3 Level – Cara Nak Pilih Company Untuk Apply Kerja.

image_pdfDownloadimage_printPrint

Pada pendapat saya, company yang bagus, atau yang setengah orang kita cakap, boleh kerja sampai mati. Adalah company yang ada dua faktor penting bawah ni:

  1. company yang dah establish
  2. dan bos yang bagus

Kalau benefit baik, tapi bos macam hampeh. Memang payah. Kadang, bagi saya, biar benefit tak berapa nak OK, tapi syukurlah ada bos yang bagus.

Untuk ciri ciri bos yang bagus, lain kali kita sembang.

Untuk artikel ni, saya nak kongsikan ciri pertama company yang bagus untuk anda kerja sahaja.

Maksud Saya Dengan Company Yg Established

Company yang dah establish ni adalah company Level 2 dan Level 3 sahaja.

Saya ni kan, graduated dari Universiti Malaysia Pahang, sejak 2009. Masa tu, kalau tak silap batch yang saya gred ni tak sampai pun 5x lagi. Kira nak bagi tahu memang awal sangatlah lagi UMP ditubuhkan. Even UMP tu dulu namanya bukan UMP, tapi Kolej Universiti Kejuruteraan Teknologi Malaysia. Lupa dah saya singkatan kepada apa, KUKTEM kot.

Kalau tak silap, tukar kepada UMP masa saya semester ke 2 di sana.

So saya grad 2009, sampailah sekarang saya tulis artikel ni 2021.

2021 – 2009 = 12 tahun.

So sepanjang 12 tahun saya di alam pekerjaan ni, apa yang saya boleh nampak, company tempat kita kerja ni boleh kata ada dalam 3 peringkat, atau 3 level.

  • Level 1 – Industri Kecil dan Sederhana
  • Level 2 – Industri Besar dan Berat
  • Level 3 – Company Level Bursa

Kenapa ada 3 level? Sengaja saya buat 3 level ni sebab saya nak bezakan level gaji di setiap company. So kalau kita tahu company tu level apa, insyaAllah kita juga boleh agak dah berapa gaji yang company ni boleh bagi, dan berapa gaji yang kita boleh demand bila apply kerja nanti.

So itulah tujuannya – untuk kita ada ilmu sikit dalam mengecam company apa yang terbaik untuk kita bekerja.

Tapi, kena ingat juga. Walaupun company best, gaji besar gila pig, tapi bos macam taek pun tak guna juga. So 2 perkara ni kena seiring.

Kecuali kalau anda memang kental, aku tak peduli bos macam mana pun, janji masyuk. Pun boleh juga, tapi percayalah, korang tak akan tahan lama. Lebih baik kita cari tempat kerja yang best, happy, kawan kawan sekeliling pun supportive, tak ada nak hasad dengki.

Macam wife saya, tak pasal kena sihir. So cari tempat yang best kerja tau.

Masa tu barulah, insyaAllah kita akan rasa best kerja dan lebih mudah untuk kita cari rezeki.

Sebelum saya pergi lebih detail ulasan kepada 3 Level di atas, saya nak jemput anda semua juga untuk baca artikel lagi satu. Berkenaan ciri ciri company yang patut anda pilih untuk apply kerja. So kita dah tahu ciri pertama adalah level company, nanti di artikel sana, saya akan mula dengan ciri ke dua.

sdasda

Blog ni saya mula tulis masa 2016 lagi. Saya cover topik dari mula anda nak sambung belajar, cara nak cari tempat praktikal, nak cari kerja tetap, dan hinggalah ke tahap bagaimana nak uruskan kewangan. Moga perkongsian saya memberi manfaat. Tolong tinggalkan komen ya, kalau rajin. InsyaAllah saya akan reply.

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer