Pinjaman Wang Berlesen Yang Boleh Dipercayai

image_pdfDownloadimage_printPrint

So ada ke tak pinjaman wang berlesen yang boleh dipercayai? Sudah pasti ada. Dan terlampau banyak pun orang cina yang berniaga jual loan ni. Boleh kata di mana mana, ada sahaja iklan iklan di tiang lampu lah, tempat orang lalu lalang lah. Memang banyak..

Seperti yang anda semua tahu, wife saya dari Kelantan (untuk mana yang tahu lah, boleh baca about me ya) dan bila dah sampai Kelantan ni, tak sangka sebab banyak betul iklan iklan pinjaman berlesen di tiang lampu dan di tepi jalan semua. Bukan lah nak cakap pelek. Tapi terfikir juga, kalau iklan macam ni di Penang, confirm ini dari syarikat cina, tapi kalau di Kelantan, adakah ia dari perniagaan orang melayu?

Rasanya tak kot kan.

Tapi tak mengapa lah. Untuk anda tahu, sama ada perniagaan pinjaman berlesen ini boleh dipercayai ke tak, mudah sahaja.

  1. Pertama, jangan cuba dapatkan secara online

Confirm anda akan kene kencing. Bukan sebab saya prejudis, tapi tak payah lah. Atau pun, mungkin sebab saya cakap kencing tu ialah, nombor korang akan di pas pas oleh diorang ni ke pinjaman berlesen yang lain. Confirm.

  1. Kalau awal awal dia minta duit, cepat cepat lah tinggalkan.. confirm penipu

Saya cakap macam ni sebab saya pernah kena tipu macam tu. 6 ribu duit saya habis gitu jer. Nak buat macam mana, saya sendiri pun terlampau sengal sebab percaya. So, burn la 6 ribu.

Mula mula minta berapa ratus entah, lepas tu minta lagi, kononnya nama saya terstop dekat bank negara lah apa semua. Lepas tu minta lagi dan lagi. Saya pun masa terdesak tau. Saya pun bagi, sampai ke 6k. Sengal ubi

Report polis, polis cakap, duit saya tu tak akan dapat balik. So saya pun balik, report tarik balik. Buang masa sahaja..

Dalam blog ni, ada juga 3 4 orang yang tinggalkan komen tanya saya. Kalau orang tu minta duit untuk dapatkan duit yang lain boleh percaya ke? Saya cakap terus terang, tak perlu. Jangan percaya, korang dalam proses nak kena tipu…

Ikutkan pada polis yang saya buat laporan hari tu, dia ada cakap. Benda ni melibatkan sindiket yang besar. Terutamanya kalau penjahat ni datang dari negara Taiwan. Polis tu cakap, di sana, siap ada satu bangunan yang khas nya untuk tipu dan kencing orang macam yang saya kena ni.. geng ni geng yang besar, melibatkan senjata semua. Saya ada cuba cakap, Tuan trace lah dari no akaun yang saya bagi ni.

Dan dia juga cakap, benda ni tak membantu sangat. Sebaliknya banyak lagi benda benda yang Polis patut buat. Dia juga ada minta saya bagi kan nombor, dan Polis tu akan masuk dalam sistem untuk cek berapa banyak laporan melibatkan no akaun yang saya masuk duit tu.

Ternyata, memang banyak. Antaranya yang saya masih ingat, di Sawarak, Selangor juga. Ada yang lebih banyak lagi dari saya. Ada juga yang 3 ribu macam tu. Ah sengal nya saya sebab percaya diorang…

So cara yang terbaik ialah, anda pergi sendiri di mana mana syarikat pinjaman berlesen ni dan tanyakan cara nya.

Tapi itu lah, memang jumlah yang korang bayar lebih kurang. Tapi di bayar dalam tempoh yang singkat. Benda yang patut bayar 3 tahun di bank, anda kena bayar 6 bulan sahaja.

Ibarat, macam korang apply 1 ribu di Aeon..

Bulanan untuk 2 tahun ialah 57 ringgit. Dan kalau anda darabkan 57 ni dengan berapa banyak bulan anda bayar, berjumlah RM 1 368.

Kalau rate pinjaman berlesen ni, pinjam seribu, dah la confirm tolak 200. So dapat dalam RM 800 sahaja, tapi kena bayar RM 270 dalam masa 6 bulan. RM 270 darab 6 bulan? = RM 1 620

Oh ya tersilap, bukan sekadar korang kena bayar dalam tempoh sekejap, malah jumlah nya agak tinggi sedikit. Kebiasaannya kan, kalau korang pinjam 5k atau pun 10k dari mana mana bank. Jumlah total bayaran balik mesti ‘Jumlah Pinjaman’ + “separuh daripada jumlah pinjaman.. Kiranya, kalau pinjam 10k, total bayar ialah 15k. Pinjam 5k, total bayar ialah 10k.

Contoh, kalau macam Aeon

Pinjam 5k, dan bayar balik dalam masa 3 tahun.

Bulanan 214 darab 36 bulan = RM 7 704

Pinjam 10k dalam masa 3 tahun, bulanan, 428. Rm 428 darab dengan 36 bulan = RM 15 408

Hah kan separuh tu..

Ok kita cuba lagi, kalau pinjam 30k pula

Bulanan RM 1085 darab dengan 36 bulan = RM 39 060

Naik 9k sahaja? Kenapa?

Sebab apa yang saya perasan, kalau korang pinjam di bawah 20k rate pinjaman dari bank ini agak tinggi sedikit. Tapi kalau pinjaman 20k ke atas, bunga sedikit rendah. So mungkin itu sebab 9k, sahaja. Tambah pula, kalau di Aeon, kalau yang 10k ke atas ni siap ada special rate lagi, saya pun tak pasti apa nama. Tapi itu lah dianya…

Nak try pinjaman Aeon? Wasap saya sekarang, pinjaman ini anda tak perlu datang ke Centre. Boleh diurus secara online sahaja… atau secara whatsapp sahaja…

Blog ni saya mula tulis masa 2016 lagi. Saya cover topik dari mula anda nak sambung belajar, cara nak cari tempat praktikal, nak cari kerja tetap, dan hinggalah ke tahap bagaimana nak uruskan kewangan. Moga perkongsian saya memberi manfaat. Tolong tinggalkan komen ya, kalau rajin. InsyaAllah saya akan reply.

60 comments On Pinjaman Wang Berlesen Yang Boleh Dipercayai

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer