Pinjaman Untuk Memulakan Perniagaan

Baru baru ini saya ada hasilkan sebuah artikel khas akan pinjaman yang kita boleh buat untuk perniagaan kecil kecilan kita. Kebanyak bantuan pinjaman perniagaan ini dibantu oleh usahama badan kerajaan, seperti Tekun contohnya.

Tekun, memang agak popular dalam membantu perniagaan bisnes man kecil kecilan seperti kita.

Padanlah kalau, lebih ramai yang ingin mendapatkan bantuan daripada Tekun.

Tapi dalam artikel yang saya hasilkan tempoh hari tu, kita bukan harapkan tekun sahaja. Malah ada banyak lagi agensi agensi lain yang memang boleh bantu kita dari segi kewangan. Ada yang siap tak perlu bayar balik pun ada. Anda hanya perlu rujuk artikel yang saya maksudkan itu ya.

Adakah Saya Juga Harapkan Pinjaman?

Untuk perniagaan saya, pada mulanya. Memang saya ada harapkan untuk dapatkan bantuan pinjaman. Tapi mungkin agak mustahil sebab company ini, company yang baru. Register SSM pun saya belum buat lagi.

Apatah lagi nak buat pinjaman yang kebiasaannya, perlukan bank statement. Bagaimana kalau nak rujuk bank statement, kalau akaun syarikat guna akaun sendiri kan. Nanti bercampur dengan gaji kerja kilang saya pula.

Apa apa pun, yang pasti. Untuk permulaan, saya akan gunakan duit poket saya dahulu. Nanti lama kelamaan. Saya akan cuba dapatkan sponsor daripada pihak pihak berkenaan yang saya rasakan boleh bantu.

InsyaAllah harap dapat lah. Saya cuma perlukan sedikit masa lagi untuk buktikan pada pihak yang sponsor tu team saya mampu buat dahulu..

Oh ya, kalau anda memang merancang untuk membuat pinjaman perniagaan pada agensi kerajaan, saya ada sediakan satu artikel khas untuk anda rujuk. Boleh baca di sini, Pinjaman Perniagaan Untuk Bumiputera

The following two tabs change content below.
Saya tahu, bukan nak senang nak cari kerja. Tp sangat senang kalau anda tahu cara nya. Itu sebab saya sediakan SayaShare ni. Untuk berkongsi kenapa saya cakap ia tak sesukar yang anda sangkakan. Kenali saya di Biodata Saya, dan 7 tahun pengalaman kerja saya.Untuk apa masalah, boleh contact saya di sini, atau tinggalkan comment di bawah…InsyaAllah saya akan reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *