Sambung Belajar Lepasan SPM [ kenapa sambung ]

image_pdfDownloadimage_printPrint

Dalam tahun lepas, Jabatan Perangkaan ada buat satu survey, dalam survey tu mengatakan 72% pelajar lepasan SPM tak nak sambung belajar.

Yang bagi saya, sangat sangatlah sedih, rugi dan menakutkan. Sebab focus budak budak zaman sekarang dah beralih kepada yang tak bagi impak positif pada masyarakat. Ramai juga tu, 70% peratus.

Ikutkan data 2019, daripada 570K pelajar, 170K sahaja yang nak sambung. Kalau memang disebabkan hal duit tak ada, ataupun ada masalah lain yang tak dapat dielakkan kira OK lagilah. Tapi dalam survey Jabatan Perangkaan itu ada bagi tahu, 3 sebab utama yang saya makin sedih pula untuk tahu.

  1. pertama, sebab rasa pendidikan tak boleh bantu masa depan mereka
  2. lebih berminat dengan cara buat duit yang lebih cepat
  3. lebih berminat nak jadi influencer / youtuber dan yang berkaitan.

Antara satu artikel yang betul betul tembak pemikiran negatif ini adalah yang saya baca di MalaysianInsight. Walaupun pedas, hakikatnya memang macam tu.

Zaman sekarang, orang ramai terpengaruh dengan social media sangat sangat. Paling buruk di TikTok. Menari dapat duit, mak bapak bangga sebab anak pandai menari itu yang paling sedih saya tengok.

Sedangkan segala isi kandungan sweet sweet dalam youtuber melayu ni memang akan rosakan sahsiah masyarakat kita. Kalau kita tak sambung belajar, bidang profesional negara kita pasti akan kurang. Bermaksud, pemabangunan masyarakat pun akan terbantut.

Saya nak kongsikan satu video ni, tentang betapa pentingnya kita mesti sambung belajar. Sambung belajar yang saya kongsikan dari awal hingga sekarang tadi lebih kepada pembangunan masyarakat, Pasti ramai yang tak berapa faham dan rasa ambil berat, tapi tak mengapa.

Dalam video bawah ni, saya akan lebih beri focus dari segi duit sahaja, kenapa kita mesti sambung belajar dari segi duit.

So siapa kata pendidikan tak boleh nak bantu kita bila zaman di alam pekerjaan nanti? Walaupun saya sendiri dalam bidang sales, saya bukan lagi dalam bidang yang saya study dulu. Tapi saya masih lagi bersyukur, alhamdullillah, Allah bukakkan rezeki saya di platform yang lain pula.

Tak salah kalau nak bawa grab, tak salah kalau nak buat delivery lalamove atau Pos Malaysia sekalipun. Tapi kerja kerja yang macam ni, mestilah bersifat sementara. Atau part time sahaja. Atleast kita ada satu punca rezeki lain yang mungkin lebih mudah untuk dapat bulan bulan.

Tapi saya tak kata buat grab itu masalah, cuma saya sendiri kalau bawa motor sampai satu hari, memang penat sebenarnya. Kalau di Bertam, Penang saya perasan ada perempuan juga buat grab. Saya tahu memang ada yang lebih selesa, ada yang rasa lebih mudah sebab semuanya atas sendiri.

Kalau yang memang minat, atau macam salah seorang kawan saya yang lebih selesa kerja guard sebab dia malas nak fikir kena marah dengan bos tiap kali kerja kilang, boleh teruskan.

Cuma, janganlah sampai fikir pendidikan itu tak boleh bantu kita.

Dengan pendidikan sahaja yang boleh buatkan kita ada doctor, nurse, juruterbang, engineer yang buat jalan, engineer yang buat kereta untuk kita dan macam macam lagi. Semuanya hasil daripada pendidikan.

Apa apa pun, saya minta maaf kalau ada yang macam terkasar sikit dengan apa yang saya kongsikan di atas. Saya tak kata kerja selain daripada bidang profesional itu tak bagus, saya sendiri pun masih lagi order menggunakan grab.

Kadang tu boleh je saya beli sendiri, tapi saya masih lagi menggunakan grab supaya kita boleh berkongsi rezeki. Cuma bila sampai fikir tak nak sambung belajar tu memang buat saya pening sikit. haha

Kelebihan Sambung Belajar?

Untuk kelebihan sambung belajar, kalau dalam video yang anda lihat di atas tadi, saya lebih menyentuh kepada faktor kewangan sahaja.

Dimana kita akan dapat lebih banyak duit pada kadar yang lebih cepat berbanding dengan kita hanya belajar sampai lepasan SPM.

Saya juga ada bagi tahu dengan sambung belajar kita boleh kembangkan masyarakat kita seperti dengan adanya daripada kalangan kita yang boleh ada kepakaran doktor, engineer.

Tak adalah semua benda kita nak import.

Tengok macam apa yang berlaku pada Jepun, China, kalau ada documentary mereka buat bangunan atau binaan besar besar, mesti kebanyakan pekerja adalah dikalangan orang mereka juga.

Tengok apa yang berlaku pada app mysejahtera masa kita covid teruk hari tu. Tau tak kos buat app mysejahtera tu berapa? 196 juta untuk 2 tahun. Banyak ke sikit tu? Company base dari Singapore.

Sebut pasal web application base dari Singapore ni, banyak juga yang datang dari sana, Jobstreet, website yang paling utama nak cari kerja pun dari sana. Shopee? dari sana juga.

Kenapa orang Malaysia tak tahu nak buat app ke? Saya guna perkataan Malaysia ya, bukan orang melayu, atleast Indian dan Chinese, atau lain lain pun boleh buat juga. Atleast dari Malaysia, tapi kenapa semua dari sana.

Saya bukan racist, tapi tak ke kita bangga dengan product negara kita sendiri.

Kalau semua app app ni datang dari negara kita sendiri, tak ke ia akan lebih baik baik untuk sahsiah anak anak kita?

Kenapa kita nak guna app dari luar sedangkan itu semua kita boleh buat sendiri, tengok sekarang apa yang kita boleh tengok di facebook. Seram, budak budak pun dah boleh tengok benda pelek pelek keluar dari facebook. Itu baru facebook, tak sembang lagi tiktok yang memang itu sahaja kandungan yang ada.

Kalau kita ada facebook sendiri, nanti kerajaan atau developer itu juga yang untung, sebab facebook sendiri pun sekarang dia ada cakap, keuntungan utama facebook 97.5% daripada facebook ads.  2022 earning dari facebook ads sebanyak 116.6 billion dollar tau.

OK lah, kalau kata 116.6 billion mungkin macam banyak, sebab semua negarakan! Sekarang ni cuba banyakan kalau 1% sahaja datang dari Malaysia. Situ sahaja income dah 1 billion dollar.

Bukan sikit wei 1 billion tu. Tapi itulah, orang kita tiada kesedaran, negara kita pun lebih sibuk dengan politik, alim ulama disekat pula ceramahnya. Menteri pula lebih sokong rakyat main tiktok.

Memang hancur..

Generasi sekarang inilah yang paling penting untuk perkembangan negara kita. App development, web developement, computer engineering ni memang satu course yang bagus.

Kalaulah masa ni boleh beralih semula, memang bidang programminglah saya akan ambil.

Harap adik adik lepasan SPM semua jelas. Betapa pentingnya kita sambung belajar, bukan setakat untuk diri kita, tapi juga untuk masyarakat kita, kepakaran dikalangan orang orang kita.

Kalau nak berniaga silakan, tapi jangan sampai tinggalkan pendidikan.

Blog ni saya mula tulis masa 2016 lagi. Saya cover topik dari mula anda nak sambung belajar, cara nak cari tempat praktikal, nak cari kerja tetap, dan hinggalah ke tahap bagaimana nak uruskan kewangan. Moga perkongsian saya memberi manfaat. Tolong tinggalkan komen ya, kalau rajin. InsyaAllah saya akan reply.

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer