Cara Nak Dapatkan Gaji RM 2 000 secepat mungkin….

Saya ada 3 idea untuk korang, adik adik dapatkan gaji RM 2 000 secepat mungkin…

Ok, nak dijadikan cerita. Sebelum ni saya ada buat satu artikel tajuk nya, bila da kerja, berapa ribu gaji yang korang patut cari.

Dan selepas saya list kan juga macam macam keperluan, contoh macam rumah, kereta, harga motor bulanan. Bil untuk beli makanan dan belanja semua. Total nya macam lebih kurang perlukan RM 2 000 sebulan..

Korang boleh tengok artikel tu sendiri di sini, berapa ribu gaji nak cari sebulan

Dan sekarang, saya nak kongsikan 3 idea yang korang, adik adik boleh buat supaya boleh tackle masalah ni..

Saya ambil masa 3 tahun baru berjaya tau. Sebab diploma…

Idea Pertama – Belajar At Least Ijazah Sarjana Muda

Ya..ini dia, ini idea yang paling utama dan bagus korang buat..belajar sampai degree atau sekurang ijazah sarjana muda..

Tapi…

JANGAN DUK FIKIR, KALAU 1000 ORANG BUAT, BUKANNYA SEMUA DAPAT KERJA.

Dekat blog saya, saya-share.com ni. Saya tak galakkan pelawat saya ada pemikiran sengket macam tu. Dapat ke keje atau tak dapat keja, bukan kita yang tentukan. Ada rezeki ada, kalau tak da insyaAllah kita akan dapat kat tempat lain

So belajar sampai degree akan memudah dan mempercepatkan proses korang dapat earning at least 2k sebulan.

Sebab, contoh macam kilang saya, degree holder yang start koje, akan dapat basic starting RM 2 800.

Idea Kedua – Kena Buat OT Macam Saya

Kelulusan diploma macam saya pun boleh, tapi itu lah. Bukan semua company macam ni, plus saya kena OT baru boleh dapat lebih…

Walaupun basic RM 1 500 pun boleh pergi sampai RM 2 500 kalau betul kilang nya..

Sekarang basic saya RM 2 142, dan kalau OT leh sampai RM 3 500. Kalau rajin boleh sampai RM 4 000. Kalau betul betul time banyak public holiday, lagi banyak. Biasa mesti akan pergi sampai RM 5 000. Contoh macam yang saya plan untuk awal tahun 2018 ni.

Bulan December, Januari dan February memang saya plan nak pulun OT. Sebab 3 bulan ni banyak public holiday.

Bulan ke 3, march, saya akan stop sekejap. Sebab kurang public holiday. Bulan April akan start buat OT gila gila balik. Mei dan June mungkin tak berapa sangat sebab bulan puasa kan.

Ini lah yang saya buat setiap kali masuk bulan baru. Duk plan berapa OT yang boleh saya buat..

Tak pe lah. Kita pergi ke IDEA yang kedua.

Idea 3 – Berniaga

Ini best. Saya sendiri ada buat. Walaupun nak belajar perlukan agak banyak juga modal. Tapi tak apa, saya kuatkan pendirian juga untuk keluarkan duit dan belajar.

Sebab saya memang tak rasa akan OT gila gila lagi. So saya plan, tahun 2018 adalah tahun perhitungan antara saya dengan perniagaan yang saya tengah usahakan sekarang ya..

insyaAllah, saya akan update dalam blog ni dan kongsikan pada anda semua.

Idea 4 – Buat dua kerja

Ini pun boleh kata paling mudah juga. kiranya siang korang kerja macam biasa. Malam tu mungkin tolong kawan niaga burger ke. Atau kerja kedai mamak..

Pun boleh juga…

Baiklah, saya rasa itu sahaja

Agak agak mana option dari 4 ni yang korang pilih?

The following two tabs change content below.
Saya tahu, bukan nak senang nak cari kerja. Tp sangat senang kalau anda tahu cara nya. Itu sebab saya sediakan SayaShare ni. Untuk berkongsi kenapa saya cakap ia tak sesukar yang anda sangkakan. Kenali saya di Biodata Saya, dan 7 tahun pengalaman kerja saya.Untuk apa masalah, boleh contact saya di sini, atau tinggalkan comment di bawah…InsyaAllah saya akan reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *