Part 1/3 – Risau Dengan Kos Sekarang Takut Tak Dapat Kerja?

image_pdfDownloadimage_printPrint

Nak dijadikan cerita. Ada sorang adik ni dia inbox saya di facebook. Tanya saya, kenapa sampai dapat gaji RM 4000 walaupun hanya ada diploma.

Ok, ini juga adalah mindset yang sama saya ada masa belajar dulu. Kalau anda terkejut dengan nilai RM 4000. Saya pula terkejut kenapa tak RM 1 500. Sebab, ikut kan masa saya belajar dahulu. Apa yang saya tahu, gaji dasar untuk diploma ialah RM 1 500. Manakala kalau Degree RM 2 500.

Saya dah pun terangkan pada si kawan kita ni macam mana boleh cecah sampai 4k. tapi rasanya, elok juga kalau saya buatkan satu post detail dalam blog ni.

Saya ada pecahkan kepada beberapa subtopik kecil untuk anda lebih jelas akan apa yang saya cuba nak sampaikan..

  1. Kenapa gaji saya sampai 4k walaupun hanya diploma
  2. Adakah benar gaji paras untuk diploma ialah RM 1 500? Degree RM 2 500
  3. Berkenaan dengan tajuk kita? Apakah kos yang confirm dapat kerja.

Kenapa gaji saya sampai 4k walaupun hanya diploma

Jawapannya ialah sebab saya OT. Kah kah…

Masa mula mula kerja company sekarang. Basic saya RM 2000. Lepas 6 bulan, sampai akhir tahun untuk naik gaji. Saya naik RM 60. So, jadi RM 2060

Untuk hari ni, ialah 2 September 2017. Agak agak gaji saya naik berapa? Tak apa. Kita teruskan dahulu. Nanti saya cerita kat bawah.

Sekarang saya nak cerita. Macam mana bsaic saya boleh sampai RM 2060.

Semuanya adalah disebabkan pengalaman. Masa mula mula graduate, saya kerja operator gaji RM 700. Ini zaman melineum tau. Bukan zaman tok kadok dulu. Zaman saya dengan zaman korang semua ni lebih kurang sahaja. RM 700 bukan keje level diploma. Biasalah, sementara menunggu. Lepas tu, saya dapat kerja tempat lain RM 1 200. Lepas tu masuk kilang yang ada OT. Basic dah jadi RM 1 500. Dan bila OT saya boleh dapat RM 2 500.

Bayangkan, saya graduate 2009. Dapat merasa gaji RM 2 500 masa tahun 2012. Adoi.

Oh ya. Basic RM 1 500 ni, tahun 2012 baru merasa.

So saya nak jawab soalan no 2 terus. Adakah benar gaji paras untuk diploma ialah RM 1 500? Jawapan TIDAK.

Saya dapat RM 1 500 tahun 2012 tu sebab saya sudah ada pengalaman kerja.

So berapa sebenarnya gaji basic starting untuk Diploma?

Jawapannya bergantung kepada negeri mana atau industri apa, atau kilang anda kerja, company yang anda kerja hasilkan produk apa dan pelbagai lagi.

Katakan saya bagi contoh faktor Negeri…

Untuk fresh graduate Diploma, kalau kerja di Ipoh. Atau lebih tepat kilang kilang di Ipoh. Kalau dapat RM 1 250 tu. boleh la buat kenduri kesyukuran cepat cepat. Bertuah sangat lah tu. kadang kadang geram juga kan, kerajaan buat gaji minima RM 1000. Dah tu kita yang diploma ni naik RM 250 je lebih hempas pulas 3 tahun amik. Haha..bagi saya, fikir macam ni pun betul, tak fikir macam ni pun betul. Tapi tak apa lah, kita skip dulu untuk hujahan hal gaji minima ni…

So, di Ipoh. Kalau fresh graduate dalam RM 1 250. Atau RM 1 400. Agak susah untuk sampai RM 1 500. Ini untuk spec kerja kerja kilang tau.

Kecuali kalau anda kerja kilang Taset Cement yang besar tengah tengah tu.

Kemungkinan besar boleh dapat RM 1 500. Kenapa boleh dapat? sebab macam saya cakap tadi. Bergantung kepada company yang anda nak kerja tu buat produk atau atau industri apa. Kalau cement, kerja di Ipoh. Agak cemerlang juga lah. Ada 3 kilang utama yang besar di Ipoh. Sebab batu kapur barang kali.

Kalau spec kerja kilang tapi area macam Penang, Kulim, Johor. Tinggi sikit lah. Lebih kurang dalam RM 1 800. Ya, terus dapat RM 1 800.

Kenapa jadi macam ni? sebab saingan. Di Penang, Kulim, Johor, memang kilang banyak. Kawasan industri kan. Kalau di Johor, siap ada company yang bayar guna Sing Dollar lagi.

Berbeza juga, kalau anda kerja perkapalan. Adik saya, basic starting RM 1 800 kalau tak silap. Lepas 2 tahun rasanya basic dia sudah jadi RM 2 500. Plus OT, elaun semua ada kalau ada job, lebih kurang 10k sebulan.

Oh ya. Adik saya sudah berhenti kerja tu. dan sekarang dapat kerja kerajaan. Basic dalam 2k. tiada OT rasanya, tapi maintain tahunan naik dalam RM 150 kalau tak silap.

Kalau saya yang kerja kilang ni, memang susah la nak maintan RM 150 setahun. Ada kawan saya yang naik 30 hengget sahaja.

Tapi kalau PLUS OT semua, orang yang kerja swasta memang boleh dapat lebih.

image credited to http://pinckneygriffin.com/7-ways-to-extra-cash/

Oh ya….untuk setiap department di bahagian kerajaan juga berbeza gajinya. Contoh kalau anda kerja di bahagian Keselamatan macam polis lain, di bahagian Kastam lain. Di bahagian hospital kerajaan lain. Di bahagian Pertanian ke semua lain. Memang tak sama lah ceritanya.

Biasanya yang tinggi kalau kerja dengan jabatan kerajaan ni ialah anda kerja dengan jabatan yang dapatkan duit untuk kerajaan. Macam Lembaga Hasil ke. Memang kutip duit rakyat ni. Kastam ke, keluar masuk duit Import semua ni. ataupun macam isteri saya, Jabatan Audit. Tinggi juga. Kenaikan pun maintain RM 250 sebulan.

Kalau anda minat nak kerja kilang macam saya.

Bajek gaji nya buat macam ni.

Kalau basic 2k, anda boleh OT sampai RM 3 500

Kiranya jumlah final gaji tu akan jadi tambahan separuh dari basic. Jarang sangat anda boleh lebih dari basic.

So, kalau basic 3k. OT akan jadi 4.5k

Tapi kenapa saya 2k, lebih jadi 4k?

Saya pernah dapat 4.9k juga sebenarnya.

Ini lagi satu cabang kenapa gaji boleh lebih. Iaitu benefit yang setiap company provide kan. Saya tak perlu cerita tentang n, nanti korang dah kerja korang tahu lah.

Yang penting ceritanya macam ni. bila nak cari kerja, ambil tahu berapa basic boleh dapat, dan apa benefit yang ada.

Dekat Ipoh. Ada satu kilang ni namanya XXX. Saya pernah kerja sini dulu. Kerja nya memang best. Rilex. Sempoi. Tapi gaji ciput. Naik gaji lambat.

Banding dengan kerja saya sekarang, leh dapat lebih kan. Tapi kerja macam bullshit. BZ memanjang.

Biasa lah tu, vice versa. Tak semua rezeki kita boleh dapat. yang penting, bersyukur.

Tak sangka artikel ni dah sampai 918 patah perkataan.

Jum kita pergi Part 2 pula,

Iaitu degree betul kah RM 2 500 sebulan untuk fresh graduate.

Summary

  1. Kenapa gaji saya sampai 4k walaupun hanya diploma
  2. Adakah benar gaji paras untuk diploma ialah RM 1 500?Degree RM 2 500?
  3. Berkenaan dengan tajuk kita? Apakah kos yang confirm dapat kerja?

 

 

Blog ni saya mula tulis masa 2016 lagi. Saya cover topik dari mula anda nak sambung belajar, cara nak cari tempat praktikal, nak cari kerja tetap, dan hinggalah ke tahap bagaimana nak uruskan kewangan. Moga perkongsian saya memberi manfaat. Tolong tinggalkan komen ya, kalau rajin. InsyaAllah saya akan reply.

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer