Resume Cantik Sahaja tak guna, tapi cara nya tulis tak betul

  • Anda mesti belajar untuk buat ayat yang menarik perhatian dan focus orang lain untuk baca.
  • pastikan setiap ayat yang anda hasilkan bertujuan untuk menaikkan prestasi career atau personality diri
  • pastikan anda refer requirement kerjaya yang nak dipohon, jadikan sebagai main point resume yang anda nak hasilkan..

INGAT!!!
Ayat yang anda tulis, bukan setakat buatkan orang suka nak baca, malah diorang pun rasa kagum dengan kelebihan yang anda ada.

JANGAN RISAU, mudah sahaja, tak perlu perah otak sampai jadi brain cancer pun.

Kita guna formula sahaja… Saya kongsikan contoh dahulu, nanti saya bagi tahu apa yang saya maksudkan pada contoh ayat 1 di bawah.

Contoh Ayat 1:

I have experienced in handling lathe machine

ok tak ayat ni? ok la kan. tapi tahu tak, ayat macam ni kalau 800 resume dihantar, hampir semua akan guna ayat yang sama? sama juga dengan point objective, berapa ramai orang guna ayat yang sama? Ramai kan?

Sekarang, saya nak tunjuk macam mana contoh ayat 1, saya boleh ubah jadi nampak lebih baik..

Contoh Ayat 1 Terbaru

I have experienced handling lathe machine to produce XXXX shape

ok tak? sorry lah kalau tak jelas maksud saya. Motif nya, setiap kali anda kongsikan kelebihan, pastikan korang masukkan result daripada kelebihan itu juga. Apa yang kita boleh dapat, jangan pandai handling machine, tapi bila suruh buat kerja dan hands on sendiri blur.

Kenapa perlu macam ni? sebab ia memang sudah menjadi motif utama setiap company. Kelebihan, semua orang ADA, tapi jenis kelebihan dan jenis pengalaman tu lebih berharga. Saya bagi lagi beberapa contoh yang lain untuk jelas kan lebih lagi maksud saya..

I have experienced working in semicon industry from bare wafer until assembly line.

Yang atas ni pun OK juga. Nampak juga cerdik nya kan. Tapi anda kena ingat. Setiap kali anda tulis mana mana perkataan dalam resume, pastikan anda get ready dengan para interviewer yang cuba nak kondem atau sangkal atau nak anda buntikan apa yang tulis dalam resume tu betul.

Maksud saya, jangan kencing sampai hancing. tus tus sudah lah..

ok, kita pergi contoh ke 3 pula.

I have 3 years experienced handling XXX machine

Anda tahu tak, kalau setiap kali anda gunakan nombor untuk menyampaikan sesuatu maklumat, ia akan buatkan orang yang baca tu lebih mudah tangkap? so kenapa tak applikasikan nombor sehabis baik. saya bagi lagi contoh yang berkaitan dengan nombor lagi..

I am able to increase production output up to 202%, even with same work force

Alright? kalau saya tulis point point dalam resume, saya suka gunakan beberapa ayat yang melibatkan nombor. Tapi itu lah, macam saya cakap tadi. Kalau anda tulis apa apa kat resume ni, pastikan anda boleh jawab dan boleh buktikan. Lagi nampak bagus.

Ada juga idea saya buat resume, mana mana point dalam resume yang menampakkan saya ni bagus, dan memang dalam kepala otak saya untuk memang tak sabar dan yakin sangat untuk jawab, BIASA NYA SAYA AKAN BOLD AKAN AYAT TU, UNTUK BAGI INTERVIEWER NAMPAK DAN TANYA SAYA.

Boleh la saya berlakon POWER kan.

Alhamdullillah, kita dah sampai ke point ke 2. Sekarang point 3 ialah anda mesti jelas dengan WORK FLOW…

Kita pergi ke point no 3 – Ketahui Workflow Cari Kerja

The following two tabs change content below.
Saya tahu, bukan nak senang nak cari kerja. Tp sangat senang kalau anda tahu cara nya. Itu sebab saya sediakan SayaShare ni. Untuk berkongsi kenapa saya cakap ia tak sesukar yang anda sangkakan. Kenali saya di Biodata Saya, dan 7 tahun pengalaman kerja saya. Untuk apa masalah, boleh contact saya di sini, atau tinggalkan comment di bawah… InsyaAllah saya akan reply

Latest posts by Syed Shaff (see all)