Pernah saya tengok ada sorang brother ni, satu satu dia cucuk kad debit (syarat mohon kad kredit) untuk ambil duit. Saya rasa dekat tangan dia ada lebih 20 kad juga. Bayangkan kita yang nak tunggu belakang ni sakit tak sakit menunggu? Nak tegur takut dapat pula sebijik nanti.
Dalam hati saya masa tu, ni mesti gengster ni. Cara pemakaiannya pun macam tak berapa nak sembahyang.
Melayu. Lebih kurang dekat 40 tahun rasanya. Apa kah ia? Along ler.
Image Credited to ThePennyHoarder
Saya pun tak perasan juga, lepas lama lama baru perasan. Ok, so boleh ke buat pinjaman along tanpa menggunakan kad atm atau pun sebarang dokumen.
Jawapannya boleh. Cuma kena carik sikit. [ tak nak try Maybank? ]
So jawapannya memang ada. Nanti sangat sangat susah nak bayar, contoh cerita ni saya ada ambil sikit sikit dari salah seorang kawan saya yang memang dah ada loan dengan Hong Leong Bank. Lepas, siap tambah lagi duit loan yang dipinjamkan nya tu. Lagi nak ambil loan dengan ahlong lagi. [ pinjaman peribadi versi update ]
Along VS Pinjaman Wang Berlesen..
Tak ada apa bezanya sangat dengan along dengan pinjaman berlesen ni. Tapi kalau ahlong lebih chance untuk anda kena taruh lah kalau tak buat bayar. Saya juga ada sorang kawan lama, perempuan. Ni kawan masa saya kerja kilang di Ipoh. Pernah juga buat loan dengan ahlong. Masa tu lebih kurang mungkin 2 atau 3 tahun sebelum saya dia kat kilang Ipoh ni. Dan dia tak bayar. Ahlong cari, tapi tak hantam atau buat apa apa pun. Pelek juga saya. Berani betul kan…
Ada juga pinjaman wang berlesen ni khas untuk pekerja kerajaan sahaja tau. Tapi yang ini memang susah nak cari.
Eh, tapi saya tak galakkan ya. Kenalan saya pernah pinjam 1k, kena bayar 2k.
Ikutkan apa yang kawan saya bagi tahu, diorang akan minta double daripada apa yang anda pinjam.
Pinjam 1k, diorang mesti dapat 2k, so untung diorang 1k.
2k, kena bayar 4k.
Dan yang sakitnya, kena bayar dalam masa terdekat. Lebih kurang dalam 6 bulan. Kiranya, kalau boleh, kalau boleh, kalau boleh. Jangan la buat pinjaman bodoh ni.
Macam mana pula kalau rate loan biasa. Tak ada lah sampai double.
Contoh, kalau anda pinjam Aeon, 9k. kena bayar blik dalam RM 15k. Lebih kurang je ni. Saya malas nak tengok carta table harga Aeon balik.
Tapi kalau anda buat pinjaman rumah. Kemungkinan perlu bayar double daripada apa yang anda pinjam untuk bayar rumah. Contoh, kawan saya, rumah 98k, tapi kena bayar balik sampai ke tua dalam 200k.
Bukan lah berkira. Memang dah terpaksa kan. Ceruk mana nak lari kat Malaysia ni kalau tak berhutang.
Sorri lah kalau terlari tajuk, cerita pasal rumah…
Final Words….
Kumpul lah duit slow slow. Jangan belanja pada yang tak perlu. Dan kalau terpaksa sangat sangat, cuba la pakat adik beradik. Hah mana yang mak bapak atau adik beradik sikit, suh mak ayah buat anak lagi ya.
Saya nak sambung sikit lagi ni.
Untuk yang bagi pinjaman duit ni kan. Atau pun kategori kategori along bukit beruntung ni. Akan ada 3 jenis lah lebih kurang.
- Yang jenis katanya berlesen, kiranya nanti anda akan tengok lah diorang punya ofis semua.
- Yang jenis berlesen, tapi tak nak share. Yang ni lagi satu pelek, dia tak akan bagi tahu kita ni lokasi diorang kat mana. Kiranya diorang akan minta kita datang kat satu tempat dekat dengan opis. Dah datang dekat baru bagi tahu diorang kat mana.
- Yang ni pula, jenis tak ada hal semua. Diorang yang akan datang pada anda. tapi diorang akan minta ic dan mana rumah duduk.
Tiga tiga ni semua ketegori along sebenarnya. Cuma ada berbeza sikit sikap nya.
Untuk pengetahuan anda juga, kalau tak silap. Along along ni akan ada link tau dengan along yang lain. Kiranya kalau anda sudah buat loan dekat satu company ni, kalau company yang anda sudah pinjam tu ada link dengan company yang lain. Rasanya diorang tak akan bagi.
Kemungkinan juga kalau kalau company yang loan pada anda bergantung juga pada kawasan yang diorang cover. Yang ni biasa lah, gengster kan.
So, baiklah kalau anda buat loan dengan bank. Paling teruk pun, kena call sahaja. Tak kena taruh…
Boleh rujuk pada 3 jenis pinjaman yang paling cepat lulus ini.
//www.saya-share.com/top-3-pinjaman-peribadi-segera-online/
69 comments On Pinjaman Wang Berlesen Tanpa Kad Atm
Hi en saya nk tny kalo kite ada tunggakan macam mana ye dengan pinjamn berlesen..dowg akn cari kite kan dan pkse bayar..
huhu..bahyaa tu, simbah cat.. sy ada kwn yang x bayar, tapi rasanya dia tak kene serang kot. eh rasanya sebab dia pindah kawasan.. bahaya la awak x bayar, diorang tu gila
Saya bersama isteri peniaga kek dan sandwich..pendapatan harian kami ada lah sekitar 100 hingga 300 sehari….kami belum ada lesen perniagaan…ada tak tempat yang boleh bagi kami pinjaman?
Kami hanya ada buku bank sahaja….
amanah ikhtiar boleh encik
Sebenarnya,diorg yg pinjam ah long ni bkn sbb diorg mmg nak pinjam kt ah long atau diorg xnk pinjam dr financial institutions ,tp sbb diorg dh xdpt buat pinjaman dr FI2 ni,mgkn sbb ade ctos,ccris or blacklist,tu yg diorg cari option lain utk dpatkan pinjaman & byr komitmen2 mereka. Sy ade kwn2 yg mmg pinjam dr ah long n sy mmg tau mslh diorg,semua sbb nk byr komitmen bank.
sebenarnya, semua orang tahu apa yang awak tulis…hehe
Sya.. Mas tak pernah wt pinjaman di mner2agensi sebab sya sorg penoreh getah pernah meminjam di amanah tia kne seminggu bayr tapi dh hbis mcm sya ni layak x meminjam dan berape kne byar bulanan nyr
Saya telah diistiharkan muflis.saya dah mati akal untuk dapatkan Wang melalui pinjaman,semuanya telah ditolak.harap en.syed dpt Bantu saya dan share Cara untuk golingan muflis atah bankrup ni dpt membuat pinjaman untuk langsaikan hutang mereka
menarik juga ni, insyaAllah
sy name syed.pun mempunyai masalah yang sama.sbb kena berheti kerja pada tahun 2016.dan di istihar bankrap.macam saya nak selesaikan kan masalah saya tuan Syed,boleh bagi pencerahan
Boleh en.syed share syarikat pinjaman berlesen melayu dan memberi kelonggaran kpd golongan bankrupcy membuat pinjaman.
tak jumpa lagi setakat ni
Hi wncik..boleh call saya x utk sy nak tanya lebih detail proses lon..urgent please
Salam..saya tak tau nak cakap tapi perasaan saya, saya sedang dlm proses ditipu jg ni..huhu..pening kepala sy fikir kena tipu pning nak bayar hutang lagi..
ye, banyak bersabar..itu saahaja saya boleh cakap, sebab sudah tesilap..
saya tak tau nak buat apa…rasa nak pecah kepala…x tau nak ckp dgn sesiapa juga bnda ni..
Saya ada buat loan pinjaman berlese… Loan 6k… Sye ikat 2 tahun.. Bulanan RM730.. Sye kira kne byar balik agak tinggi.. 730 x 24 bulan= RM17520….kenapa tinggi sangat.. Bole bagi pendapat…
kenapa tinggi? sebab bunga dia tingi ler kawan..
Sye gaji cash
Sye memerlukan pinjaman wang segera