Jawapannya ialah SAMBUNG..
Mana yang berkesampatan dan tiada masalah untuk sambung belajar. Elok lah sambung belajar. Tak ada apa yang nak difikirkan lagi. Seronok belajar ni, korang tak payah penat penat fikir pasal duit apa semua.
Saya dulu, study sampai diploma, alhamdullillah dapat juga sambung degree ( lepas buat rayuan ), tapi terpaksa tolak last minute. Sebab duit tak ada.
Kawan kawan masa diploma duk asik tanya lah, HANG BILA MASUK SYED, TAKE BERAPA?
Saya dengan kecik hati, diam kan diri je la.
So, sangat elok untuk korang semua sambung belajar, dan cuba target untuk capai at least Degree, atau Sarjana Muda.
Kita hidup, insyaAllah la sampai 70 tahun. Kalau jahat sikit orang nya, mungkin lagi panjang umur ( biasa macam tu lah kan, yg baik mati awai ). Daripada 70 tahun tu, masa yang kita set untuk belajar sampai umur 25 sahaja. dan itu sahaja lah masanya yang sesuai pun untuk sambung belajar.
APA KELEBIHAN UTAMA BILA SAMBUNG BELAJAR?
Jawapannya ialah gaji anda akan cepat naik..
Saya sekarang, umur 31 tahun. Gaji basic baru 2 ribu suku. Bergantung kepada tempat juga sebenarnya. Mana yang terbaik, kalau level diploma dah capai gaji RM 2800 masa umur 30 dah cukup bertuah lah tu.
Tapi, kawan saya, yang umur lebih kurang, gaji dah capai RM 8000. Tinggi kan? Ni contoh yang paling berjaya lah ni, saya boleh kata, kalau anda degree dan umur dalam 30, insyaAllah la basic tu akan capai dalam RM 4000 to RM 5000. Kalau pandai main, lagi tinggi pun boleh.
Macam kawan saya yang gaji RM 8000 tu. dulu dia study komputer di UNITEN kot.
Ini kelebihan degree.
Starting diploma baru RM 1500 – ini pun belum tentu
Starting degree RM 2800 – belum tentu juga lah, tapi paling terbaik saya dengar RM 3200, company ECOWorld – https://ecoworld.my/
Kalau RM 2800 mungkin area di Kulim Hi Tech, atau di Penang. Kalau degree level di Ipoh, mungkin dalam RM 2500. RM 2000 worse case yg kawan saya pernah dapat ( ini pun masa tahun 2012, sekrang 2019, harap tak ada dah la lagi )
Diploma, kalau lompat kerja lain, naik gaji dalam RM 500 dah cukup amazing lah tu. saya lompat kilang naik RM 150 sahaja. jadi lah. asalkan tukar kerja.
Tapi kalau degree RM 1000 pun boleh. Kawan saya pernah naik sampai RM 1500.
So ini kelebihan utama Degree. Gaji
Kalau dari segi kerja pula – mungkin bergantung kepada produk dan company juga. Tapi nak lebih mudah faham, skop kerja anda akan lebih khusus. So anda tak akan busy gila babi.
Contoh macam saya, level diploma, atau technician, satu department mesin kena jaga. Saya, dengan lagi 2 orang technician. Tool ada berapa banyak? Dekat 70 mesin pun ada. Entah entah lebih.
Tapi kalau engineer, anda mungkin akan jaga tool dalam 7 sahaja. kerja anda duk tumpu dekat 7 tool ni sahaja. memang rilek sikit lah selalunya.
Kadang kadang saya tengok engineer atas saya sekadar tunjuk muka sahaja, cukup jam 5 balik.
Saya ada macam macam lagi nak cerita pasal kelebihan kalau sambung belajar, berbanding dengan anda terus kerja dan cari duit.
Bukan lah salah. Cuma kalau tak terdesak lah, belajar lah lagi elok.
Tak pe lah, nanti saya buat satu video, susah saya nak kongsikan tulis macam ni.
Nanti kan video nya.
Latest posts by Syed Shaff (see all)
- Ada Degree Tapi Kerja Kerani - July 26, 2020
- Permohonan Kad Kredit Online - June 14, 2019
- Mohon Kad Kredit Tanpa Slip Gaji - June 14, 2019
- Kad Kredit Untuk Gaji Rendah - June 14, 2019
- 11 Senarai Kad Kredit Terbaik Malaysia [ Update 2019 ] - June 14, 2019