Course Yang Senang Dapat Kerja

image_pdfDownloadimage_printPrint

dulu, masa saya kecik kecik lagi. Mak saya pernah juga sembang, ada sorang kakak saudara saya ni yang masih lagi tak dapat kerja. Kiranya si dia ni dah graduate lah kan. Cuma belum dapat kerja sahaja lagi.

Dan bila saya tanya kenapa.

Mak cakap!!

Sebab orang yang kerja sekarang ni tak MATI lagi…………………………huhu

Sori ler kasar sikit.

Saya rasa cerita nya macam ni lah. Tapi yang pasti, ayat kalau orang tu tak mati lagi, memang tak dapat kerja. Ok lah, baik sikit. Selagi orang tu tak pencen. Tak ada lah kerja kosong.

Saya sendiri, sebagai seorang manusia yang exactly genap 1 tahun bergelar suami ( 27 Sep 2017 ni ). Dan juga yang dah sambung belajar sampai U. dan juga yang dah kerja lama dekat 7 8 tahun dah ni.

Bila fikir fikir balik, memang susah juga nak jawab soalan, “course yang senang dapat kerja”.

Mungkin sebab soalan tu terlampau general kot.

Lain la kalau korang tanya..

Tahun 2020 jawatan kosong untuk jururawat banyak tak?

Hah, kalau yang ni saya boleh jawab. Memang banyak dan berlambak lagi..

So kalau korang boleh specifik kan sikit jawatan kosong, atau mungkin minat korang tu apa. insyaAllah saya boleh bagi gambaran macam mana.

Untuk dalam tempoh sekarang ni..anda boleh rujuk Jobstreet.

Kenapa jobstreet ya? Ok macam ni.

Jobstreet adalah gedung cari kerja kosong yang paling unggul dan paling popular di Malaysia. Tapi untuk sektor swasta sahaja. Mana yang nak cari keje government bukan sini tempat nya.

So untuk swasta sahaja. Sekarang, KLIK pada ‘search jobs’ di atas. Dan terpapar lah gambaran seperti di bawah..

Apa yang saya nak bagi tahu ialah….mungkin boleh bantu juga lah sedikit gambaran kan..

Sebabkan jobstreet yang paling ramai orang guna. So jumlah jawatan kosong baru yang diiklan setiap hari sangat banyak. Contoh macam kotak merah di atas. Latest 7 minit yang lalu. Ni kalau saya refresh semula, mesti ada lagi iklan baru…try nak? Jum…

Tengok tu, dalam tak sampai beberapa minit saya sediakan artikel ni, bila saya refresh, ada lagi iklan jawatan kosong lain yang baru di hantar. Untuk kes di atas, ada 3 jawatan kosong baru.

So sekarang, kalau nak tahu apa yang anda minat tu ada ke tak kerja kosong tak. Course yang anda study tu laku ke tak. Boleh lah buat carian di jobstreet. Dan tengok pada timing kotak merah di atas. Kalau dalam sehari tu ada 10 atau 15 jawatan kosong yang dihantar. insyaAllah lagi 3 4 tahun pun ada macam tu juga. Malah mungkin lebih banyak…

Contoh di bawah ialah untuk carian ‘nurse’

Untuk hari ni tak ada lagi. Mungkin baru pukul 1 43 pm. Mana tahu diorang hantar petang sikit. Tapi semalam dekat 10 jawatan kosong juga..maksud saya, yang berstatus ‘yesterday’.

Ok lah..saya rasa macam tu je la kot.

Kalau nak saya bagi pandangan, tinggalkan komen. Nanti saya cuba link kan apa yang anda minat, dengan permintaan suatu hari nanti

Blog ni saya mula tulis masa 2016 lagi. Saya cover topik dari mula anda nak sambung belajar, cara nak cari tempat praktikal, nak cari kerja tetap, dan hinggalah ke tahap bagaimana nak uruskan kewangan. Moga perkongsian saya memberi manfaat. Tolong tinggalkan komen ya, kalau rajin. InsyaAllah saya akan reply.

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer