Cara Bank in Duit BSN [MayBank & CIMB]

image_pdfDownloadimage_printPrint

Tak sangka juga, rupanya ada juga orang cari cara nak bank in duit ke bank ni ya. Tak apa lah, saya bagi tahu. Mudah sahaja.

Panduan ini tiada gambar, sebab tak ada sapa yang nak saya bank in kan lagi. Sebab biasa saya akan guna online banking sahaja. Ini pendapat saya antara, CIMBCLICK, MAYBANK2U, Hong Leng Bank vs RHB, Mana lagi yang best???

Panduan ni tak kesah lah bank apa pun, CIMB, or Maybank sekali pun. Semuanya lebih kurang sama sahaja.

Langkah Pertama Untuk Bank In

Cari lah machine yang sesuai, samada ada ATM atau pun Cash Deposit. ATM untuk keluarkan duit. Cash Deposit untuk masukkan duit. Yakni apa yang saya tengah kongsikan sekarang ni. Dalam 3 bulan lepas kalau tak silap, sudah mula machine masuk n keluar duit versi yang lebih baru. Machine tu anda boleh keluar dan masukkan duit juga. Juganya machine tu boleh bertindak sebagai ATM dan juga Cash Deposit.

Tekan Kat Mana Mana Bahagian Scrin

Sekarang ni anda sudah berada di hadapan machine yang boleh Cash Deposit tau. Tekan sahaja mana mana bahagian scrin atau pun setengah machine, suh tekan sahaja mana mana button yang di kiri atau kanan scrin.

Masukkan Language dan Butiran si Penerima Semua

Saya dah lupa sikit dah ni, kalau tak silap, dia akan minta anda pilih bahasa apa, so pilih bahasa melayu. Lepas tu anda pilih tujuan apa nak guna machine ni, iaitu cash deposit. Lepas tu dia akan minta masukkan no akaun. Dan anda bila tekan ‘done’, akan satu popup scrin ditunjukkan nama si penerima itu.

Kiranya kat sini, kita boleh confirmkan lah samada no akaun yang kita masukkan, mesti sama dengan nama orang yang kita nak masuk. Cara ni sama je dengan online banking pun. Untuk confirmation.

Masukkan Duit…

Selepas tu…

Kalau tak silap, machine tak akan minta amount yang kita nak.

Kiranya anda terus masukkan sahaja ke dalam lubang duit bawah tu bila sudah di buka.

Dah masuk duit, tekan button confirm atau YES. Machine akan kira duit, kalau RM100 yang anda masuk. Ok ler tu. Tekan button confirm ya.

Kalau tak silap lagi (sorry, dah lupa), akan ada button untuk anda tambah duit disebalah button confirm tadi. Itu untuk tambah duit nilai RM 100 tadi lah.

*tak perlu masukkan kad debit tau. Kiranya duit yang anda sediakan untuk masuk ke dalam akaun si penerima tu sudah berada di tangan.

Bila dah siap tekan confirm..

Satu resit akan dikeluarkan. Ambil la sebagi bukti…

Kenapa Perlu Susah Payah Nak g Cash Deposit?

Dulu, masa tahun 2000 ke bawah. Kiranya masa saya tengah sekolah rendah. Memang ini lah rutin bulanan. Malasnya lah. Nak kena beratur lagi.

Tapi semua tu setel dengan adanya online banking.

Anda pun sepatutnya guna online banking juga. Mudah sahaja. Nak transfer duit senang, nak bayar bill pun boleh, bill apa nak? Semua bayar. Tapi kalau saman tu saya bayar dekat kaunter lah. Nanti tak masuk, naya aq.

Blog ni saya mula tulis masa 2016 lagi. Saya cover topik dari mula anda nak sambung belajar, cara nak cari tempat praktikal, nak cari kerja tetap, dan hinggalah ke tahap bagaimana nak uruskan kewangan. Moga perkongsian saya memberi manfaat. Tolong tinggalkan komen ya, kalau rajin. InsyaAllah saya akan reply.

49 comments On Cara Bank in Duit BSN [MayBank & CIMB]

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer