RM 2000 cukup tak sebulan? Gaji minima RM 1000 tu cukup tak sebulan bila da bekerja nanti?
Ok lah. Jum kira sama sama.
Kita bahagikan kepada beberapa kategori lah. Sebab ada yang lebih selesa duk dengan family kan. Untuk yang pempuan, memang elok pun. Jangan gatai gatai nak merantau.
OK lah, kita mula…
Bila Dah Habis Belajar, Graduate, mesti nak beli motor dahulu.
Kalau dah lama lama mesti pakai kereta kan
Mana Yang Nak Share Rumah Sewa!!!
Tambah lagi 200 + 100 untuk duit bil umah, di atas
Pendek kata, 2000 habiskan bulanan? Bila nak menyimpan ni?
Tak pe BRO, Motor, lepas 2 tahun setel bayar.
Kereta?…erm. Lepas 9 tahun….
Normally, kalau anda ambil kereta awal.
Atau 2 3 tahun lepas grad. Umur 30 – 34 baru kereta akan habis
Masa tu, happy tak? Sorri ya.
Ada lagi benda nak kena bayar. RUMAH…
Untuk 200k rumah, bulanan lebih kurang RM 800 sebulan.
Baru baru ni, kawan saya buat rumah yang total harga lebih kurang 250k. Bulanan? Lebih kurang dalam seribu ringgit sebulan. Selama 30 tahun lebih kurang…
So…..
OK?
Itu la lebih kurang kos yang kita semua perlu tangguh. Yang cukup cukup, yang tak cukup, pandai pandai la buat jadi cukup.. InsyaAllah rezeki akan ada. Mungkin tak berupa duit, tapi yang berbentuk lain…
Motif Perkongsian Saya Ialah…
Nak tak nak, anda mesti dapatkan bulanan RM 2000 sebulan kalau nak dapat belanja dengan baik dan tak terlampau sengket sangat.
Nak buat OT lebih ke, kerja sampai 2x di dua tempat ke. Itu awak punya pasal. Yang penting, lepas graduate. Mesti cepat cepat dapatkan bulanan RM 2000 supaya perbelanjaan anda setiap bulan tak short sana sini…
Saya sendiri, masa mula mula fresh kerja..
Gaji saya 1000..
Lepas 5 bulan, saya kene buang, lama lama lepas tu, saya kerja promoter. Gaji RM 200 lebih kurang dalam sebulan. Memang sebulan sahaja pun saya kerja kat company tu.
Lepas sebulan saya berhenti, saya kerja sebagai operator pula. Gaji lebih kurang dalam 700 sebulan. Saya kerja lebih kurang dalam 4 bulan kalau tak silap. Lepas tu bos tahu saya ada Diploma. Terus dia rekomen untuk masukkan saya kat kilang dia yang lagi satu, sebagai technician.
Masa tu gaji saya RM 1 200.
Dari mula saya kerja sampai sekarang yang dah gaji RM 1 200, duit poket saya masih lagi belum stabil tau.
Lama lama kerja sebagai technician yang gaji RM 1 200.
Akhirnya saya masuk ke kilang yang lebih besar sikit.
Dengan basic RM 1 500, dan bila saya OT saya boleh dapat sampai RM 2 500.
Time ni lah, baru saya boleh simpan RM 1 000 sebulan. Pernah juga saya simpan sampai RM 1 500.
Boleh simpan, tapi saya boros juga…tapi tak pe lah, ini cerita lain..
Apa yang saya nak bagi tahu, sejak dari 2009 graduate, masa tu umur saya 21.
Ngangur punya ngangur..
Keje pun main sapu sahaja apa yang ada..
Umur 24 baru la saya dapat rasa selesa sikit…kiranya, umur 24 lah yang baru saya dapat kerja basi RM 1 500 dan bila OT dah boleh capai sampai RM 2 500 tu…
Time ni lah baru selesa sikit…
Sampai sekarang, time saya tulis artikel ni. Umur saya dah 29…
Basic saya dalam RM 2 142, dan bila OT saya boleh pergi dalam RM 4 000.
Kalau nak dapat RM 3 500 ni normal..
Salu juga saya dapat sampai close to RM 5 000.
Alhamdullillah..ini semua nikmat Allah pinjam kan.
OK..itu lah lebih kurang, kos yang korang budak budak kecik yang tengah belajar ni akan harungi nya nanti. Dan sedikit perkongsian bagaimana saya deal dengan masalah perbelanjaan yang tak cukup tu..
Kalau korang perasan, saya hanya dapat duit bulanan melebihi RM 2 000 bila umur 24 kan. Lepas 3 tahun graduate…
TAK OK ni…yang terbaik adalah sebaik sahaja graduate terus saya dapat basic RM 2 000.
Dan sekarang, saya nak kongsikan cara yang adik adik boleh apply dan guna supaya dapat earning dengan cepat kepada RM 2 000 sebulan sebaik sahaja, masuk ke alam pekerjaan ni..
ALARM..
Saya dah buang artikel ni ke artikel tajuk baru, sebab panjang sangat. Korang boleh beralih ke artikel yang bertajuk, cara nak dapatkan gaji sekurang kurang nya RM 2 000 secepat mungkin..
Latest posts by Syed Shaff (see all)
- Ada Degree Tapi Kerja Kerani - July 26, 2020
- Permohonan Kad Kredit Online - June 14, 2019
- Mohon Kad Kredit Tanpa Slip Gaji - June 14, 2019
- Kad Kredit Untuk Gaji Rendah - June 14, 2019
- 11 Senarai Kad Kredit Terbaik Malaysia [ Update 2019 ] - June 14, 2019