3 Bank Utama Untuk Pinjaman Segera Online [ AEON, RHB, ?? ]

image_pdfDownloadimage_printPrint

Antara Permohonan Pinjaman Peribadi Lulus Cepat…

Permohonan untuk pinjaman peribadi dari Bank [Update] memerlukan masa. Kebiasaannya lebih kurang 2 minggu. Hal ini memang menyusahkan untuk menunggu. Kalau memang confirm dapat tak apa. OK lah kan. Kalau tak dapat? Nak buat permohonan seterusnya dan perlu untuk tunggu lagi itu sudah jadi satu cerita lain.

Walaubagaimanapun, berikut adalah antara bank atau institusi kewangan yang antara paling cepat menyemak dan menerima pinjaman seandainya anda layak:

  • Easy RHB – dalam tempoh 10 minit
  • Hong Leong Mach IOU Personal Loan – 60 minit
  • dan terakhir, Aeon Personal Loan – paling cepat saya tengok, 3 hari

Dan Syarat Kelayakan Pinjaman…

Easy RHB

  • Basic Salary mesti at least RM 1500
  • Payslip
  • Bank Statement
  • EPF Statement

Hong Leong Bank Mach IOU Personal Loan

Aeon

  • minimum gross RM 1000
  • 18 tahun ke atas
  • latest EPF Statement
  • latest 3 month pay slip

Yang Hong Leong Bank March IOU ni saya tak tiada pengalaman lansung sebenarnya. Pernah juga apply sebelum ni, tapi tak lepas. Lastnya lepas beberapa lama, saya try AEON. Alhamdullillah lepas 9k. So, saya hanya kongsikan apa yang pernah saya ada pengalaman sahaja ya, iaitu Easy RHB dan juga Aeon.

Sebelum tu, adakah 2 pinjaman RHB dan Aeon ini memerlukan guarantor?

Pinjaman Tanpa Guarantor

Kebanyakan pinjaman peribadi juga memerlukan penjamin atau guarantor. Walaupun rate kelulusan untuk anda lulus pinjaman itu lebih tinggi dengan guarantor. Tambah pula dengan jumlah pinjaman yang dipohon boleh ditambahkan sedikit. Tapi, masalahnya, tak semua orang yang kadang kadang selesa untuk berkongsi untuk buat loan kan? Senyap senyap, macam saya juga dahulu.

Pendek kan cerita. Artikel ini, saya bukan setakat berkongsi 3 Bank atau jenis institusi kewangan yang luluskan permohonan anda dengan cepat, malah permohonan anda juga kemungkinan besar tidak memerlukan penjamin.

Kenapa Easy RHB Adalah Pilihan Terbaik?

Easy RHB janjikan duit akan masuk dalam tempoh 10 minit sahaja. Dalam banyak banyak personal loan, rasanya ini lah paling pantas. Lagi pantas dari pinjaman along ya kan. Kalau tak silap, masa tu dalam tahun 2012. Lama sangat dah ni, lupa dah saya. Tapi apa yang pasti, sebaik sahaja saya sampai ke rumah, duit pinjaman dah masuk.

Saya tak pinjam tak banyak, lebih kurang dalam 3k sahaja kalau tak silap. Hanya perlu pergi ke branch Easy RHB dan bagi IC sahaja. Nanti dia akan print statement KWSP untuk tengok matlumat..

Kalau nak apply loan ni, anda jangan pergi pada RHB Bank, kalau apply dari RHB bank memang akan ambil masa yang lama, 2 minggu. Sebab ia akan guna cara manual. Hantar dokumen anda ke Bank Negara untuk disemak. Tapi kalau pergi kaunter Eays RHB yang biasa nya ada di Tesco tak ambil masa lama pun untuk confirm kan samada anda layak atau tidak.

Kalau tak silap, RHB kena bayar dalam 10 ringgit kot untuk satu kali check, samada anda layak atau tidak. Kalau tak silap lah. Saya pun dah lama tak buat. Tapi yang pasti, masa tu lebih kurang dalam tahun 2012. Saya buat Easy RHB ni memang dalam keadaan yang tengah kosong dari segala hutang. Kiranya first time lah buat personal loan. Kad kredit pun masih lagi tak ada. Dia minta IC, lepas tu minta statement KWSP. [ senarai kad kredit mudah lulus ] + [ kad kredit untuk gaji di bawah 2000 ]

Tak perlu sibuk sibuk nak bawa statement KWSP tu, sebab machine apa semua nak check semua ada sekali sana. Lepas isi form, pegawai tu cakap. Sebaik sahaja awak sampai rumah. Duit itu akan masuk.

Bila dah sampai rumah, memang betul pun.

Untuk RHB Easy repayment plan, anda boleh rujuk image table di bawah

Untuk rekod, loan amount yang paling rendah ialah RM 3000 atau RM 4000. Sudah tiada lagi untuk pinjaman RM 2 000. Anda boleh sahkan sendiri di cawangan RHB Easy yang terdekat.

Cawangan Terdekat Easy RHB Bank

Untuk cawangan terdekat dengan Easy RHB bank boleh aplikasi di RinggitPlus bawah ni.

Hanya perlu pilih location nya sahaja ya..

Hong Leong Mach IOU Personal Loan

Plan pinjaman peribadi daripada Hong Leong ini agak baru juga di pasaran. Masa yang dijanjikan lebih kurang dalam 60 minit.

Ikutkan pengalaman saya sendiri, macam agak sukar untuk dapatkan pengurusan selesai dalam tempoh 60 minit. Kecuali kalau anda benar benar layak.

Sebab ada sesetengah pegawai bank yang walaupun nampak macam sipi sipi sahaja layak, mereka yang berusaha untuk dapatkan pelepasan permohonan anda juga. Biasanya lah, dia pun nak makan komisyen kan.

Syarat Kelayakan

Hal ini, akan buatkan anda perlu berikan beberapa details yang lain yang memang perlukan masa untuk dapatkan, seperti contoh bank statement. Untuk permohonan, boleh juga buat online. Tapi rasanya kalau online memang tak sempat la 60 minit ya. Apply online dari link ni, //www.machbyhongleong.com/iou-personal-loan

Yang terbaik anda pergi terus bank, tapi bank pun bukan semua bank. Pinjaman ini hanya ada di bandar bandar besar sahaja. Boleh tengok branches terdekat di sini, //www.machbyhongleong.com/branches/

Kelebihan buat pinjaman dengan Hong Leong Bank?

Dari tahun 2012 lagi, sampai pinjaman IOU ni, Hong Leong akan bagi rebate atau kurang kan bulanan pembayaran anda kalau bayar cantik. Contoh macam IOU dia akan bagi rebate 20%. Kalau pinjaman peribadi biasa pula, kalau bayar cantik, anda dapat free 3 bulan kalau tak silap.

Aeon Personal Loan

Dalam tiga tiga peminjam pinjaman peribadi di atas, yang paling saya rekomen ialah daripada Aeon. Setengah orang cakap, jangan minta AEON. Sebab rate tinggi. Tapi kalau anda tengok tengok balik, ratenya lebih kurang sahaja.

Permohonan untuk Pinjaman Peribadi Aeon lebih kurang dalam 3 atau 4 hari bekerja. Tambah lagi kalau anda bekerja dengan kerajaan.

Jadual Pinjaman Peribadi Aeon

Table di atas ini untuk untuk new customer, kiranya bukan pemegang AEON Member card. Untuk pemegang, atau pun pinjaman yang lebih 10 ribu. Boleh pergi ke link ini, //www.aeoncredit.com.my/personal-financing

Syarat Syarat Kelayakan Pinjaman Aeon, boleh rujuk di link itu juga.

Pinjaman Peribadi Yang Mudah Lulus

Untuk buatkan pinjaman peribadi anda mudah lulus, anda hendak rancang nya dari awal.

Seperti contoh, cuba teliti syarat syarat permohonan dari awal, contoh macam gaji minima dan sebagainya. Anda boleh sahaja, jenguk jenguk syarat syarat di blog ini yang saya turut juga kongsikan mengikut bank bank.

Andai kata memerlukan anda untuk melebihi RM 2 500 sebulan straight dalam masa 3 bulan. Boleh usaha untuk buat kerja lebih masa kalau perlu.

Kalau perlu, anda dapatkan gurantor atau penjamin. InsyaAllah akan lebih mudah untuk lepas.

Jangan Melebihi Apa Yang Anda Tidak Mampu.

Untuk faktor ini lebih kepada kalau basic gaji minima anda RM 2000 contohnya, tapi nak cuba dapatkan pinjaman wang yang sampai RM 30k contohnya, memang tiada siapa yang nak bagi.

Kebiasaannya, daripada gaji anda ia akan di darab dengan 5.

Buat Checklist Dan Compare

Untuk ini anda boleh sahaja menggunakan website seperti Imoney dan CompareHERO yang sememang nya memudahkan kita untuk finalise setiap personal loan ada. Lebih mudah untuk survey daripada anda nak ke satu satu bank.

Kalau terdekat nak guna duit, salah satu cara lain ialah dapat kad kredit. Dengan kad kredit, anda tak perlu takut sangat dengan bulanan. Tapi masih lagi kategori mesti kena bayar lah. Nama pun hutang kan. Cuma, lebih mudah lulus berbanding dengan pinjaman peribadi ikutkan pengalaman saya.

Final Words, AEON VS RHB?

jawapan saya, kalau anda boleh terima proses dalam 1 minggu, boleh cuma AEON. Tapi kalau sesak memang nak sekarang, anda terpaksa try Easy RHB. Bulanan agak lebih sikit berbanding dengan Aeon, tapi tak tinggi mana.

Jawapannya, Easy RHB, sebelum ni saya cakap Aeon, saya tersilap. Yang terbaik adalah Easy RHB.

Cuba reply soalan soalan saya di bawah, nanti saya reply sama ada anda layak atau tidak

  1. Basic berapa –
  2. Gross income berapa ( kalau ada OT ) –
  3. Jawatan apa ( gov/ swasta/ engineer/ polis ) –
  4. Sudah berapa lama kerja ( mesti lebih 6 bulan ) –
  5. payslip ada?
  6. ada potong EPF?

Blog ni saya mula tulis masa 2016 lagi. Saya cover topik dari mula anda nak sambung belajar, cara nak cari tempat praktikal, nak cari kerja tetap, dan hinggalah ke tahap bagaimana nak uruskan kewangan. Moga perkongsian saya memberi manfaat. Tolong tinggalkan komen ya, kalau rajin. InsyaAllah saya akan reply.

274 comments On 3 Bank Utama Untuk Pinjaman Segera Online [ AEON, RHB, ?? ]

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer