Kad Kredit Mudah Lulus

Kad Kredit, secara dasarnya memang mudah untuk lulus. Kalau pinjaman peribadi anda tidak lepas, ATAU PUN. Mungkin pinjaman peribadi lepas, tapi memerlukan anda untuk ada penjamin. Boleh la cuba cuba buat permohonan kad kredit, kerana insyaAllah ia lebih mudah untuk lepas.

Asalkan syarat permohonan kad kredit gaji minima setiap bulan anda tiada masalah.

Paling rendah untuk sesetengah bank utama Malaysia, mereka masih lagi menghadkan pada RM 2 000. Dan kalau anda berada di paras RM 2 500, ia pun sudah cukup baik dah. Sebab kebanyakan kad kredit mesti ada pendapatan bulanan lebih kurang dalam RM 2 500.

RM 2 500 hanya basic gaji sahaja atau gross income? Jawapannya gross income. Jadi tak perlu risau dengan basic yang rendah. Agak agak anda sudah nak buat permohonan boleh lah pulun kerja lebih masa sekuat hati.

Yang Mana Satu Kad Kredit Yang Mudah Lulus?

Maaf kalau jawapan yang anda nak cari masih lagi belum dapat dalam article ini. Tapi dengar sini elok elok, nak buat permohonan kad kredit bukan atas senang nak lulus atau tidak. Asalkan anda suka akan faedah kad kredit yang anda pilih, dan anda memang layak akan syarat syarat permohonan yang ditetapkan.

Kalau dua ini tiada masalah, kenapa kad kredit anda tidak lulus lagi kan.

Yang penting, sebelum buat permohonan, buat persedian, jaga rekod kewangan anda baik baik, PTPTN tu jangan tangguh tangguh sangat bayar.

Bila ptptn sudah sampai yang tertunggak. Ini yang akan jadi masalah.

Berdasarkan pengalaman saya lah, PTPTN ni bukan nya harap kita bayar dan habiskan hutang dengan cepat. Asalkan ada progress yang sekurang kurang nya anda bayar setiap bulan pun sudah cukup.

Cara Nak Pilih Kad Kredit

Sebelum buat keputusan bank mana yang anda ingin cuba buat permohonan kad kredit, fikir dulu atas kemudahan apa yang anda cuba nak guna bila ada kad kredit nanti.

Nak bayar petrol?

Shopping?

Tengok wayang?

Travel ke mana mana.

Setiap tarikan di atas, kalau anda pilih kad kredit yang betul, memang sedikit sebanyak akan buat kan perbelanjaan anda lebih berbaloi daripada tiada apa kemudahan langsung.

Seterusnya tengok pada interest rate nya berapa. Kebiasaannya, lebih kurang dalam 15%. Ada juga yang 13.5%, ada juga yang hanya 9%.

Atau pun, kalau anda keliru tanya pegawai yang offer anda kad kredit tu soalan direct.

Seperti contoh..

Kalau anda beli barang harga RM 1 000. Dan tak bayar penuh tempoh di perlukan supaya tak kena akan tempias interest kad kredit. Berapa?

Kiranya, bila naik bulan satu lagi, berapa yang akan jadi.

Adakah RM 1050 atau RM 1100 sebagainya

Kalau macam ini, kita boleh agak dengan mudah.

Andai kata anda hutang 1 000 yang masih lagi belum langsai dalam akaun kad kredit, bulan depan kalau masih lagi tak bayar ia akan jadi RM 1050

Kalau anda hutang RM 4000 ( kebanyakan kad kredit limit ), bermakna anda perlu bayar tambahan hampir RM 200.

Selesai, harap jelas ya.

Sebab kalau anda minta cara bank buat calculation untuk interest kad kredit, saya sendiri yang dah guna kad kredit cimb bank lebih dari 3 4 tahun ni pun akan jadi pening. Pernah saya call tanya macam mana, buat habis kredit sahaja dengar. Jadi, lebih baik tanya soalan yang macam saya cakap tu.

Kiranya, kita congak sangat untuk faham bagaimana cas kad kredit ini di kira.

Lepas tu, kita ambil tahu berapa pula annual fee nya. Kebiasaannya, kalau sudah tahu annual fee nya beratus ratus, jangan lah gatai pergi ambil lagi, kecuali kalau anda betul betul alert akan benefit yang boleh dapat. Atau pun, anda memang pengguna kad kredit yang tegar.

INGAT… bayar balik pun kena tegar juga, jangan tangguh tangguh.

The following two tabs change content below.
Saya dah bekerja lebih 7 tahun. Rasanya elok benar kalau saya share, tips temuduga dan kewangan akan susah payah nya kehidupan di dunia yang sementara ni. Sila tinggalkan comment di bawah untuk sebarang pertanyaan... Nanti saya akan reply...

10 thoughts on “Kad Kredit Mudah Lulus

    1. Hi Batamanahan. Saya tengah usahakan untuk dapatkan pemprosesan kad kredit untuk warga singapora juga ni. harap harap berjaya lah ya

    1. Untuk soalan Cik Siti ni..saya rasa macam tak boleh.
      sebab minima tahunan RM 24k

      Itu RM 1 200 tu basic ke apa. Ada OT tak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *