Pinjaman Segera Online [Updated]

image_pdfDownloadimage_printPrint

Untuk permohonan pinjaman peribadi segera ANDA yang boleh diharapkan paling cepat ialah Easy RHB. Pusing satu Malaysia pun, tiada bank lain lagi yang boleh bagi secepat Easy RHB. Itu pun kalau lulus lah.. Mach Hong Leong Bank pun janjikan cepat juga, 60 minit sahaja proses.

Tapi ikutkan pada pengalaman sendiri, macam tak menjadi je 60 minit untuk Mach Hong Leong Bank tu.

Untuk Permohonan Easy RHB [Pengalaman Sendiri]

Ikut kan pengalaman sendiri juga, Easy RHB, kalau anda apply, mereka akan minta IC dan confirmkan gaji anda melalui penyata KWSP. Kalau tak silap, ada kadar bulanan yang mereka jadikan sebagai syarat, dalam RM 150 atau pun RM  200 untuk jumlah minimum kemasukan ke KWSP setiap bulan.

 

Update: saya da tanya easy rhb consultant, mesti at least 165 untuk caruman dari gaji anda, dan RM 195 dari majikan

Update lagi : saya ada sediakan satu artikel khas, review untuk 3 jenis pinjaman peribadi yang approve cepat. Dah read?

Bulanan penyata KWSP ini juga tak boleh ada yang miss.

Kiranya untuk pastikan pekerjaan anda tetap.

Selain daripada 2 bank ni, saya tak pasti mana lagi yang boleh tawarkan pinjaman kelulusan segera.

Oh ya, saya pernah dapat kelulusan segera daripada pinjaman CIMB. Duit masuk tak sampai 5 minit. Rasanya lagi cepat dari tu, CIMB call saya, cakap nak bagi pinjaman peribadi disebabkan saya bayar kad kredit nya cantik.

Perbualan kami lebih kurang dalam 3 atau 4 minit. Saya pun cakap setuju, duit pun masuk sebaik sahaja saya letak telefon. Cepat kan?

Memang cepat, tapi rate nya agak mahal.

Menyesal juga sikit sebab saya masih lagi terima.

LANTAS saya pun terus ke tawaran CIMB untuk cari cari kalau kalau ada pinjaman peribadi yang kelulusan nya tak ambil masa yang lama.

Belek punya belek, rupanya memang ada. Iaitu CIMB Bank Pinjaman Peribadi Cash Plus

Ikutkan daripada kenyataan IMoney, tempoh kelulusan hanya 24 jam. Masih lagi boleh dikira cepat juga kalau sudah tiada cara lain.

Seperti screen shot dari IMoney di bawah, untuk permohonan RM 10 000, jumlah bayaran balik bulanan hanya RM 288 sahaja.

cimb bank pinjaman peribadi cash plus

Untuk gaji minima bulanan RM 2000 adalah normal, kebanyakan bank lain pun seperti ini juga. Kadar faedah mungkin agak tinggi sikit.

Anda boleh pergi ke page IMONEY dan buat permohonan di sana.

Isikan butiran, seperti nama dan alamat kalau perlu, tapi yang paling penting, No telefon anda. Sebab pegawai IMoney akan forward kan nama + butiran anda pada CIMB.

Nak Lagi Cepat?

Tak lain tak bukan, pinjam dari peminjam berlesen. Atau pun Ah Long. Ah Long ni kalau kita panggil Ah Long pada diorang memang diorang tak suka. Kononnya bukan Ah Long, tapi peminjam peribadi berlesen.

Padahal sama sahaja.

Ratenya juga lebih kurang sama dengan Ah Long.

Berapa rate untuk bulanan pinjaman segera daripada Ah Long?

Jawapannya ialah 2x ganda dan mesti di bayar dalam masa singkat.

Contoh, katakan anda pinjam RM 1 000, kena bayar RM 2 000.

RM 2 000 pula, RM 4 000.

Tempoh kala bayaran balik, ada yang bulanan dan selepas 2 minggu. Atau pun 1 minggu.

Mana yang memang bekerja sendiri, mungkin 2 minggu. Mana yang bulanan, nak tak nak mereka terpaksa juga dapatkan bayaran anda dalam masa 1 bulan juga.tapi yang pasti, akhirnya, mesti akan jadi double.

Kalau dah memang terpaksa, apa lagi boleh buat kan. Harapnya perbelanjaan kewangan kita akan bertambah baik selepas ini. Tapi itu lah, kalau boleh, mesti cuba sedaya upaya untuk elakkan. Lebih baik cuba pinjam dari kawan kawan anda.

Blog ni saya mula tulis masa 2016 lagi. Saya cover topik dari mula anda nak sambung belajar, cara nak cari tempat praktikal, nak cari kerja tetap, dan hinggalah ke tahap bagaimana nak uruskan kewangan. Moga perkongsian saya memberi manfaat. Tolong tinggalkan komen ya, kalau rajin. InsyaAllah saya akan reply.

1 comments On Pinjaman Segera Online [Updated]

  • ikutkan pengalaman tuan. hongleong personal loan tu akan aprrove loan berapa hari ? adakah selepas 60 minit ? atau 2 hari baru aprrove ? mohon pencerahan. tq. sebb saya nk try buat personal loan hong leong

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer