Bantuan Kewangan Ibu Tunggal

image_pdfDownloadimage_printPrint

Seperti yang semua tahu, saya ni tinggal di Kulim, buat sementara, wife pula di Kelantan. So kami ni PJJ nak masuk 2 tahun dah. saya yang PJJ 2 tahun ni pun dah terasa seksanya, apatah lagi buat ibu tunggal yang terpaksa harungi nya semua sendiri.

Harapkan keluarga je la pun yang boleh bagi bantuan dan sokongan.

Sepanjang hidup saya, memang banyak la ibu tunggal yang saya kenal kan. Ada yang anak satu dan beberapa juga lah. Tapi, yang paling saya kenal rapat sebab satu kilang dulu iailah satu orang ibu tunggal ni yang ada 3 orang anak. Dah besar juga lah anak nya, suami meninggal sebab kemalangan jalan raya.

So, bila saya sembang dengan si dia ni, mula mula, memang nampak macam OK. Gelak gelak kan, tapi itu lah. Bila sudah lama lama, saya dapat bayangkan susah nya sebab terpaksa harungi nya sorang sorang. Tapi kawan saya ni pandai juga, dia ada dapatkan bantuan kewangan daripada JKM.

Anak dia 3 orang, so sorang RM 300. Ada la dalam RM 900 sebulan. OK lah tu kan, tak pasti bantuan ni sampai bila. Apa apa pun, alhamdullillah sebab bantuan RM 900 ni. Rasanya lepas juga la kalau nak makan minum semua kan. Lagi pula kawan saya ni duk dengan family. Jadi insyaAllah lah boleh catu catu sikit.

Oh ya, kawan saya ni juga ada kerja. Rasanya gaji dia dalam RM 1800 juga sebulan. Kalau full OT. Lain lain komitmen saya tak pasti, tapi itu tak kesah lah. Apa yang kita nak bincangkan hanya lah bantuan untuk ibu tunggal ni.

Oh ya, kalau anda ibu tunggal, dan berminat dengan cara buat duit hasil daripada blogging, boleh whatsapp saya ya. InsyaAllah saya akan bantu gila gila punya. Kalau anda nak belajar coaching mungkin ambil 600 ringgit paling kurang. Entah entah itu untuk belajar buat blog sahaja, untuk teknik promosi blog, dapatkan pelawat semua, mungkin lagi ratus ratus, dengan saya. InsyaAllah saya akan bantu pada harga yang sangat sangat rendah…

Berbalik kepada bantuan kewangan JKM ni, atau Jabatan Kebajikan Malaysia

Siapakah Yang Layak Menerima Bantuan JKM?

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pendapatan keluarga di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa
  3. Golongan yang tidak berkemampuan.

Definisi golongan tidak berkemampuan ni agak menyeluruh, seperti mungkin bukan ibu tunggal tapi suami OKU ke contohnya, mungkin isi rumah terlampau ramai daripada kemampuan jumlah pendapatan keluarga. Kelengkapan rumah juga boleh diambil kira.

Untuk faktor no 2, iaitu apa pula yang dimaksudkan dengan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) – sebenarnya anda boleh download definisi penuhnya di sini, Download Now. Tapi kalau saya boleh pendekkan, maksudnya ialah kewangan keluarga tu, mampu tampung keperluan asas makanan yang berzat sahaja untuk keluarga. Dan keperluan asas seperti kasut sekolah, sewa rumah dan sebagainya sahaja. ibaratnya, kalau tak mampu beli makanan yang berzat, dan juga keperluan sekolah anak anak, kira layak lah tu kot.

Tak pe tak pe, anda boleh contact atau pergi ke JKM ni nanti untuk bertanya… DI bawah, saya ada kongsikan di mana anda boleh dapatkan alamat pejabat JKM untuk setiap negeri.

Seterusnya ialah

Cara untuk buat Permohonan

Boleh download borang di website, atau pun anda boleh terus pergi ke mana mana cawangan JKM seluruh negara. Ikutkan di website JKM, cawangan meraka ni ada di UTC juga. boleh semak di link yang saya sediakan di bawah ini juga.

Untuk Pejabat JKM setiap negeri…

Boleh pergi ke link di bawah, dan terus klik negeri mana yang anda berada..

Oh ya, bantuan JKM ni terbahagi kepada dua kalau tak silap saya, JKM Negeri dan Persekutuan. Rate nya pun sudah lain kalau tak silap. Nanti kalau anda pergi, boleh tanya kan hal ini ya. Jangan lupa, datang balik page ni tinggalkan komen. Saya nak tahu juga apa cerita.

Berikut adalah antara saluran lain yang anda sebagai ibu tunggal boleh dapatkan bantuan

https://www.kpwkm.gov.my/kpwkm/index.php?r=portal/fullpage&id=WWlWRyt2M0JxZnNsK1JTL1UxYUtXdz09

https://www.malaysia.gov.my/public/cms/article/page/552/

Blog ni saya mula tulis masa 2016 lagi. Saya cover topik dari mula anda nak sambung belajar, cara nak cari tempat praktikal, nak cari kerja tetap, dan hinggalah ke tahap bagaimana nak uruskan kewangan. Moga perkongsian saya memberi manfaat. Tolong tinggalkan komen ya, kalau rajin. InsyaAllah saya akan reply.

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer