Contoh Rancangan Perniagaan Dobi

Perniagaan dobi, kalau betul pada tempat nya memang akan nampak pulangan yang berbaloi. Padanlah, kalau anda lihat, hampir di mana mana pun, ada sahaja kedai dbi 24 jam di buka. Kenapa boleh dibuka? Dan kenapa masih kekal dibuka? Sudah pasti disebabkan kestabila keuntungan yang diraih.

Cara Terbaik Untuk Memulakan Perniagaan Dobi.

Ialah dengan anda menguruskan semuanya sendiri. Bukan perli ni, tapi memang kalau anda ini memang seorang berkebolehan. Apa salah nya uruskan sendiri semua. Tapi itu lah, tak semua orang punyai masa dan kemahiran yang tertentu.

Tambah lagi perpaipan yang dikenakan pada kedai dobi 24 jam dan jenis mesin basuh nya agak berbeza dan tertutup sedikit berbanding dengan mesin dobi kita yang biasa di rumah.

Jadi, seseorang yang memang mahir dalam penyelenggaran mesin basuh seperti ini dan sistem kedai dobi sangat diperlukan.

Lagipun, kebanyakan mereka yang memilih perniagaan dobi ialah mereka yang sudah pencen yang sudah ada wang simpanan yang besar. Yang sememangnya hanya memilih perniagaan ini untuk seakan bisnes sampingan dan tambahan pelaburan sahaja. daripada duduk rumah selepas pencen tak buat apa, baik bina satu perniagaan atau platform untuk anda terus jana duit kan?

Contoh, macam isteri saya sendiri. Tapi bukan isteri saya, tapi rakan sekerjanya yang sudah pencen. Sebelum beliau start bisnes dobi, ada juga beberapa perniagaan lain yang beliau cuba. Sebelum akhirnya, beralih ke perniagaan dobi ni, dan hanya datang untuk kutip duit pulangan sahaja.

Dan semua ini, jadi mudah untuk beliau kalau ada kerjasama dengan syarikat yang memang berpengalaman dalam bidang ini.

Sistem Bijakomp

Di Malaysia ini, ada banyak company yang memang khas dalam bidang ini yang boleh anda rujuk untuk bantu anda. Pendek cerita, tugas anda, hanya dapatkan modal sahaja, tentukan berapa mesin basuh dan pengering yang anda nak, mengikut keluasan kedai lah juga ya, dan tentukan apa jenis kemudahan lain yang anda nak ada di kedai dobi anda.

Maksud saya, kemudahan lain itu ialah seperti Vending machine untuk buat air contohnya.

Semua ini anda, tentukan sendiri. Mungkin juga perlu rujuk pada package yang telah pun disediakan oleh pihak pengurusan kedai dobi yang salah satunya ialah Sitem Bijakomp.

Anda boleh rujuk sitem bijakomp ini di sini, saya akan kongsikan berapa mesin yang perlu, mengikut kepada berapa budget yang anda boleh bagi..

Kedudukan Terbaik Untuk Kedai Dobi

Dalam Sistem Bijakomp sendiri, memang ada ditekankan, beberapa faktor yang buatkan perniagaan dobi anda dikatakan berada pada lokasi yang strategik.

Faktor faktor tersebut ialah:

  1. kawasan kilang yang banyak pekerja
  2. kawasan percutian
  3. kawasan perumahan
  4. ada juga kedai dobi yang berhampiran
  5. kedudukan kedai yang berhadapan dengan jalan utama

Hari Hari Peak

Kalau di Kelantan yang lalu, secara tiba tiba air tiada diseluruh banyak kawasan walaupun hujan lebat. Dan kedai dobi ni, memang penuh dan sarat dengan pengguna.

Time time macam ini lah, keuntungan kedai dobi akan berlipat kali ganda. Tapi ingat, jangan pula harapkan kerugina orang lain untuk keuntungan anda. Kesian pula diorang tiada air, boleh basuh baju, tapi tak boleh basuh badan.

Ada sahaja hari lain yang peak, seperti contoh hari minggu dan masa cuti sekolah. Tambah lagi kalau di kampung kampung, yang banyak nya sanak saudara pulang ke kampung. Dan pastinya akan singgah ke mana mana kedai dobi berhampiran.

Jangan sia siakan hari hari peak ini. Ini peluang anda untuk raih keuntungan yang lebih. Pastikan anda sedia di telefon seandainya ada orang yang buat panggilan sekiranya ada mesin basuh yang rosak secara tiba tiba.

