So udah ada pengalaman lah ya..

Biasanya orang yang sudah ada kerja tapi masih lagi nak cari kerja lain sebab :

  1. Nak gaji cepat naik, sebab harapkan tahunan ada lah dalam 100 hengget. Itu pun kalau bertuah. Kalau lompat tempat kerja lain ada juga dalam 300 naik.
  2. Inginkan environment baru, tambah lagi siapa yang dah kerja lama..
  3. Pressure dekat tempat kerja lama, pressure kerja boleh lagi, kalau pressure dari orang memang siapa pun jadi malas kan
  4. Pindah tempat lain, mungkin sebab kahwin ke. Mungkin sebab company shutdown ke, macam saya beberapa tahun lepas.

Saya sendiri, sejak 2012, sampai sekarang ni 2018, sudah 3x tukar kerja.

Sebelum korang apply kerja baru, yang terbaik tempoh pengalaman yang paling minimum untuk apply kerja atau pegang status sebagai orang yang sudah berpengalaman ialah selama 3 tahun

1 tahun, terlampau awal sangat.

2 tahun pun boleh, saya sendiri lepas 2 tahun terus cabut.

Tapi kalau anda dapat 3 tahun ia memang terbaik

Sebab? Orang tak akan terfikir yang anda ni sekadar kerja untuk lompat. Lagipun 3 tahun tu agak lama juga kan. Katakan masa start start je anda kerja, fresh graduate gaji akan dapat RM 1 500..

Lepas 3 tahun kerja dapat RM 1 800 ( andai kata kenaikan 100 ringgit setahun )

Lepas tu, lompat lain dapat? InsyaAllah akan nampak lebih power sikit sebab 3 tahun tu. Saya doakan yang diploma dapat at least RM 500 kenaikan.. Degree? Confirm korang dapat lebih. Tengok kenaikan kawan saya, sekarang ni dah jadi manager… Kawan AQ Ni Manager Rupanya

So saya cadangkan 3 tahun ya. Tapi kalau tak sabar sangat, lepas dua tahun pun boleh. Apply je la. Tengok nanti dapat berapa naik…

**kenaikan saya bila tukar tempat kerja lain sikit je. Dalam RM 150 je macam tu, tapi saya tetap terima sebabkan shift pattern nya lebih banyak hari cuti…

Hakikat Tukar Kerja

Apply kerja baru, dengan memegang status yang berpengalaman ni memang nampak power, sebab dapat kerja lain kan. Tapi, hakikatnya, bukan senang.

  • Kita terpaksa jadi bodoh balik
  • Kena belajar mesin atau tool dari zero semula
  • Nak kenai kawan dan environment baru lagi
  • Tak termasuk kena buli lagi..

Tambah lagi kalau antara melayu dengan melayu. Memang berkira betul nak ajar. Kalau india dengan melayu. Leh tahan lagi lah, bukan bangsa diorang.

Saya bukan racist saya. Saya pun lagi suka ajar orang lain, tak ada penat sangat. Semua benda saya buat sendiri. So saya tak racist. Cuma saja nak tegor segelintir orang melayu ni yang kedekut ilmu nya bukan main lagi. Macam la dia keluar keluar perut je dah tau repair mesin…

**sori la emosi sikit, sambung balik apa kita nak sembang..

So macam mana blog #sayashare ni boleh bantu anda?

Ialah dengan saya berkongsi cara saya buat persedian temuduga. Baik dari segi penyediaan resume, sampai lah siap kita di hari temuduga. Semuanya saya ada kongsikan di Panduan Lengkap Temuduga.

Korang wajib baca panduan 6 siri yang saya usahakan tu. Saya ingatkan segala benda yang anda dan kita semua pernah dengar dalam panduan tu.

Lepas tu, baca pula panduan kenalkan diri. Ini boleh kata soalan atau situasi wajib yang kita semua akan hadapi…ini dia, panduan kenalkan diri

Lepas setel dengan 2 artikel utama tu..

Boleh baca beberapa artikel tips yang lain, khas untuk anda yang sudah ada pengalaman kerja ni..

Orite?

JUM…

Alternately, korang boleh pergi ke menu atas,

Tips Kerjaya > Yg Berpengalaman

Yang bawah ni, adalah antara yang saya pick sebab macam menarik sikit untuk saya tekan kan..

Pengalaman Temuduga Saya Yang Paling Latest – ada kesilapan yang saya tak sengaja buat kat sini. Jadikan iktibar

Nak main pasal gaji? Jum baca 5 grup gaji yang saya tahu

Benda ni jarang orang share, saya kongsikan apa faktor yang membuatkan saya suka mana mana company tu untuk bekerja, ini dia link nya //www.saya-share.com/cara-saya-nilai-company-tu-best-kerja/

Korang semua dah advance kan? Semua sudah pernah pergi interview, so jum kita upgradekan sikit pengatahuan kita akan case study yang saya jumpa di internet ni, //www.saya-share.com/case-study-ni-supaya-anda-di-panggil-temuduga/

Alrite..

Itu sahaja..selamat membaca