikan anda cakap ni betul. Contoh seperti staff dekat tempat kerja lama, atau bos atau supervisor dekat tempat kerja lama..
Atau kalau tak ada. Tak perlu tulis
Setel..
Ada apa apa nak tanya?
Latest posts by Syed Shaff (see all)
- Ada Degree Tapi Kerja Kerani - July 26, 2020
- Permohonan Kad Kredit Online - June 14, 2019
- Mohon Kad Kredit Tanpa Slip Gaji - June 14, 2019
- Kad Kredit Untuk Gaji Rendah - June 14, 2019
- 11 Senarai Kad Kredit Terbaik Malaysia [ Update 2019 ] - June 14, 2019
28 comments On Contoh Resume Lepasan Spm
Saya dah habis diploma physiotherapi tapi Belum ambil sijil..Masih miliki sijil SPM sahaja dan saya tidak ada pengalaman kerja cuma praktikal di kolej tapi masih tak dapat nak tulis referens sebab saya dah lama tak hubungi lecturer ,kawan sekelas dan tempat praktikal saya..soalnya boleh tak saya tulis nama ayah sebagai referens lagipun ada beberapa website kata tak boleh tulis nama ahli keluarga?
reference tu tujuannya untuk buktikan yang awak tu rajin ke, pandai buat koje ke, pernah berada di mana mana tempat ke. klo referen tempat belajar, diorang akan call untuk verify pengajian, kalau reference supervisor atau enginer diorang akan verify bekerja dan perangai..
klo awk x de pengalaman kerja lagi, dan tiada reference lain, tak perlu la tulis..
tulis nama family tu tak beri apa manfaat pun
lepas tu, kalao x tau nama lecture bleh je letak no HR dan buat note sikit. bg tau ini nombor hr
nak buat resume nie.. pakai power point ke ? n then.. buat dlm kertas A4.. lepas tu.. kita kene letak this paper dekat paling dekat ke dlm buku resume.. buku resume nie saya selitkan sjil ii koku yg saya aktif di halaman seterusnya.. maaf kalau ade soalan yg boleh pikir tapi ditanya jugak..saya budak baru lepas spm.. ade tawaran kerja yg sy nk isi dia memerlukan resume..so saya nak sure kan camne cara n penggunaan dia lah.. btw.. cara encik tunjuk di atas ty.. sunggyh berkesan bagi saya..terima kasih.. sy boleh ikut .
bukan power point dek – A4…
kita kene letak this paper dekat paling dekat ke dlm buku resume – resume letak paling hadapan, lepas baru adik susun kan dengan sijil2 yang ada di belakang..kalao ada pengalaman kerja di tempat lain, susunan nya, dahulukan resume, lepas tu surat confirmation kerja untuk company yang seterusnya, baru letak sijil2 sekolah yang adik ada.
maaf kalau ade soalan yg boleh pikir tapi ditanya jugak – saya pun minta maaf juga, sebab tadi awal2 fikir kenapa lah tanya mcam ni, tapi bila ckp lepas spm. baru faham. sy sorry juga, tak pe, kita sama2 belajar. saya sampai sekrang pun masih lagi duk godek godek resume untuk buatkan resume saya paling menyerlah..
saya budak baru lepas spm.. ade tawaran kerja yg sy nk isi dia memerlukan resume – buat elok2 ya.. x jelas, boleh tinggalkan comment sini atau email saya..
cara encik tunjuk di atas ty.. sunggyh berkesan bagi saya..terima kasih.. sy boleh ikut . – terima kasih
Sy baru habis SPM . Sijil ii yang lain kene photostat ke atau bagi yang original ? 👍🏻✨
hehe, bagi la photostat la dek
Saya lepasan Diploma dari uitm. Saya baru sahaja habis peperiksaan akhir. Saya kini ingin mencari kerja menggunakan sijil spm saya. Saya pernah bekerja selama sebulan (semester break) di sebuah kilang elektronik sebagai operator. Persoalannya, dekat bahagian employment history, saya letak kilang tempat yang saya pernah bekerja. Tapi saya tak tahu nak letak apa untuk “reference”. Adakah saya patut tinggalkan kosong?
Saadah nak apply level SPM kenapa? Diploma?
Untuk referrence, boleh letak nama PA masa study dulu. Nama lecturer yang rapat dengan awak, nama supervisor yang awak kerja satu bulan tu..
Maaf saya tumpang mencelah sebab situasi Cik Saadah lebih kurang sama dengan saya. Saya pun baru habis diploma tapi belum convo lagi. Kira macam baru habis sem terakhir. Kawan2 semua sambung degree jadi mereka takde masalah tapi saya nak terus kerja dan kalau nak tunggu lepas convo baru apply memang lambat jadi macam mana resume saya kena buat ye? masih keliru nak pakai spm or diploma
benda ni sebenarnya, hal yang tersangat kecik pun. awak apply je guna diploma. nnt bila temuduga, awak cakap je la tengah tunggu konvo.
yang maslah nya kalau awak apply guna SPM.. rugi la macam tu…
Maaf, tumpang tanya. Boleh ke apply guna diploma walaupun result utk sem akhir belum keluar?
syahirah. boleh je, pointer pun dah tahu kan
salam..sy nk tnya..kalau mcm situasi sy..sy mohon kerja guna spm haritu dlm resume..pastu dpt pnggilan iv..msa dpt tuu sy dh ad diploma..soalan sy..perlukah sy letak higher education sy tuu diploma? ke letak spm je?sbb dia suruh bawak jugak resume time iv nnti😅
Nurul memang niat nak keje lvel SPM ke mcm mne? keje la level diploma, gaji pun lebih..nnt awak pun boleh naik pangkat lagi, jadi assistant engineer and jadi engineer ke mcm mne…
Salam. Saya baru nak sambung belajar. And antara dokumen yang perlu disertakan sekali untuk pendaftaran nanti adlh resume. Persoalan saya..selain daripada butir² diri,latar belakang akademik dan pengalaman kerja. Saya perlu letak apa lagi dlm resume tu ye? Dan lagi satu. Better resume tu dalam bahasa melayu atau English? Ada perbezaan tak? Ni resume untuk sambung belajar.
salam hawa…awak apply apa tu sampai nak resume sambung belajar?
Saya baru habis spm, so dalam tunggu result ni sy nk buat kerja part time tapi sy x tahu nk buat resumd mcm mana yg dah habis spm ni… Kebanyakn sy mohon dlm bahagian housekeeping, restoren dan task. So blh x encik tolong ajar sy mcm mana nak buat.?
buat partime?
Nak tanya kalau tk ambik spm bolej ke buat resume?
boleh je, tapi nak buat untuk apa tu? sebab kebanyakan kerja kosong yang tak level SPM ni tak perlu pun hntar resume awak. awk datng kilang tu, masuk malam cakap nk koje jer
kalau nak resume guna telefon android macam ya?
pergi la ke CC tu, merepek sangat la guna henfon
Assalamualaikum, saya skrg ni bru habis peperiksaan akhir sem satu bg diploma. Then saya dpt iv.. saya prlukan resume. Dlm resume tu saya prlu cita smpai spm atau diploma? Sdgkan diploma pon Saya tk habis lg.. kputusan periksaan pon blum kluar. Jd apa ja yg prlu saya cita dlm resume ? Terima kasih atas respon.
Fatihah dapat interview kerja apa pulak. bukan memang tengah belajar ker.. baru sem 1 tu kan
Hello.. Kalau kita isi jawatn kontrak dn hnya mmerlukan spm jer, level spm.. Blh ker dlm resume tu letak lulusan diploma.. Ker prlu lulusan spm je
tulis diploma.. tak kan nak tulis spm , rugi ler gitu
Hello,macam mane kalau saya taraf spm je tapi takde diploma n then nk apply kerja acane
boleh je izaty try kerja yang level spm