Pernah jadi kat saya sebenarnya, mesin basuh yang saya guna tiba tiba rosak. Sedangkan duit saya sudah masuk. Ada yang kes lain, siap baju yang dah masuk, tapi token atau syiling sudah tidak boleh didapatkan lagi.

Memang akan ada macam macam masalah nanti..

Tapi dengan Sistem Bijakomp yang saya kongsikan di atas tadi, semua nya mudah, sebab anda hanya perlu call service technician sahaja. nanti diorang akan berpusu pusu datang selamat kan keuntungan anda.

Keadaan Yang Mengganggu Keuntungan Anda

Sememangnya, masalah yang paling utama ialah mesin rosak. Baik untuk yang membasuh, atau pun mesin yang bahagian pengering.

Mesin Rosak

Memang selalu rosak. Lagi sakit kalau kita tengok guna time tu la nak rosak. Masalah macam ni, tak lain tak bukan untuk tackle ialah anda kena sentiasa alert. Kalau anda perasan, mana mana kedai dobi pun mesti akan letak nombor telefon owner. So ini pun nanti anda akan lakukan supaya lebih responsive dengan masalah pelanggan anda.

Walaupun bisnes perniagaan kedai dobi ini direka bercirikan layan diri. Kiranya semuanya dilakukan oleh pelanggan sendiri, tapi tak bermakna anda perlu letakkan 100% tanggungjawabnya begitu. Sebaliknya, anda perlu sentiasa bersedia akan panggilan yang dibuat oleh pelanggan.

Kalau anda rajin angkat call, anda pun bergegas datang untuk bantu pelanggan anda, insyaAllah mereka akan datang lagi.

Kurang coin

Ada setengah sistem kedai dobi gunakan duit syiling, ada yang menggunakan sistem token. Kalau ada yang gunakan sistem syiling dan tiba tiba mesin rosak. Ok lah, duit masih boleh digunakan lagi. Tapi kalau sitem token, nak sumbat mana token tu kalau mesin dah rosak?

Sebenarnya, masalah yang difikirkan oleh pelanggan ini boleh diatasi kalau anda responsive dengan masalah pelanggan. Hargai meraka..

Tapi, antara masalah lain yang biasa berlaku pada saya sendiri juga ialah kurang coin atau duit syiling untuk ditukar. Kadang kadang, saya terpaksa, pastikan boleh tukar duit dahulu, baru ambil baju dari bonet kereta dan masukkan dalam mesin.

Kalau tak, habis sia sia sahaja.

Tak ada orang jaga

Kalau di area Kulim ni, saya tak nampak sangat. Tapi kalau di Kelantan. Ada kedai dobi yang dijaga oleh seorang penyelenggara. Kebanyakannya wanita. Tugas nya, hanya bantu customer untuk masuk kan, keluarkan baju, masuk pada pengering, jaga kebersihan dobi dan sebagainya.

Itu sahaja. memang simple tugas nya.

Tapi sangat berguna. Sebab anda boleh tambah keuntungan secara tak sengaja.

Maksud saya macam ni, kita yang hantar dobi ni, untuk kering memang perlukan masa dalam 25 minit lebih kurang, dan baju itu nanti akan dikeluarkan dan masuk ke bahagian pengering pula, dan ambil masa lagi 20 hingga 25 minit.

Sekarang cuba fikir, aga agak betapa ramai yang rasa malasnya nak tunggu. Baik aq masuk sekali, dan terus pergi mana mana, makan je contohnya, dan hanya ambil bila sudah kering sahaja.

Ramai kan yang mahu macam ni?

Dan di sini lah, tugas wanita tadi akan jadi sangat berguna.

Dan anda mungkin boleh buat cas tambahan sebab bantu pelanggan uruskan masa mereka dengan baik.

Kalau 1 kali pertolongan, mungkin sudah ambil 2 hingga 3 ringgit. Kalau 10x customer, mungkin sudah dapat 30 ringgit dalam tangan. Silap silap, anda boleh bayar terus gaji si pembantu yang berada di dobi ini.

Kedai anda pun akan lebih terjamin, sebab wanita ini akan jaga.

The following two tabs change content below.
Saya tahu, bukan nak senang nak cari kerja. Tp sangat senang kalau anda tahu cara nya. Itu sebab saya sediakan SayaShare ni. Untuk berkongsi kenapa saya cakap ia tak sesukar yang anda sangkakan. Kenali saya di Biodata Saya, dan 7 tahun pengalaman kerja saya.Untuk apa masalah, boleh contact saya di sini, atau tinggalkan comment di bawah…InsyaAllah saya akan reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *