Pinjaman Segera Online [3 Bank Utama Malaysia]

Antara Permohonan Pinjaman Peribadi Lulus Cepat…

Permohonan untuk pinjaman peribadi dari Bank [Update] memerlukan masa. Kebiasaannya lebih kurang 2 minggu. Hal ini kadang kadang memang menyusahkan kita untuk menunggu. Kalau memang confirm dapat duit. OK lah kan. Kalau tak dapat? Nak buat permohonan seterusnya dan perlu untuk tunggu lagi itu sudah jadi satu cerita lain.

Kebanyakan pinjaman peribadi juga memerlukan penjamin atau guarantor. Walaupun rate kelulusan untuk anda lulus pinjaman itu lebih tinggi dengan guarantor. Plus lagi dengan kalau ada guarantor jumlah pinjaman yang dipohon boleh ditinggi lebih sedikit. Tapi tak semua orang yang kadang kadang selesa untuk berkongsi untuk buat loan kan? Senyap senyap, macam saya juga dahulu.

Pendek kan cerita. Artikel ini, saya bukan setakat berkongsi 3 Bank atau jenis institusi kewangan yang luluskan permohonan anda dengan cepat, malah permohonan anda juga kemungkinan besar tidak memerlukan penjamin.

Yang Pertama: Pinjaman Peribadi Easy RHB Bank

Easy RHB janjikan duit akan masuk dalam tempoh 10 minit sahaja. Dalam banyak banyak personal loan, rasanya ini lah paling pantas. Lagi pantas dari pinjaman along ya kan.

Kalau nak apply jangan pergi pada RHB Bank, kalau apply dari RHB bank memang akan ambil masa yang lama. 2 minggu. Sebab ia akan guna cara manual. Hantar dokumen anda ke Bank Negara untuk disemak. Tapi kalau pergi kaunter Eay RHB yang biasa nya ada di Tesco tak ambil masa lama pun untuk confirm kan samada anda layak atau tidak.

Kalau tak silap, RHB kena bayar dalam 10 ringgit kot untuk satu kali check, samada anda layak atau tidak. Kalau tak silap lah. Saya pun dah lama tak buat. Tapi yang pasti, masa tu lebih kurang dalam tahun 2012. Saya buat Easy RHB ni memang dalam keadaan yang tengah kosong dari segala hutang. Kiranya first time lah buat personal loan. Kad kredit pun masih lagi tak ada. Dia minta IC, lepas tu minta statement KWSP. [ senarai kad kredit mudah lulus ] + [ kad kredit untuk gaji di bawah 2000 ]

Tak perlu sibuk sibuk nak bawa statement KWSP tu, sebab machine apa semua nak check semua ada sekali sana. Lepas isi form, pegawai tu cakap. Sebaik sahaja awak sampai rumah. Duit itu akan masuk.

Bila dah sampai rumah, memang betul pun.

Untuk RHB Easy repayment plan, anda boleh rujuk image table di bawah

Untuk rekod, loan amount yang paling rendah ialah RM 3000 atau RM 4000. Sudah tiada lagi untuk pinjaman RM 2 000. Anda boleh sahkan sendiri di cawangan RHB Easy yang terdekat.

Syarat Pinjaman Easy RHB

Hanya perlu bawa IC sahaja.

Hah, sebelum saya terlupa. Kan statement KWSP tadi kan. Dia akan ada syarat syaratnya juga tao. Antaranya mesti tak skip pemotongan KWSP untuk 6 bulan.

Lepas tu juga ada kadar minimum nya. Lebih kurang dalam 150 ringgit paling minimum. Untuk yang selfemployed, mungkin leceh sikit sebab anda kena bawa validated receipt dari LHDN. Saya pun tak pasti apa benda ni. Boleh rujuk website RHB ini untuk lebih lanjut. Ya.

Yang Kedua: Hong Leong Mach IOU Personal Loan

Plan pinjaman peribadi daripada Hong Leong ini agak baru juga di pasaran. Masa yang dijanjikan lebih kurang dalam 60 minit.

Ikutkan pengalaman saya sendiri, macam agak sukar untuk dapatkan pengurusan selesai dalam tempoh 60 minit. Kecuali kalau anda benar benar layak.

Sebab ada sesetengah pegawai bank yang walaupun nampak macam sipi sipi sahaja layak, mereka yang berusaha untuk dapatkan pelepasan permohonan anda juga. Biasanya lah, dia pun nak makan komisyen kan.

Syarat Kelayakan

Hal ini, akan buatkan anda perlu berikan beberapa details yang lain yang memang perlukan masa untuk dapatkan, seperti contoh bank statement. Untuk permohonan, boleh juga buat online. Tapi rasanya kalau online memang tak sempat la 60 minit ya. Apply online dari link ni, https://www.machbyhongleong.com/iou-personal-loan

Yang terbaik anda pergi terus bank, tapi bank pun bukan semua bank. Pinjaman ini hanya ada di bandar bandar besar sahaja. Boleh tengok branches terdekat di sini, https://www.machbyhongleong.com/branches/

Kelebihan buat pinjaman dengan Hong Leong Bank?

Dari tahun 2012 lagi, sampai pinjaman IOU ni, Hong Leong akan bagi rebate atau kurang kan bulanan pembayaran anda kalau bayar cantik. Contoh macam IOU dia akan bagi rebate 20%. Kalau pinjaman peribadi biasa pula, kalau bayar cantik, anda dapat free 3 bulan kalau tak silap.

Yang Ketiga – Aeon Personal Loan

Dalam tiga tiga peminjam pinjaman peribadi di atas, yang paling saya rekomen ialah daripada Aeon. Setengah orang cakap, jangan minta AEON. Sebab rate tinggi. Tapi kalau anda tengok tengok balik, ratenya lebih kurang sahaja.

Permohonan untuk Pinjaman Peribadi Aeon lebih kurang dalam 3 atau 4 hari bekerja. Tambah lagi kalau anda bekerja dengan kerajaan.

Jadual Pinjaman Peribadi Aeon

Table di atas ini untuk untuk new customer, kiranya bukan pemegang AEON Member card. Untuk pemegang, atau pun pinjaman yang lebih 10 ribu. Boleh pergi ke link ini, https://www.aeoncredit.com.my/personal-financing

Syarat Syarat Kelayakan Pinjaman Aeon, boleh rujuk di link itu juga.

Pinjaman Peribadi Yang Mudah Lulus

Untuk buatkan pinjaman peribadi anda mudah lulus, anda hendak rancang nya dari awal.

Seperti contoh, cuba teliti syarat syarat permohonan dari awal, contoh macam gaji minima dan sebagainya. Anda boleh sahaja, jenguk jenguk syarat syarat di blog ini yang saya turut juga kongsikan mengikut bank bank.

Andai kata memerlukan anda untuk melebihi RM 2 500 sebulan straight dalam masa 3 bulan. Boleh usaha untuk buat kerja lebih masa kalau perlu.

Kalau perlu, anda dapatkan gurantor atau penjamin. InsyaAllah akan lebih mudah untuk lepas.

Saya punya motor pun guna AEON juga. Kalau lambat sikit walaupun 1 hari, siap la AEON akan call. Tak putus putus.

Jangan Melebihi Apa Yang Anda Tidak Mampu.

Untuk faktor ini lebih kepada kalau basic gaji minima anda RM 2000 contohnya, tapi nak cuba dapatkan pinjaman wang yang sampai RM 30k contohnya, memang tiada siapa yang nak bagi.

Kebiasaannya, daripada gaji anda ia akan di darab dengan 5.

Buat Checklist Dan Compare

Untuk ini anda boleh sahaja menggunakan website seperti Imoney dan CompareHERO yang sememang nya memudahkan kita untuk finalise setiap personal loan ada. Lebih mudah untuk survey daripada anda nak ke satu satu bank.

Kalau terdekat nak guna duit, salah satu cara lain ialah dapat kad kredit. Dengan kad kredit, anda tak perlu takut sangat dengan bulanan. Tapi masih lagi kategori mesti kena bayar lah. Nama pun hutang kan. Cuma, lebih mudah lulus berbanding dengan pinjaman peribadi ikutkan pengalaman saya.

Ini antara artikel kad kredit yang mungkin boleh membantu

Kad Kredit Gaji Di Bawah RM 2000

Kad Kredit Mudah Lulus

Kad Kredit Aeon – Syarat Permohonan!!

atau pun boleh pohon kad kredit CIMB yang saya sendiri gunakan

Syarat Mohon Kad Kredit Cimb

The following two tabs change content below.
Saya tahu, bukan nak senang nak cari kerja. Tp sangat senang kalau anda tahu cara nya. Itu sebab saya sediakan SayaShare ni. Untuk berkongsi kenapa saya cakap ia tak sesukar yang anda sangkakan. Kenali saya di Biodata Saya, dan 7 tahun pengalaman kerja saya. Untuk apa masalah, boleh contact saya di sini, atau tinggalkan comment di bawah… InsyaAllah saya akan reply

Latest posts by Syed Shaff (see all)

22 thoughts on “Pinjaman Segera Online [3 Bank Utama Malaysia]

    1. Ada satu orang putih tu cakap, memang straightforward punya. Adalah orang bodoh yang pinjam duit untuk berniaga. Actually saya pun macam ni juga. dan memang pernah tak berjaya. Masa tu saya pinjam kat Easy RHB, dalam tahun 2012 kalau tak silap. Baru la 1 tahun lepas habis bayar. Biz memang ada untung, tapi bukan yang dari loan easy rhb 2012 tu.

      Pendek cite, hati hati la kalau nak berniaga dan buat loan. Cuba ikhtiar jangan buat loan dahulu.

      atau pun, cari badan yang boleh bantu bisnes kecil2x..Salam

      1. Salam Faiz, sorry lambat reply. Saya approved sahaja pula tapi tak reply.

        Untuk byaran berapa kalau 3000, bergantung kepada berapa tahun yang Faiz plan nak bayar.

        Contoh, katakan Faiz nak pinjam 3k, dan bayar penuh dalam tempoh 3 tahun iaitu 36 bulan.

        Pergi dekat GoBear, set macam di bawah

        Tekan button hijau bawah tu, dan paparan di bawah akan terhasil.

        Apa yang berlaku, GoBear bantu nilai tahap kelulusan anda dahulu, dan cadangkan apa skim pinjaman yang terbaik. Kiranya memudahkan lah, nak pergi bank di Malaysia ni satu persatu dah berapa bank. Masa lagi. Nk tanya soalan pun banyak, umur, gaji berapa, berapa lama kerja, nak pinjam berapa…Lebih kurang dalam 4 atau 5 soalan satu satu bank kita nak tanya. Tapi dengan GoBear? Lebih mudah…

    1. Ok je. Sebenarnya tak ada apa yg sy nk detail kan sgt.

      Caranya

      1. Pergi mana mana booth easy rhb terdekat.Biasa kat Tesco
      2. Jumpa staff die dan ckp nk bt pinjaman.
      3. Die akan minta IC awak untuk check kelayakan.
      4. Dlm masa yg sama akan check kwsp awak juga. Klo lepas. Ok lah untuk part kwsp.

      Yg no 3 tadi. Check ic untuk status awk kat bank negara. Kalao ok juga.

      Then boleh trus buat proses loan.

      Lepas tu. Die akan msuk atau proses nama mcm tu.

      Kdg2 loan awk mintak ktkn 10k. Belum tentu dpt 10k. Mungkin 8k. Depends pada system yg tentukan. AEON pun sama juga mcm ni.

      Semoga berjaya

  1. hi,

    kalau gaji kasar saya rm3150, bersih lebih kurang 2800,
    saya nak apply loan maybank islamic rm20k, boleh lepas tak.
    macam mana dia kira berapa amaun max saya boleh loan? 4x gaji kasar?

    1. Serius ke nk try Maybank? Sy rasa ad lg rendah.

      Mcm x smpi kot. Sebab darab 5x..bg sy tdo jap. Nnt esok sy tgk kn mna lg murah…

      #barubalikkerjamalam

    1. Salam Herlina. rasanya boleh lepas tu… ada try tanya tak? biasa kedai motor tahu benda ni. rasanya mesti nak kena ada DP.

  2. Asalamualaikum…….nama saya azmi, saya bawa grab car…maknanya saya tiada slip gaji dan macam kerja sendiri….dulu saya ada bisnes dan telah jatuh habis. Sekarang saya menanggung hutang kereta dan rumah yg berbulan tidak bayar. Saya buat grab car utk menjelaskan hutang2 yg saya pinjam. Sekarang ni saya nak tanya dlm keadaan saya ni ada ke syarikat yg boleh bantu untuk bagi pinjaman utk saya jelaskan baki hutang saya dgn bank(kerete n rumah yg tertunggak) ?

  3. Hi. Saya seorang pekerja bidang swasta. Basic salary saya RM3300 dan net salary dalam RM3500. Saya belum pernah apply mana-mana loan dan kad kredit sebelum ini. Jika saya ingin apply RHB Easy Loan untuk amaun RM15000, agak-agak boleh lepas tak? Saya pernah dengar sekiranya kita belum ada apa-apa komitmen (kad kredit, bayaran kereta, dll), pihak bank selalunya tidak akan meluluskan permohonan kita. Adakah ianya benar?

    1. Salam Shafiq.

      Yes, memang betul. masa tahun 2012. saya ada try nk buat loan dari Hong Leong Bank, tak lepas. saya ada try CIMB dapat ciput je. kredit kad pula yang lepas, yang saya guna sampai sekarang. CIMB cakap, nak lebih, kene pakai gerentor. Saya juga ada buat loan 3k kalau tak silap dari RHB. masa tu basic saya 1500. gross income ( maksud plus OT ) lebih kurang dalam 2500. Saya lepas loan ni. Mungkin sebab 3k sahaja. tak ada pula saya try setinggi boleh time tu. Nasihat saya, untuk Syafiq ni, boleh lepas. boleh kata 90% yakin ni. tapi kalau betul nak buat loan 15k. baik guna Aeon.

      Kalau tak silap, beza Aeon dengan RHB untuk 15k, dalam 100 lebih bulanan ansuran.

      Maksud saya,
      kalau RHB 15k, RM 588 sebulan. tapi
      kalau Aeon 16 000 sama dengan RM 468 bulanan

      mana yang fast approval ni, memang dapat duit cepat. RHB saya tu, dalam masa nak balik dari tesco, bila masa nak sampai tu je duit dah masuk. so memang cepat masuk.

      tapi bunga nya. memang macam taik ayam lah..

      so baik, amik Aeon. Syafiq orang mana? kalau Ipoh. Saya boleh proses kan sekarang…

      Apa apa pun. sila pastikan yang syafiq betul betul terpaksa atau tiada jalan lain dah. atau bukan sesuatu yang akan jadi bebanan. sebab, kita duk malaysia ni, yang wajib hutang dua je. sama ada kereta atau rumah. itu sahaja, nanti dah kawen lagi banyak nak bayar. bagi nafkah isteri lagi..perabot lagi..

      1. Salam Syed.

        Saya orang Kuala Lumpur. Daripada penjelasan syed tu, rasanya lebih baik apply Aeon Personal Loan. Syed bekerja bahagian AEON ke? Boleh tolong proses application saya ke? Agak2 berapa lama ambil masa untuk approval time tu ye?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *