Syarat Mohon Kad Kredit

image_pdfDownloadimage_printPrint

Permohonan Kad Kredit Anda Ditolak?

Untuk permohonan kad kredit bukan lah sukar mana. Andai kata anda sudah layak dengan syarat syarat gaji minimum. Kebiasaannya permohonan anda akan diluluskan.

Syarat permohonan kad kredit bagi setiap bank pastinya berbeza, terutama dari segi gaji minimum. Tapi kalau masih nak dirungkapkan, secara generalnya syarat syarat permohonan kad kredit adalah seperti berikut:

Monthly Income > RM 2000

Boleh dikatakan setakat ini, kadar pendapatan yang paling minimum untuk permohonan kad kredit ialah RM 2 000.

Pengalaman Bekerja

Untuk anda yang baru sahaja mula bekerja ( fresh graduate ) mungkin ada masalah sedikit untuk pendapatkan perlepasan. Kalau tidak silap saya, sekurang kurangnya 1 tahun pengalaman bekerja baru anda layak untuk memohon kad kredit. Tambahan lagi kalau pekerja kontrak. Walaubagaimanapun ia masih lagi bergantung kepada bank juga. Tak salah kalau kita cuba apply.

Komitmen Yang Lain adalah PLUS POINT

Macam biasa, bila sudah jadi manusia ni, memang kita akan ada hutang atau bahasa yang lebih manis sikit ialah komitmen di tempat lain nya. Seperti contoh kereta atau motor.

Kalau anda sudah ada hutang hutang ini, bila mohon kad kredit mesti permohonan anda akan lebih mudah. Sebab janji pembayaran anda terbukti. Bank suka ini, menunjukkan komitmen dan tanggungjawab anda tu ada dan terbukti.

Kelebihan Mohon Kad Kredit

Mungkin kelebihan yang paling utama ialah andai kata anda ingin mohon pinjaman peribadi, permohonan anda akan lebih mudah diluluskan.

Sebab, masa mula mula saya cuba apply untuk pinjaman peribadi Hong Leong Bank atau pun CIMB Bank. Kadar jumlah loan saya tu terganggu disebabkan saya tiada apa apa rekod pembayaran bank.

Bank biasalah, dia nak kita ni biasa berhutang, dan boleh bayar dan patuhi jadual pembayaran hutang.

Bermaksud, mana yang masih belum pernah berhutang, jangan yakin sangat dengan permohonan anda akan diluluskan.

Pernah ada pengalaman sorang kawan ni.

Sudah ada 2 kad kredit yang hampir limit, ada juga lagi satu plan pinjaman peribadi kalau tidak silap. Tapi masih lagi boleh lulus pinjaman kereta yang hampir 45 000.

Kenapa macam ni?

Sudah pasti nya, jadual pembayaran hutang hutang nya baik. Kemas, tak ada miss.

Dan kawan yang sama saya ni juga, baru baru ni juga dapat call dari Hong Leong Bank, sebab mereka nak offer kawan saya ni satu plan pinjaman peribadi pula.

Begitu juga dengan apa yang berlaku pada saya pada bulan November 2016.

Dalam masa petang macam tu, tiba tiba ada satu call dari CIMB Bank. Offer saya untuk satu plan pinjaman peribadi disebabkan pembayaran kad kredit CIMB Platinum saya baik setiap bulan.

Walaupun ada yang tertunggak. YANG PENTING, MESTI BAYAR YANG MINIMUM.

Boleh dapatkan Cash Tunai Cepat

Kadang kadang kita mesti terpaksa perlukan duit yang banyak dengan cepat bukan.

Tak ada lah sampai 10 ribu, 20 000. Tapi kadang kadang terpaksa nak juga dalam RM 3000 contohnya.

Untuk buat pinjaman peribadi RM 3000 memang banyak proses nya.

Mungkin perlukan 2 minggu juga untuk proses. Dan kalau anda buat pinjaman RM 3000 sekalipun bukannya dapat jumlah yang sama. Pasti akan tolak insurance semua.

Tapi dengan kad kredit ia lebih mudah anda kata anda memang terdesak.

Sebab kita boleh minta tukarkan hutang kad kredit ini kepada bentuk cash.

Dan bayaran bulanan minimum pun tidak tinggi, seperti contoh kalau anda ada pending dengan kad kredit hanya perlu bayar RM 187 (bergantung kepada jenis kad)  sahaja sebulan.

Kad Kredit Akan Menyusahkan Kita

Memang, kalau kita tidak pandai manage. Kad kredit memang senang senang sahaja akan menambahkan lagi kewangan anda.

Dan itu sebab, amat penting untuk anda betul betul pandai uruskan.

Jangan berbelanja pada benda yang anda tidak mampu bayar.

Dan yang paling penting, jangan tangguh tanguhkan pembayaran bulanan kad kredit anda.

Jangan beli barang yang anda tidak cukup duit untuk bayar balik.

Blog ni saya mula tulis masa 2016 lagi. Saya cover topik dari mula anda nak sambung belajar, cara nak cari tempat praktikal, nak cari kerja tetap, dan hinggalah ke tahap bagaimana nak uruskan kewangan. Moga perkongsian saya memberi manfaat. Tolong tinggalkan komen ya, kalau rajin. InsyaAllah saya akan reply.

23 comments On Syarat Mohon Kad Kredit

  • salam. saya bekerja di bank sekian.. saya ada buat loan peribadi dekat bank sekian sekian, tapi saya masih contract tempat saya bekerja. january 2018 baru habis contract. sama ada permenant atau sambung lagi. Ada staff cakap jgn buat loan sebab tak tetap lagi. nk tnya. memang rule setiap bank macm tu ke? saya takut pulak tiba tiba bila staff cakap cmtu. sebb saya da buat loan masa saya tgh contract untuk tujuan tertentu. payment every month tak pernah miss. tq

    • Haah. bank nak kita kerja lama. maksimum, nak kita kerja 6 bulan dan ada surat permenant pengesahan kerja. Ashraf kerja situ da berapa lama?

      tapi saya tak berapa jelas sebenarnya.. loan dah buat kan. Ashraf takot loan yan dah sedia ada dicancel kan ke macam mne?

      sebab loan dah buat, so ok lah. go on je la dengan pembayaran nya…yang penting jangan MISS.

      kalau MISS, nanti kalao print awak punya status dekat bank negara akan jadi 1.

      ibarat macam ni, katakan ada loan dengan RHB Easy. so dekat statement bank negara tu:

      RHB Easy 0 0 0 0 0

      0 0 tu maksudnya setiap bulan rekod. kalau 0, ok lah..tak ada lewat bayar..kalau

      RHB Easy 0 1 0 0

      1 tu maksudnya 1 bulan terlewat bayar. walaupun selepas 1 tu 0. kiranya Ashraf setel terus 2 bulan, untuk bulan yang seterusnya. Setengah bank, dia akan tengok rekod ni.
      dan ada yang nak 0 0 0 tu straight 6 bulan..kalau tak, diorang tak nak bagi approve loan lain. andai kata nak buat lah..

      bagi saya, loan yang dah ada..terus kan bayar sahaja macam biasa. dan kalau nak buat loan lagi, rumah ke kete ke. buat cepat cepat seblum kene diberhenti.

      contoh macam kes kawan saya..

      dia ni kerja kilang lama dekat 10 tahun.. tapi lagi 1 atau 2 bulan macam tu akan berhenti dan kerja tempat lain..

      si kawan saya ni, cepat cepat buat loan. sebab kalau dia sudah berada di company baru, baru nak buat loan. track rekod kerja dia dah berubah.

      kiranya kene tunggu 3 atau 6 bulan baru boleh buat loan. dan pengesahan permanent jawatan.

      harap betul la saya rasa apa soalan yang ashraf tanya…

  • Hi, saya belum ada commitment for the time being. Saya nak apply credit card tapi ada record special attention dalam ccris report. Kalau kes mcm ni, boleh lepas ke? Can you help me?

  • Assalam tuan, sy 1st time try nk buat credit card, but nama sy ‘sangkut’ ccris.. Ada jalan lain x nak senangkan urusan tsbt?

  • Hai nak tnya baru baru ni sy ada apply kad kredit dri maybank tapi maybank tolak atas alasan general high risk maksudnya apa? untuk pngetahuan saudara saya ada buat asbf 100k dri maybank. tq

  • Syarat gaji 2k tu bersih ker basic..

  • Salam kalau nak buat kad kredit bkerja sndiri .. Amount kt Bank kene tngok ka tuan..

  • Sya nak try buat kredit kad maybank blh ke..sya army

  • Laki sy nak buat kredit kad tp dia ada ccris.. ccris sbb gerento kete dan owner byar x berapa cntik.. boleh x kalau nak mohon..?

  • Norhaslina Binti Ismail

    nak cuba mohon card kredit , tapi ada ccris kat bank. loan kereta, sekarang perbaiki pembayaran bulanan kereta.

  • Sy berkeje sndiri
    Peniaga kecil2 lan
    Sy xpunya slim gaji boleh mohon ke tuan

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer