Alhamdullillah, hari ni saya happy. Saya dah lama dah rasa benda ni haram. Tapi tak berani lah nak kata hkum haram memandangkan saya ni siapa.
So kalau orang orang tanya, saya hanya boleh cakap tak elok atau tak cantik sahaja.
Tapi baru tadi. Alhamdullillah, masa tengah dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus, beliau ada cakap hukumnya perniagaan yang seperti ini adalah haram.
Perniagaan yang macam mana?
Sebenarnya benda ni sudah dikupas oleh Ustaz Zaharuddin, tapi saya terlepas referrence nya. Yang mengatakan, kalau kita berniaga duit tak boleh didagangkan untuk dapatkan semula duit. Kiranya beli, duit untuk dapat duit. Dagang duit untuk dapat duit. Yang merujuk pada Forex. So hukum nya haram.
Lagi yang kedua dari ketiga, sebelum kita pergi pada penerangan Ustaz Azhar Idrus. Ada lagi sorang ustaz ( saya sudah lupa nama ) cakap:
Kalau MLM, kaut keuntungan sekadar daripada wang pendaftaran orang baru. Atau pun focus keuntungannya lebih kepada kalau dapat orang bawah lagi diutamakan. Hukumnya pun HARAM
Walaupun sistem MLM ini ada PRODUK.
Baca elok elok ya.
Saya ulang sekali lagi.
MLM jadi tak haram atau betul hukumnya, bila ia utamakan produk.
Dan walaupun produknya ada, tapi seperti tak diutamakan, margin keuntungan lebih pada nak beri focus pada pendaftaran baru.
HUKUMNYA HARAM….
Hati hati ya..di Malaysia, terlampau banyak macam ni.
Terlampau banyak sangat yang menipu. Dan bila orang nasihat, masing masing akan melenting sebab kacau periuk nasi diorang.
FOREX pun sama. Ustaz dah cakap terus terang haram. So bawak bawak la mengucap. Tak baik, ustaz cakap benda tu bukan untuk dia. Tapi untuk kita diakhirat nanti. Ni korang dengan berani nya kutuk Ustaz tu pula. Adoi….
Makin lama memang makin berani + teruk masyarakat kita sekarang.
Itu sebab, dalam blog sayashare.com saya ni. Mula nya plan nak sembang tips cari kerja dan kewangan. Tapi ada elok nya, saya buat lagi satu kategori, ‘Agamaku‘ memandangkan, dalam setiap topik apa sekali pun. Kita tak boleh lari dari berlandaskan agama.
Ok. Setel dekat dua pendapat. Pendapat seterusnya dari Ustaz Azhar Idrus sendiri.
Rasanya tak sesuai juga kalau saya cakap ‘pendapat’. Sebab ustaz ni pun bukan cakap dari hati sendiri. So lebih tepat kalau klas kan ia sebagai ‘hukum’.
Dan untuk Ustaz Azhar Idrus
https://www.youtube.com/watch?v=sofaMFuw-gc
yang elok dengar semua. Tak lama pun, dalam 20 minit sahaja. Banyak lagi bahagian lain yang Ustaz cover. Tapi kalau memang nak terus dengar pada focus kita dalam artikel ni, anda boleh terus pergi ke minit 10.06
Dan Kesimpulannya.
Buat sapa sapa yang internet slow. Ini saya ada kongsikan apa yang Ustaz Azhar Idrus cakap.
Kalau ambil keuntungan hasil daripada pendaftaran orang, bagi dengan dekat orang bawah. Orang atas pun dapat. ini bukan bisnes namanya, hukum nya HARAM
Ini pendapat saya pula..
Sekarang cuba fikir elok elok. Keuntungan diraih daripada pendaftaran cari orang sahaja. Sudah la macam tu pula, lepas tu orang atas pun dapat sekali tanpa apa apa sebab.
Kalau ada yang kata, diorang layak dapat sebab selalu ajar anda, bagi follow up semua. So diorang layak dapat, bagi saya itu semua BODOH.
Mindset pun sudah jadi problem sebab dah jadi redho diperlalukan macam tu.
Tak semene mene sahaja.
Perasan tak, dekat facebook. Salau ada yang jenis jenis macam ni.
Derma10, derma20. Cari orang orang derma 20, dalam 5 orang kita dapat sikit. Sistem software yang jalan kan MLM tu dapat sikit. Ini pun lagi satu kepala bana.
Saya pun tak faham lah kenapa ada orang nak buang masa dengan benda ni. kesian, kawan sendiri sebenarnya tu. kang cakap kang, gaduh pula. So cakap dekat blog sahaja lah.
Hati hati lah..
Oh ya. Saya buat bisnes online sejak dari 2008. So saya boleh kata tersangat tahu dengan online marketing ni macam mana.
So, saya bebas untuk anda soal dan tanya pendapat mana mana bisnes yang anda rasa macam nak join.
Email saya, nanti saya akan reply..
Saya tak berat sebelah tau. Saya pun langsung tak promote apa apa bisnes saya kat blog ni pun. Blog ni saya buat khas untuk beri pendapat, pandangan saya….
Boleh email saya, nanti saya reply…
OK lah. Saya rasa itu sahaja.
Harap anda semua lebih jelas.
INGAT!!! Nak bagi makan anak bini ni bukan sekadar duit sahaja pikir. Sumber duit pun kena tahu juga…