ROHM WAKO Electronics, Pengkalan Chepa, Kelantan
Maka tersebut lah kisah saya dapat panggilan temuduga di ROHM WAKO ELECTRONICS, Pengkalan Chepa, Kelantan. Saya percaya ini bukan jemputan khas, kiranya bukan jemputan temuduga yang memang untuk saya datang temuduga semata mata.
Sebab ikut pada email yang diorang hantar, kena bawa kalkulator semua. So sudah pasti akan ada test, atau saringan lagi.
Macam mana saya boleh di panggil temuduga oleh ROHM WAKO?
Sebelum ni, dalam bulan lepas kalau tak silap. Ada Job Fair oleh JobsMalaysia di UTC Kelantan, belakang KB Mall. So saya pun pergi lah sekali untuk tengok tengok kan Rohm Wako. Bila pergi, seperti diduga, punya la panjang. Prosesnya, beratur macam tu, bagi tahu pointer berapa dan bagi resume, lepas tu masuk bilik untuk jawab test. Tapi saya tak pasti ada interview ke tak. Saya rasa tak ada. Kiranya diorang buat test sahaja dahulu.
Berbalik kepada betapa panjang nya barisan tadi, saya pun masuk KB Mall dan makan kat Seoul Garden dulu. Hehe. Wife memang suka makan sini. Eh silap, wife memang suka makan.
Maka, terbang lah 39×2 = 78 ringgit cek.
Lepas makan, dalam pukul 12 or 1 macam tu. Saya datang semula ke UTC untuk tengok barisan yang panjang tadi. Rupanya masih lagi panjang macam tu juga. Tak nampak kurang pun. Saya pun malas nak usaha untuk beratur sebab saya tengok kat papan kenyataan untuk ROHM WAKO, hanya bagi basic RM 1400 sahaja. Saya pun terus skip beratur tu dan bagi resume kat cik adik yang jaga kaunter ROHM WAKO.
Ok…stop cerita.
Kiranya saya hanya hantar resume sahaja. Test tak amik pun.
Tapi jangan kecik hati pula saya tak tahu soalan test hari tu macam mana. Saya tanya kawan saya yang juga pergi, tapi lewat sikit. Dalam pukul 3pm. Dia cakap testnya lebih kepada macam masalah.
Contoh macam,
Kualiti dengan kuantiti mana lagi penting?
Atau pun, apa arahan yang sesuai supaya operator dengar cakap untuk dapatkan output, kalau anda selaku supervisor.
Atau pun lagi satu, apa ayat yang anda boleh cakap, kalau nak deal dengan operator yang selalu datang kerja masuk lewat.
Dan selepas sebulan. Lebih kurang time raya. Saya dapat email untuk datang temuduga 29hb June 2017. Kira semalam lah, yang saya tulis artikel ni 30 June.
Tapi saya tak pergi…
Sebab?
Saya call orang yang hantar email jemputan temuduga tu, Cik Hidayah.
Saya tanya dia 3 soalan…
- Adakah keje yang di apply ni contract atau permanent? Saya tanya soalan ni sebab wife cakap, kemungkinan bukan permanent. Dan bila saya tanya, Cik Hidayah cakap, technician sahaja permenant. Engineer contract
- Soalan kedua tentang gaji, betul ke gaji hanya RM 1400 walaupun pengalaman sudah 10 tahun? Jawapannya ya. 1400 juga.
- Shift pattern macam mana. Dia cakap 4 2 4 2.
4 2 4 2 tu ibaratnya macm ni lah,
4 hari kerja siang,
2 hari cuti
4 hari kerja malam,
2 hari cuti..
Dan seterusnya..
Saya pergi atau tak ni temuduga Rohm Wako? Jawapannya tak..
Saya tak nak pergi, sebabkan 2 daripada 3 soalan tu buatkan saya rasa tak best.
No 1, tak ada masalah sebab saya nak apply technician
No. 2, basic saya sudah 2060 kilang yang sekarang. Kalau 1400 tu sangat susah lah saya.
No. 3, shift 4 2 4 2 ni penat tau. Saya pernah kerja shift pattern ni kat ipoh dulu. Penat..tapi bukan penat badan, penat otak yang rasa dah macam orang gila je keje setiap hari..
Sebab shift pattern saya sekarang ialah 4 3 3 3
Bermaksud
4 hari kerja siang
3 hari cuti,
3 hari kerja siang,
4 hari cuti…lepas tu tukar pula
4 hari kerja malam,
3 hari cuti
3 hari kerja malam,
4 hari cuti…
Bayangkan happy nya cuti 4 hari?
Biasa saya akan buat 2 hari OT untuk cuti yang 4 hari. Dan 1 hari OT untuk 3 hari cuti.
1 hari OT adalah dalam RM 200 lebih . So nampak tak kemewahannya di situ. DUNIA DUNIA…
Jadi itu sebab lah saya tak terima.
Adakah Saya Tidak BERSYUKUR?
MasyaAllah, nate mu ni ye. Tak lah.
RM 1400 memang sesuai untuk fresh. Atau pun yang tak berapa nak komitmen macam saya.
Kenapa ROHM WAKO Bagi Gaji KECIK?
Bukan salah ROHM WAKO tau. Benda ni normal, kilang yang antara utama di Pengkalan Chepa, Kelantan tu ialah ROHM WAKO. So kilang ni tiada saingan. Jadi dia tak endah sangat pasal pekerja nak lari atau tak.
Ini normal. Dulu masa saya di Ipoh pun macam tu.
Lainlah, kalau kilang di Penang atau di Kulim. Atau bandar industri yang lain. Kilang kilang ni akan berebut untuk nak pekerja.
Nasihat Saya!!
Mana yang perlu, dan anda masih lagi tiada pengalaman. Kerja dahulu. insyaAllah kalau ada rezeki lain, cabut lah. Atau pun kalau dah happy kerja di ROHM WAKO kenapa tak teruskan aje. Kerja ni, tak semestinya sebab duit, ada juga sebab happy. Walaupun gaji ciput, tapi hati mesti tenang.
Apa apa pun. Sekian dulu…
Lagi satu hal..
Perasankan, kat KB MALL tu saya tak buat test kan? Saya pun tak beratur panjang panjang. Pergi depan terus bagi resume.
Sepatutnya test tu untuk saringan supaya dia boleh tapis dengan mudah untuk mana yang tak layak.
Tapi saya masih lagi dipanggil temuduga.
So terbukti tak kebolehan resume saya? Kawan saya yang datang pukul 3 tadi tu, udah memang orang Kelantan tu. Duk Pengkalan Chepa lagi. Tapi tak dapat…
Saya bukan riak, tapi saya nak bagi tahu, apa yang saya share dalam blog ni adalah hasil pengalaman + pengetahuan saya. Kiranya saya bersungguh sungguh nak anda dapatkan kerja ni.
Jangan fikir, belajar tinggi tinggi pun, kerja operator juga. Memang lah jadi operator, sebab anda mindset salah. Jangan fikir macam tu. Nanti lagi susah nak dapat kerja.
Memang lah negara maju pun ada kes pengagangguran. Inikan pula negara macam kita. Tapi jangan fikir macam tu, jangan ada mindset lemah yang macam tu. InsyaAllah ada rezeki kalau betul usahanya.
68 comments On Saya Dapat Jemputan Temuduga di ROHM-WAKO KELANTAN
Boh keje di kilang mana?
Ada kekosongan ke kilang2 dekat kawasan boh kje?
Saya kerja kulim. Nanti saya buat fan page jawatan kosong untuk kelantan ya
kilang kat kulim kilang ape?
saya nak kerja dikilang rohm wako saya nak gaji rm 900.00.sila telephone saya. 09-7191919.esok ke lusa ke kerja.
Assalam bos..nk tanya pasal shift pattern tu… 4 2 4 2 total baru 6 hari je kn? 1 hari lagi tu macam mana bos?…maaf tanya bukan2
haha…x ada apa pun..Wasalam.
kalau kerja shift ni…bukannya mcm kerja biasa, terikat dengan berapa hari seminggu..kerja je, nanti dia akan rotate lah.
serupa juga dengan public holiday. Mak saya, saya da keje kilang bertahun tahun pun dia masih tanya. eh nanti hari agung cuti? public holiday apa apa ke cuti tak?
bila da keje kilang 12 jam shift atau pun 8 jam shift ni. jarang la nak cuti. keje je. malah, kami lagi suka keje time public. bos pun x de, gaji pun bayar double. contoh macam saya, kalau keje time public dalam 322 ringgit sehari..
ada kerja kosong x kat tempat tuan?
Kilang saya sekarang ke? ada tu memang ada. boleh cuba call HR tanya macam mana
kilang nama ape tuan
email saya…
boleh saya tahu email tuan syed?
Abu..contact saya kat form atas tu.
SYEDSHAFF > HUBUNGI SAYA
sy ad pengalaman welder oil n gas 7 tahun.skrg projek slow.nk try masuk keje kilang skali.keje ape yg sesuai utk sy yea?sy belum bekerja sekarang.boleh contact no hr tempat tuan keja..
kerja welder balik lah..ada je peluang..cuma rasanya x banyak sangat la macam yang awak dapat kat oil and gas tu
Sy pernah kerja sini..11bln contrak ,tp dia test balik sy msuk iv smula xlepas, sbrng rayuan tdk ditrima ..apa la nasib bdn krja atendnt full xde mc pn dia xpndng mnkin dia pling bsr dkt klntan dia blh bodo2 kn org mcm tu je ..keeja sni mntl kna kuat 🤣🤣
ye..mungkin sebab dia tak ada saingan..jadi dia tak takut kalau hilang pekerja
salam..adik sy dpt iv kat kilang ni.. tp tarikh iv nye jatuh pada tarikh hari final exam die kat kolej.dlm email tu , kilang ni ckp xleh tukar tarikh iv. adoii..camne ye..
geram pula rasanya baca cerita ni. poyo betul company tu ya..eh bukan company tu poyo, staff tu. nak tolong orang melayu sendiri pun tak nak. minta tangguh petang je la macam mana..ok? lewat sikit ke, awal sikit ke. tak leh?
Ada kosong ko dkt boh kerja skrg ? Company nama apa ?
Saya kerja kulim. ada banyak je kerja kosong kat sini, dan kilang2 yang lain juga
boleh bagitau x kilang ape?
infenion
Selain infineon kilang apa lgi ad dekat kulim..sy nk buat practical dkt kilang tersebut
zikry, terlampau banyak kalau nak saya list kan…
cek sini
https://www.kulimkedah.my/senarai-kilang-di-kulim-hi-tech/
Sy pelajar jurusan mechatronics engineering , adakah kt kilang tuan sediakan untuk pelajar praktikal ???
Rohm wako boleh buat praktikal tak ??
boleh boleh..cuba call tengok
Slm..kalau nk mohon jawatan di rohm wako p.chepa..sbg operator…resume oleh anta melalui email x…tp saya xda email kilang tu.
kejap ya, saya carikan
macam mana saya nak contact awak ya? Saya nak tanya tempat awak kerja tu ada kosong tak sbgai technician ? Sy tnya untuk tunang sy
saya sudah email
salam.. nk tnye,, sy ade pengalaman kerja 2thn maskargo airlines,,lebih kurang logistik,, kloo apply kerja kilang,, dept ape yg ssuai utk sy apply??
bahagian store dan logistik pun boleh tuan.. atau lebih kurang bahagian stock
Masih ada kekosongan tak at tempat krja tuan? Klau ada mcm mne saya nak apply yea?
yang di kulim atau di rohm wako? kalao yang di kulim. boleh tinggalkan nombor, nnt saya akan update
Kat tempat kerja tuan ada kekosongan sebagai Engineer?
ada wan
Tuan ada email/contact no. HR?
sy da email naim ya
Assalamualaikum boss.masih ada kosong lagi tak jurukteknik dekat kilang boss??
ada zul, wasap sy
0193139060
Saya fresh graduate dlm bidang islamic banking… Bleh x tuan share email address bhgian HR tmpt tuan krja..? Sy rsa berminat utk apply kerja utk bhgian akaun, atau office..
wasap saya 0193139060
Salam tuan, dekat tempat tuan ada kerja kosong tak, sy fresh graduate mekanikal engineer
wasap saya 0193139060
Salam…tuan,maaf bertanya…kilang yg tuan kerja ada kerja kosong x?tapi saya xda pengalaman kerja di kilang…saya fresh graduate..kalau nak apply kerja macam mana ye kat sana?harap tuan boleh bantu.
wasap saya 0193139060
Kilang apa kat kulim tu??0
infenion
Saya pelajar jurusan kimia proses engineering adakah kilang tuan sediakan tempat LI?
Salam Hanis, ya ada. Hanis boleh contact trus bahagian HR ya
Salam, saya fresh grad jurusan chemical engineering. Macam mana ye untuk sy apply kerja di sana?
soalan basic ni dek
cari artikel, panduan cari kerja dalam blog ni
Assalam, adakah tuan mempunyai email/contact no. HR bagi kilang ROHM Wako Electronics di Pengkalan Chepa?
ada hari tu. saya dah terpadam dah pun kot. awak call je dulu, ok?
Salam tuan, Maaf ya bertanya. Kilang Rohm Wako ni, Kilang apa ya sebenarnya? Boleh tuan email saya tak ? saya ada beberapa soalan untuk bertanya.
done email
salam tuan nak tanya. ada kerja kosong lagi ke kilang tuan? sbb saya dulu belajar di
hitec kulim
dalam tempoh 6 bulan ni saya rasa semua semicon company akan slow down sikit kot dekat output. so hiring pun mungkin kurang. tapi, bukan untuk semua department lah. mungkin try call dulu untuk confirm.
recruit@adm.rohmmalay.com