So ada ke tak pinjaman wang berlesen yang boleh dipercayai? Sudah pasti ada. Dan terlampau banyak pun orang cina yang berniaga jual loan ni. Boleh kata di mana mana, ada sahaja iklan iklan di tiang lampu lah, tempat orang lalu lalang lah. Memang banyak..
Seperti yang anda semua tahu, wife saya dari Kelantan (untuk mana yang tahu lah, boleh baca about me ya) dan bila dah sampai Kelantan ni, tak sangka sebab banyak betul iklan iklan pinjaman berlesen di tiang lampu dan di tepi jalan semua. Bukan lah nak cakap pelek. Tapi terfikir juga, kalau iklan macam ni di Penang, confirm ini dari syarikat cina, tapi kalau di Kelantan, adakah ia dari perniagaan orang melayu?
Rasanya tak kot kan.
Tapi tak mengapa lah. Untuk anda tahu, sama ada perniagaan pinjaman berlesen ini boleh dipercayai ke tak, mudah sahaja.
- Pertama, jangan cuba dapatkan secara online
Confirm anda akan kene kencing. Bukan sebab saya prejudis, tapi tak payah lah. Atau pun, mungkin sebab saya cakap kencing tu ialah, nombor korang akan di pas pas oleh diorang ni ke pinjaman berlesen yang lain. Confirm.
- Kalau awal awal dia minta duit, cepat cepat lah tinggalkan.. confirm penipu
Saya cakap macam ni sebab saya pernah kena tipu macam tu. 6 ribu duit saya habis gitu jer. Nak buat macam mana, saya sendiri pun terlampau sengal sebab percaya. So, burn la 6 ribu.
Mula mula minta berapa ratus entah, lepas tu minta lagi, kononnya nama saya terstop dekat bank negara lah apa semua. Lepas tu minta lagi dan lagi. Saya pun masa terdesak tau. Saya pun bagi, sampai ke 6k. Sengal ubi
Report polis, polis cakap, duit saya tu tak akan dapat balik. So saya pun balik, report tarik balik. Buang masa sahaja..
Dalam blog ni, ada juga 3 4 orang yang tinggalkan komen tanya saya. Kalau orang tu minta duit untuk dapatkan duit yang lain boleh percaya ke? Saya cakap terus terang, tak perlu. Jangan percaya, korang dalam proses nak kena tipu…
Ikutkan pada polis yang saya buat laporan hari tu, dia ada cakap. Benda ni melibatkan sindiket yang besar. Terutamanya kalau penjahat ni datang dari negara Taiwan. Polis tu cakap, di sana, siap ada satu bangunan yang khas nya untuk tipu dan kencing orang macam yang saya kena ni.. geng ni geng yang besar, melibatkan senjata semua. Saya ada cuba cakap, Tuan trace lah dari no akaun yang saya bagi ni.
Dan dia juga cakap, benda ni tak membantu sangat. Sebaliknya banyak lagi benda benda yang Polis patut buat. Dia juga ada minta saya bagi kan nombor, dan Polis tu akan masuk dalam sistem untuk cek berapa banyak laporan melibatkan no akaun yang saya masuk duit tu.
Ternyata, memang banyak. Antaranya yang saya masih ingat, di Sawarak, Selangor juga. Ada yang lebih banyak lagi dari saya. Ada juga yang 3 ribu macam tu. Ah sengal nya saya sebab percaya diorang…
So cara yang terbaik ialah, anda pergi sendiri di mana mana syarikat pinjaman berlesen ni dan tanyakan cara nya.
Tapi itu lah, memang jumlah yang korang bayar lebih kurang. Tapi di bayar dalam tempoh yang singkat. Benda yang patut bayar 3 tahun di bank, anda kena bayar 6 bulan sahaja.
Ibarat, macam korang apply 1 ribu di Aeon..
Bulanan untuk 2 tahun ialah 57 ringgit. Dan kalau anda darabkan 57 ni dengan berapa banyak bulan anda bayar, berjumlah RM 1 368.
Kalau rate pinjaman berlesen ni, pinjam seribu, dah la confirm tolak 200. So dapat dalam RM 800 sahaja, tapi kena bayar RM 270 dalam masa 6 bulan. RM 270 darab 6 bulan? = RM 1 620
Oh ya tersilap, bukan sekadar korang kena bayar dalam tempoh sekejap, malah jumlah nya agak tinggi sedikit. Kebiasaannya kan, kalau korang pinjam 5k atau pun 10k dari mana mana bank. Jumlah total bayaran balik mesti ‘Jumlah Pinjaman’ + “separuh daripada jumlah pinjaman.. Kiranya, kalau pinjam 10k, total bayar ialah 15k. Pinjam 5k, total bayar ialah 10k.
Contoh, kalau macam Aeon
Pinjam 5k, dan bayar balik dalam masa 3 tahun.
Bulanan 214 darab 36 bulan = RM 7 704
Pinjam 10k dalam masa 3 tahun, bulanan, 428. Rm 428 darab dengan 36 bulan = RM 15 408
Hah kan separuh tu..
Ok kita cuba lagi, kalau pinjam 30k pula
Bulanan RM 1085 darab dengan 36 bulan = RM 39 060
Naik 9k sahaja? Kenapa?
Sebab apa yang saya perasan, kalau korang pinjam di bawah 20k rate pinjaman dari bank ini agak tinggi sedikit. Tapi kalau pinjaman 20k ke atas, bunga sedikit rendah. So mungkin itu sebab 9k, sahaja. Tambah pula, kalau di Aeon, kalau yang 10k ke atas ni siap ada special rate lagi, saya pun tak pasti apa nama. Tapi itu lah dianya…
Nak try pinjaman Aeon? Wasap saya sekarang, pinjaman ini anda tak perlu datang ke Centre. Boleh diurus secara online sahaja… atau secara whatsapp sahaja…
60 comments On Pinjaman Wang Berlesen Yang Boleh Dipercayai
nak pinjam 30 k….. company baru 10 bulan.
bisnes ke apa ni, boleh baca artikel ni https://www.saya-share.com/pinjaman-perniagaan/
Dimana saya boleh dapatkan no fon encik
done email
Dimana saya boleh mendapatkan no. Telefon
saya sudah email Jes
sy nk jgk tn
Boleh tau no tel en.syed?
Dah pernah try applied aeon, decline. Boleh tolong?
kene tunggu lama sikit rasanya baru boleh buat balik…
Macam mana nak mohon yee
pinjaman berlesen? bahaya tu…nk buat juga?
Mcm mna klu nk wat personal loan aeon
+60 18-255 5161 – contact dia ni
Pm no fon
Saya kerja guru. Tapi payslip dah tak cantik. Gaji bersih dah lebih 70%. Gaji bersih tinggal lagi 1812. Agak² masih layak ke mohon aeon ni? Sangat perlukan pinjaman
boleh cuba. tp mmg nmpk sangat tak layak nya tu
Boleh send no fon kat email tak?
saya sudah email Cik Norsiah
boleh minta nom hp n send dekat email
saya email..
Macam mana nak apply pinjaman aeon ?
Bella boleh pergi ke kaunter aeon,
Brape lama process tuan..sye nk pnjam 20 k
2 minggu kot
mnta no fon encik
Pm nombor
Assalamualaikum,boleh email no telefon encik?
Sy nk cuba apply tp blacklist boleh ke?
.
Bole dptkan no WASAP?
Pm no encik kat email saya
Hi. Mcm nk apply pinjaman aeon ?
g aeon
Macam mana nak cek utk apply loan aeon?
pergi kat kaunter ella
Saya dapat sms dari satu telefon bimbit, menyatakan loan saya lulus 10k, bayaran melalui auto debit, rm170 sebulan selama 5 tahun….daripada syarikat http://www.loansyariah.com…. Kononnya tak perlu bayar deposit atau apa-apa fee pun….boleh caya ke ni admin?
tak boleh..tipu jer
Sy dah apply loan aeon.. kalau saya nak topup lagi boleh ke?
Saya pnh try apply loan aeon.. Tp xlepas. Boleh tlong saya x?
Klu nk buat personal loan aeon blh ke…n ap syarat klayakan
boleh lepas..senang sikit
Kalau student nak buat loan macam mana? Urgent nak pakai duit
Student boleh ke?
pm sy encik pasal loan aeon
Saya nk apply loan 10 k..boleh ke?
boleh
Boleh saya tahu nombor telefon tuan.
Saya nak ws admin