Pinjaman Perkahwinan

image_pdfDownloadimage_printPrint

Antara Pinjaman Peribadi Yang Paling Berpatutan

Nak buat pinjaman peribadi untuk perkahwinan? Menarik juga idea tu, memudahkan, tak perlu susah susah, penat penat nak nyimpan ye dak. Tambah lagi jenis yang macam saya sendiri, bukan lah gaji sikit sangat. Boleh lah, tapi nak menyimpan tu memang seksa.

Kalau gaji banyak, banyak pula benda nak beli.

Tapi, untuk buat pinjaman semata mata untuk perkahwinan memang merugikan. Sebelum kahwin, memang kita nampak beban tu di wang hantaran. Tapi selepas kahwin, banyak lagi yang kita kena bayar. Tambah lagi yang jenis dapat anak cepat. Bukan lah berkira, tapi at least kita bersedia lah kan.

Image credited to Ikahwin

Se elok eloknya, anda jangan lah buat. Atau pun, kalau terpaksa sangat. Jangan buat terlampau besar. Mungkin dalam 5 ribu sahaja sebagai duit ready kalau jadi apa apa.. Itu pun kalau terpaksa ya, sebab kalau boleh kita nak sangat untuk tidak terus buat pinjaman ni.

Antara Institusi Kewangan Terbaik

Kalau anda urgent, boleh try Easy RHB Bank. Kalau tak urgent, boleh cuba Aeon Credit Service. Sebab Aeon ni perlukan masa dalam seminggu untuk process. Kalau anda kakitangan awam, paling cepat saya pernah tengok 3 hari. Untuk easy RHB, kalau semua nya tiada masalah. Anda layak, basic pun di atas RM 1500, ada potongan EPF, boleh lulus dan dapat duit kejap itu sahaja. so cepat lah kan.

Tapi kalau tiada aral, boleh la try AEON sebab rate nya lebih rendah.. Atau pun lebih kurang sama sahaja kalau try RHB pun..

Untuk pinjaman Aeon, anda boleh whatsapps terus saya, dan untuk RHB boleh terus bergegas dan duit sekarang di Easy RHB cube.

Berapakah Bajet Kahwin?

Saya sendiri, habis dalam 20k kot.

Atau pun, kalau korang boleh get ready dalam 15k dah kira sedap sedap lah tu. Kalau 20k, selesa lah sikit. Apa apa pun, ia masih lagi bergantung kepada jumlah hantaran yang dikenakan oleh pihak perempuan. Kalau saya, dalam 10k hari tu.

Tapi wife tak berkira sangat, so dia bagi saya balik dalam 4k. saya guna bagi mak untuk belanja kenduri sebelah lelaki. Dan juga ada tambah tambah sikit bagi mak.

Tapi itu pun tak cukup, namun alhamdullillah, time kenduri tu sebelah lelaki, dapat juga lah dalam 6 ribu untuk duit derma orang bagi. So lega sangat lah saya time tu, sebab saya tau mak pun ada dan terpaksa keluarkan sikit duit belanja. Sebab saya memang tak cukup..

Tapi itu lah, kalau 15k, sedap sedap

Kalau 20k, selesa

RM 30k? simpan simpan lah duit tu. Baik guna belanja lepas kahwin..

Blog ni saya mula tulis masa 2016 lagi. Saya cover topik dari mula anda nak sambung belajar, cara nak cari tempat praktikal, nak cari kerja tetap, dan hinggalah ke tahap bagaimana nak uruskan kewangan. Moga perkongsian saya memberi manfaat. Tolong tinggalkan komen ya, kalau rajin. InsyaAllah saya akan reply.

3 comments On Pinjaman Perkahwinan

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer